Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 8, 2017

13 ciri-ciri ibubapa yang biasanya punya anak-anak yang berjaya

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 8, 2017
Semua ibubapa tentu inginkan anak mereka berjaya. Berbagai pendekatan dilakukan untuk pastikan anak-anak berjaya. Berbagai kajian juga dilakukan untuk mencari pendekatan terbaik bagi melahirkan anak-anak yang berjaya. Dan salah perkara yang pasti, ibubapa banyak memainkan peranan dalam melahirkan anak yang berjaya.

Berdasarkan kajian sains, berikut adalah 1 ciri-ciri yang ada pada ibubapa yang biasanya punya anak-anak yang berjaya dalam kehidupan mereka.

#1. Mereka suruh anak-anak bantu kerja rumah

Ibubapa yang mahukan anak-anak mereka berjaya dalam hidup perlu pastikan anak-anak mereka membantu buat segaa kerja rumah. Kerja seperti basuh pinggan sendiri, basuh pakaian sendiri, bash kasut sekolah sendiri amat penting untuk berikan mesej penting tentang kehidupan, usaha dan berjaya.

Kajain menunukkan anak-anak yang membantu ibubapa mereka buat kerja rumah lebih mudah untuk berkerjasama dengan orang lain. Ini membantu mereka berjaya dalam kerjaya dan juga dalam bermasyarakat.

#2. Mereka ajar anak bermasyarakat

Ibubapa yang baik akan mengajar anak-anak mereka berkawan. Ini penting untuk mendedahkan anak-anak dalam dunia kemasyarakatan. Mereka berusaha supaya anak-anak pandai berkawan dan tidak jadi kera sumbang.

Anak-anak yang pandai berkawan, mampu bersimpati dan bertimbang rasa bakal menentukan samada mereka berakhir masuk universiti atau masuk penjara.

#3. Mereka jangkakan keputusan tinggi dari anak

Ibubapa yang menjangkakan kejayaan tinggi terhadap anak-anak mereka biasanya berakhir dengan kejayaan anak-anak tersebut. Apa yang ibubapa jangkakan terhadap anak-anak mereka, itulah yang biasanya akan berlaku. Kalau mak bapak tak kisah anak-anak nak jadi apapun, maka jadilah mereka entah apa-apa.

#4. Mereka punya hubungan keluarga yang baik

Keluarga yang sering bersengketa sudah tentu akan melahirkan anak-anak yang tercedera jiwanya. Ibubapa yang punya hubungan keluarga yang baik dan amat menjaga perhubungan tersebut biasanya akan membuatkan anak-anak mereka lebih berjaya.

#5. Mereka berpendidikan tinggi

Kajian mendapati ibubapa yang berpendidikan tinggi lebih berjaya melahirkan anak-anak yang juga punya pendidikan tinggi.

#6. Ajar anak-anak kemahiran matematik dari awal

Ibubapa yang mula dedahkan anak-anak mereka terhadap konsep matemtik sejak dari awal akan menjadikan anak-anak mereka lebih cemerlang. Bukan sahaja tahap matematik mereka bagus, malah anak-anak yang didedahkan pada matematik dari awal lebih cepat dan pandai dalam bab membaca.

Matematik asas seperti nombor, kiraan, besar dan kecil, urutan nombor dan lain-lain seumpamanya yang asas adalah pendedahan yang penting diajar sejak kecil lagi.

#7. Mereka bina hubungan baik dengan anak-anak

Ibubapa yang berjaya membina perhubungan yang baik dengan anak-anak mereka dari zaman bayi sehingga remaja lebih mampu melahirkan anak-anak yang berjaya. Biasanya perhubungan ibubapa begitu akan terus berkekalan sehingga anak-anak mereka dewasa.

#8. Mereka kurang tekanan hidup

Ibubapa yang mampu uruskan kehidupan dengan baik dan pandai mengawal tahap tekanan jiwa biasanya akan melahirkan anak-anak yang berjaya dalam hidupnya. Ini disebabkan stress atau tekanan pada diri ibubapa boleh berjangkit kepada anak-anak. Semakin kurang tahap stress ibubapa, semakin berpotensi anak-anak untuk berjaya.

#9. Mereka hargai usaha lebih dari keputusan

Ibubapa yang menghargai usaha anak-anak mereka berbanding keputusan lebih berjaya menjadikan anak-anak berjaya. Jika ibubapa terlalu pentingkan keputusan, anak-anak akan terdorong untuk mengelakkan diri dari kesilapan dan kegagalan kerana takut.

Kegagalan hanyalah satu proses pembelajaran untuk berusaha dengan lebih baik dan membetulkan kesilapan. Itulah kosnep ibubapa yang berjaya.

#10. Ibu mereka berkerja

Ibubapa yang berkerjaya biasanya membuatkan anak-anak mereka lebih berjaya dalam kehidupan. Terutamanya jika ibu mereka berkerjaya tinggi, masa anak-anak itu didedahkan kepada kehidupan sosial yang lebih lama dan anak-anak terpaksa lebih banyak berdikari.

#11. Status ekonomi mereka baik

Ibubapa yang status sosio ekonomi mereka baik adalah lebih berkeupayaan melahirkan anak-anak yang berjaya dalam kehidupan mereka dari segi akedemik mahupun lain-lainnya. Memang sukar untuk membela dan mendidik anak-anak dalam keadaan kedudukan sosioekonomi ibubapa yang miskin.

#12. Mereka dihormati dan ditaati

Ada 3 pendekatan yang para ibubapa selalu amalkan dalam membentuk anak-anak mereka.

  • Sikap tak apa - ibubapa lepaskan anak mereka buat apa saja salah atau betul dan tiada hukuman dikenakan atas apa saja kesalahan. 
  • Sikap diktator - Ibubapa tentukan mana yang boleh dan mana yang tak boleh. Anak-anak tidak diberikan pilihan. Jika anak buat salah, mereka akan dihukum sebab tidak mengikut arahan ibubapa.
  • Sikap membimbing - Ibubapa membentuk hala tuju dan cara kehidupan anak-anak mereka dengan memberikan kefahaman kenapa dan mengapa sehingga anak mereka ikut tanpa paksaan. Anak-anak menghormati ibubapa secara rela dan amat taat pada mereka.
Ibubapa yang melahirkan anak-anak yang berjaya biasanya menggunakan pendekatan ke-3 di atas.

#13. Mereka latih sikap gigih dan sabar untuk berjaya

Ada satu perkataan yang digunakan dalam bahasa Inggeris yang amat penting dalam bab gigih dan sabar ini. Perkataan tersebut adalah 'Grit'. Ia memberi maksud, keupayaan untuk terus istiqamah dan berusaha demi mencapai matlamat jangka panjang.

Sikap inilah yang para ibubapa ajarkan pada anak-anak mereka untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Mereka latih anak-anak untuk melihat jauh ke depan dan bersabar menahan kesukaran dan melupakan keseronokan segera demi kejayaan di masa hadapan.

Kesemua 13 ciri-ciri ibubapa yang disenaraikan di atas adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan di negara barat. Walaupun budaya timur dan budaya barat agak berbeza, tapi sedikit sebanyak kajian itu boleh dijadikan landasan untuk membimbing anak-anak kita supaya berjaya dalam kehidupan mereka.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 13 ciri-ciri ibubapa yang biasanya punya anak-anak yang berjaya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !