Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 10, 2017

Perkara buruk dan baik rakyat Malaysia di mata expat Belanda

  Mohd Shubhi       Friday, February 10, 2017
Ada satu majalah menarik yang diterbitkan di negara kita berkisar tentang hal ehwal expat (warga luar negara - dialih bahasakan menjadi ekspatriat) yang tinggal berkerja di negara kita. Majalah tersebut dinamakan Expatriate Lifestyle. Majalah tersebut juga ada portalnya sendiri. Boleh tengok pada pautan kat sini.

Apa yang menarik dari pembacaan kat majalah itu, hampir kesemua expat yang datang ke negara kita dan menetap untuk kerja di sini, amat seronok dengan negara kita. Malah ada yang terus menetap kat sini bertahun-tahun tak mau balik ke negara asal mereka.

Ramai ekspatriate kat Malaysia

Dari majalah itu juga baru saya tahu sebenarnya ada terlalu ramai warga luar negara yang datang untuk cari makan kat negara kita. Mereka yang datang kerja kat sini semuanya masuk dalam kategori expat.

Ia berbeza dengan warga luar negara seperti Indon, Bangla, Nepal, Vietnam dan seumpamanya, yang datang untuk buat kerja kasar atau kerja buruh. Ekspatriat biasanya dikaitkan dengan urusan kerja berkemahiran tinggi samada teknikal atau pengurusan.

Kalau anda pergi ke kedai buku MPH, ada buku yang ditulis oleh seorang lelaki berbangsa Amerika kongsikan pengalamannya berada di negara kita. Buku yang ditulisnya bertajuk, ' Finding Myself - The Adventure of An American in Malaysia '. Menarik juga buku tu untuk dibaca. Dari situ kita boleh merasakan apa yang ada di negara kita dari sudut pandang orang luar.

Perkara buruk dan baik rakyat Malaysia di mata Expat Belanda

Dalam edisi terbaru majalah Expatriate Lifestyle, mereka kongsikan temuramah seorang lelaki berbangsa Belanda yang baru datang berkerja di negara kita. Dia begitu teruja sekali dapat kerja sebagai seorang Director of Food & Baverage di Hotel Renaissance Kuala Lumpur.

Memang dia sentiasa idamkan untuk dapat berkerja di Asia. Negara pilihannya adalah samada Singapura atau Malaysia. Bila dapat peluang, terus direbutnya tanpa fikir panjang lagi.

Kereta tak berhenti lampu pada tempat melintas

Kes kereta tak berhenti pada tempat melintas jalan di negara kita ini adalah antara perkara yang amat pelik bagi warga Belanda ini.

Lebih hebat lagi apabila kereta tetap juga tak berhenti walaupun tempat melintas jalan tersebut ada lampu isyarat. Dalam keadaan lampu menyala merahpun masih ada kereta yang belasah terus jalan juga. Warga negara kita ada yang langsung tak menghormati pejalan kaki.

Tiada belas kasihan langsung pada orang yang nak lintas jalan. Ini amat berlainan sekali dengan majoriti rakyat Eropah. Mereka amat menghormati pejalan kaki. Kalau anda nak lintas jalan, kereta yang ada akan terus perlahankan kereta mereka untuk berikan peluang anda melintas.

Tapi kat negara kita, sebaik saja melihat anda berada di tepi jalan cuba nak melintas, majoriti pemandu akan tekan minyak lebih laju lagi supaya anda tak dapat melintas. Keadaannya seolah-olah pemandu kat negara kita teringin nak lihat bagaimana rupa pelintas jalan melambung di langgar kereta laju.

Warga Malaysia amat suka layan kanak-kanak

Ini satu perkara yang amat menarik diperhatikan oleh warga Belanda yang baru sampai tinggal kat negara kita. Dia tengok hampir semua orang amat suka pada kanak-kanak kecil. Lagi kecil lagi mereka suka.

Bila warga Malaysia lihat kanak-kanak, mereka akan berusaha untuk buatkan kanak-kanak tersebut ketawa. Malah rakyat negara kita tidak kemut untuk berikan apa-apa pemberian berupa hadiah pada kanak-kanak.

Warga Belanda itu mengalami peristiwa yang sama ketika anak perempuannya merenung gelang tangan berwarna warni pada seorang wanita. Tanpa cakap banyak, wanita itu terus keluarkan gelang tangannya dan diberikannya pada anak kecil perempuan warga Belanda tersebut.

Itu satu perkara yang hebat !

Orang Malaysia suka bersembang

Satu lagi perkara baik yang ada pada orang Malaysia adalah sikap ramah bersembang. Dia senag berbual dengan orang ramai terutamanya pemandu teksi. Mereka tidak segan silu bercakap banyak dengan warga asing walaupun menggunakan Bahasa Inggeris yang lintang pukang. Jika mereka tak tahu perkataan, akan digunakan bahasa isyarat.

Macam-macam tips yang dia dapat dari orang Malaysia yang dia tak kenal, yang suka bersembang. Tips beli kereta, tips makan kat mana, tips shopping, tips kembara dan macam-macam tips lagi. Orang kita tak lokek berikan tips pada warga asing.

Saya tak pasti samada orang kita juga suka berikan tips pada warga Bangla dan Indon. Mungkin perkara yang sama berlaku. Orang kita tak lokek ilmu dan seringkan kongsikan apa saja pada semua orang luar. Sebab itu ramai warga Bangla jadi kontraktor dan usahawan berjaya sekarang. Begitu juga dengan orang Indon yang ramai dah kaya raya berniaga kat negara kita.

Orang Malaysia memang hebat sebenarnya. Kita amat baik dan prihatin pada semua orang luar dari negara lain. Tapi agak pelik sikit kerana pada perkara yang sama tidak berlaku pada bangsa Cina yang dah lama jadi warga negara Malaysia. Ada kumpulan orang Malaysia yang kalau boleh nak halau Cina keluar dari Malaysia dan sentiasa memburuk-burukkan bangsa itu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perkara buruk dan baik rakyat Malaysia di mata expat Belanda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !