Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 27, 2017

Tuduhan terhadap MyIkut perguna Isu Ben Nathan kutip duit

  Mohd Shubhi       Monday, February 27, 2017
Pagi-pagi ini saya dapat berita yang tidak berapa seronok dari Pengerusi MyIkut, sebuah organisasi dakwah dan kebajikan di Pulau Pinang. (sumber gambar)

Saya dapat maklumat dari Saudara Azley bahawa ada tuduhan MyIkut mempergunakan isu Ben Nathan untuk kutip derma dari orang ramai.

Saya sering membantu MyIkut dalam hal ehwal sebaran maklumat kepada orang ramai tentang aktiviti MyIkut. Selain daripada memberikan maklumat perkembangan aktiviti mereka, kesempatan di ambil untuk memberikan peluang kepada orang ramai menghulurkan derma sumbangan kepada aktiviti yang MyIkut jalankan.

MyIkut adalah sebuah badan tidak berorientasikan keuntungan. Semua aktiviti dilakukan atas dasar prihatin dan sukarela. Kos segala aktiviti diterima daripada sumbangan orang ramai dan juga kawan-kawan yang prihatin.


Tiada derma khas dikutip untuk Ben Nathan

Dalam kes Ben Nathan, MyIkut kategorikan sebagai kes istimewa khas untuk beliau sebagaimana yang ditulis dalam artikel kat sini. Tapi masih tidak ada lagi perancangan tetap untuk Ben Nathan. 

Derma yang diminta dalam artikel tersebut, jelas adalah untuk aktiviti keseluruhan MyIkut dan bukan untuk Ben Nathan semata-mata. Sama macam semua artikel lain berkenaan perkembangan aktiviti MyIkut.

Jika ada orang yang telefon atau mesej untuk derma pada Ben Nathan sahaja, MyIkut tidak akan menerimanya sebab masih tidak ada perancangan yang jelas terhadapnya. Lagipun MyIkut bukanlah satu pertubuhan yang ditubuhkan hanya untuk bantu Ben Nathan saja,

Cuma kebetulan, orang seperti Ben Nathan merupakan salah seorang dari jenis sasaran yang sering didampingi oleh MyIkut untuk diberikan bantuan. Dan kebetulan pula Ben Nathan walaupun dalam bermasalah sebegitu, merupakan seorang yang terkenal di satu masa dahulu. Jadi timbul isu MyIkut perguna Ben Nathan.

Sedangkan sebelum bantu Ben Nathan, sudah terlalu ramai orang lain yang MyIkut bantu dan tidakpun mendapat liputan dan tidak diperdulikan oleh sesiapa selama ini. Dan memang MyIkut sentiasa berusaha mendapatkan sumbangan dari orang ramai untuk segala aktiviti yang dijalankan mereka. Dengan adanya sumbangan dan bantuan lebih rancaklah dan lebih banyaklah aktiviti yang dapat dilakukan.

Kalau tiada sumbangan dari orang ramai, aktiviti masih tetap diusahakan dengan bantuan kawan-kawan lain yang ada di sekeliling. Sebab usaha bantu orang yang perlukan bimbingan dan bantuan dari kalangan saudara baru perlu digalakkan agar mereka tidak terpinggir apabila ditimpa masalah.

Berikut dilampirkan penjelasan dari Pengerusi MyIkut terhadap isu Ben Nathan baru-baru ini.

Penafian MyIkut Perguna Isu Ben Nathan

Berikutan artikel ini menjadi Viral setelah keluar semula berita mengenai Ben Nathan ini di media sosial, timbul berbagai salah sangka terhadap tujuan sebenar MyIkut. MyIkut dikatakan cuba ambil kesempatan untuk kutip derma dengan menggunakan isu Ben Nathan.

Oleh itu, disertakan penerangan dan penjelasan dari Pengerusi MyIkut di bawah untuk mencerahkan keadaan sebenar.

TIADA TABUNG myIKUT UNTUK BANTU BEN NATHAN

 Assalamualaikum !

Artikel ini telah mengundang salahtanggapan terhadap usaha membantu Ben Nathan, baru-baru ini ada pihak beranggapan nama Ben Nathan telah digunakan untuk meraih simpati dan myIKUT telah mengambil kesempatan untuk memohon sumbangan.

Ingin ditegaskan myIKUT sama sekali TIDAK PERNAH atau CUBA mengambil kesempatan terhadap Ben Nathan. Ruangan ini digunakan untuk menyebarkan aktiviti myIKUT secara menyeluruh dan permohonan sumbangan adalah kepada mereka yang cenderung untuk membantu keseluruhan aktiviti myIKUT.

Ingin dimaklumkan myIKUT telah menerima banyak panggilan serta pesanan ringkas dari orang perseorangan yang ingin menghulurkan bantuan untuk membantu Ben Nathan. Tetapi myIKUT mohon agar bantuan dan sumbangan untuk Ben Nathan ditangguhkan dahulu.

Ini disebabkan myIKUT sendiri masih belum jelas bagaimana cara untuk membantu Ben Nathan.

Justeru itu menganggap myIKUT mengambil kesempatan amatlah mendukacitakan setelah ikhlas berusaha untuk membantu Ben Nathan.

MyIKUT sendiri telah memberlanjakan lebih daripada RM2,000 sepanjang perkenalan dengan Ben Nathan tanpa menadah tangan mohon bantuan. Dana tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai atas sokongan pelbagai aktiviti myIKUT.

Namun demikian myIKUT telah memohon maaf kepada keluarga & Yayasan Artis 1Malaysia atas segala kekilafan yang telah berlaku dan bersedia berkerjasama untuk membantu dalam usaha memulihkan Ben Nathan, lnsyaALLAH.

Bantu myIKUT jalankan aktiviti mereka

Di kesempatan ini, saya berikan maklumat akaun untuk mereka yang sudi menghulurkan bantuan derma bagi membantu MyIkut jalankan segala aktiviti dakwah dan kebajikan mereka. Jika anda ada lebihan bolehlah berikan sumbangan anda di nombor yang tertera di bawah ini.

Anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Azley di talian 019-4471105
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tuduhan terhadap MyIkut perguna Isu Ben Nathan kutip duit

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !