Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 26, 2017

Edisi khas warna hitam untuk peminat Ford Ranger 3.2L WildTrak

  Mohd Shubhi       Sunday, March 26, 2017
Nampaknya Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru saja melancarkan versi edisi khas untuk Ford Ranger 3.2L WildTrak yang berwarna hitam legam. Versi edisi khas atau limited edition ini dijual dengan harga yang berpatutan iaitu RM141,588.00. Harga tersebut adalah termasuk sekali dengan kos GST.

Warna yang biasa ada untuk Ford Ranger 3.2L WildTrak selama ini hanyalah warna Orange dan Putih sahaja. Saya mula berkenan tengok Ford Ranger 3.2: WildTrak ini bila terserempak pick-up 4x4 ini yang berwarna putih di parkir berhadapan dengan Bangsar Village.

Nampak gagah sungguh berkilat siap lengkap dengan segala aksesori dan dah ditukar tayar sport yang masih banyak bunga tebal. Sebab elok sangat, saya terus pergi dekat pick-up tersebut dan mula belek sekelilingnya. Nampak ada sticker the best pick-up of the year kat belakang.

Sebelum itu tak berapa perasan dengan kewujudan Ford Ranger lansung. Sticker itu membuatkan saya mula cari sedikit maklumat dari google bila duduk depan komputer kat pejabat. Memang terus jatuh cinta dengan Ford Ranger terutamanya dari edisi 3.2L WildTrak ini. Tapi nak buat macam mana masa tu saya dahpun tempah Toyota Hilux dan dah bayat duit.

Edisi Terhad Ford Ranger 3.2L WildTrak Hitam

Apa yang baru ada pada edisi khas Ford Ranger 3.2L WildTrak Hitam ini adalah dari segi sistem infotainmentnya. Ia dilengkapi dengan sistem SYNC 3. Sistem terbaru untuk dalam kenderaan yang dlengkapi dengan skrin sesentuh berwarna untuk kendalikan smartphone, kendalikan sistem hiburan. Sistem itu juga boleh kawal suhu dalam kenderaan dengan hanya menggunakan arahan suara.

Selain dari itu 4x4 ini dilengkapi dengan enjin 3.2L Turbo Deisel dengan 5 cylinder. Juga dilengkapi dengan gearbox 6 kelajuan.

Banyak ciri-ciri keselamatan

Sistem keselamatan juga menyediakan sistem Electronic Stability Control atau ESC and ISOFIX, iaitu ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak. Ini membuatkan Ford Ranger satu-satunya model pick-up yang menyediakan dua ciri-ciri keselamatan yang baik ini.

Satu lagi ciri-ciri menarik yang ada pada Ford Ranger 3.2L WildTrak adalah sistem yang dipanggil Hill Launch Assist. Kenderaan ini akan statik tak bergerak selama 3 saat sebaik saja anda lepaskan sistem brek ketika berada di tempat berbukit dan curam. Jadi tak perlu nak risau kereta anda undur ke belakang.

Disediakan juga sistem kawalan kenderaan ketika membawa muatan berat dan juga sistem kawalan keselamatan ketika menekan brake apabila dalam kecemasan. Semua adalah untuk keselamatan pengguna Ford Ranger 3.2L WildTrak.

Bila tengok semua ciri-ciri keselamatan tersebut, terus terasa Toyota Hilux yang saya dok bawa selama ini amat ketinggalan jauh ke belakang berbanding Ford Ranger.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Edisi khas warna hitam untuk peminat Ford Ranger 3.2L WildTrak

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !