Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 9, 2017

Tak tahan lipas masuk dalam telinga, lelaki ini sembur racun masuk telinganya

  Mohd Shubhi       Thursday, February 9, 2017
Seorang lelaki Cina berumur 60 tahun telah menyemur masuk racun serangga ke dalam telinganya. Dia tak tahan setelah buat bermacam-macam cubaan untuk keluarkan lipas itu dari telinganya, tapi tak berjaya.

Macam-macam trik dia buat termasuklah korek dengan pencungkil gigi dan juga penyepit besi, tapi masih gagal keluarkan lipas tersebut. Lipas itu masih kekal duduk dalam telinganya sampai masuk 3 hari. Akhirnya, bila dah tak tahan sangat, dia terus sembur racun serangga.

Lipas mati masalah tak selesai

Selepas racun serangga di sembur masuk ke dalam telinga orang tua itu, maka sudah tentu lipas terus mati keracunan.

Tapi masalah tidak selesai sebenarnya. Lipas yang mati itu masih tetap tak dapat dikeluarkan dari telinga lelaki tua yang malang itu. Dia akhirnya terpaksa pergi ke Hospital untuk keluarkan lipas yang mati dari telingannya.

Telinga lelaki malang itu menjadi bengkak akibat kesan reaksi sentuhan racun tersebut pada anggota dalam telingannya.

Saiz lipas yang dikeluarkan berukuran dalam 1 cm panjang. Doktor yang merawat lelaki itu berkata lipas akan mencari tempat berlindung dalam keadaan cuaca sejuk. Jadi lubang telinga lelaki itu adalah pilihan yang sesuai.

Mungkin lipas itu masuk ketika lelaki itu sedang asyik lelap tidur.

Berdasarkan saiz lipas itu, kemungkinan besar lipas yang masuk ke dalam telinga lelaki tersebut adalah lipas jenis Jerman yang bersaiz kecil. Lipas ini biasanya banyak bermaharaja lela di kedai-kedai makan, restoran, kitchen hotel dan lain-lain premis penyediaan makan dan minum.

Kadang kala kat rumah di bahagian dapur ada juga lipas jenis ini.

Cara terbaik keluarkan serangga dari telinga

Jika ada serangga termasuk ke dalam telinga anda atau anak anda, bagaimana cara terbaik untuk selesaikannya ?

Memang tersiksa jika serangga masuk ke dalam telinga. Saya sendiri dah terkena penangannya bila semut hatal masuk. Dia merayap kat dalam telinga dan kita rasa maca ada satu makhlk yang besar sedang meronda di dalam kepala.

Macam mana nak buat ?

Mudah saja, titikkan masuk ke dalam telinga dengan minyak zaitun. Serangga itu akan keluar atau mungkin dia akan meninggal dunia. Lepas itu korek bangkai serangga tersebut dengan pengorek telinga.

Yang pentingnya, jangan buat macam orang tua itu !

Jangan sembur racun serangga masuk ke dalam telinga anda jika lipas atau semut masuk ke dalam telinga. Sumber berita dari sini.

Elakkan lipas masuk dalam telinga

Macam mana nak elakkan lipas masuk ke dalam telinga anda ketika tidur ?

Sudah tentu cara terbaik adalah dengan pastikan rumah anda tak ada lipas terutamanya lipas jerman yang kecil tu. Pastikan lipas tiada di kawasan dapur dan tempat makan di rumah anda. Lakukan kawalan lipas secara berkala sekurang-kurang dua bula sekali untuk hapuskan semua lipas dari rumah.

Jika anda tiada masa nak buat sendiri, dapatkan khidmat dari syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah untuk lakukannya.

Jika anda penduduk di sekitar Shah Alam, anda boleh hubungi Syarikat Pest Control bertauliah Easelife Services Sdn Bhd.

Rumah anda akan diselenggara secara berkala selama 2 bulan sekali bagi memastikan tiada lipas, semut dan tikus. Harga yang ditawarkan juga amat menarik untuk kontrak selama setahun. Hubungi Puan Siti 01202067357 untuk maklumat lanjut.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tak tahan lipas masuk dalam telinga, lelaki ini sembur racun masuk telinganya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !