Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, March 27, 2017

Hentikan segera amalan yang merosakkan buah pinggang anda sekarang

  Mohd Shubhi       Monday, March 27, 2017
Baru-baru ini bersembang dengan kawan yang ayahnya mengalami masalah buah pinggang yang rosak. Banyak cabaran yang perlu dihadapi bila kedua-dua buah pinggang sudah tidak berfungsi lagi.

Masalah paling besar adalah untuk sara kos kewangan yang amat tinggi. Walaupun buah pinggang rosak, teknologi perubatan yang ada sekarang dapat membantu pesakit teruskan kehidupan. Perkara yang pasti yang pesakit perlu lakukan adalah membuat aktiviti hemodialisis.

Buah pinggang rosak masih boleh hidup

Pesakit kena buat hemodialisis bagi menggantikan kerja buah pinggan yang dah gagal berfungsi dengan baik. Kalau masa buah pinggan sihat semua kerja menapis kekotoran darah, tapis garam dan bersihkan cecair darah akan dilakukannya.

Tapi bila buah pinggang dah rosak, anda masih boleh hidup dengan bantuan mesin. Itulah kelebihan teknologi sekarang. Kalau zaman dulu, alamat mati awallah jawabnya mereka yang kedua-dua buah pinggang rosak dan gagal berfungsi.

Kos rawatan hemodialisis tinggi

Tapi nak guna mesin tu bukannya percuma. Kena keluarkan duit. Kalau kaya sangat boleh beli mesin hemodialisis pasang kat rumah. Tapi kalau tak berapa ada duit terpaksa pergi klinik atau pusat rawatan yang sediakan mesin hemodialisis tu.

Kalau tak silap sekali rawat kena bayar RM250. Seminggu kena pergi lebih dari sekali, sebulan dah jadi berapa kali dan darab semua kos itu dengan RM250 !, boleh mencecah lebih kurang RM6 ribu sebulan untuk kos rawatan hemodialisis saja.

Tekanan jiwa bila buah pinggang rosak
Bila dah kena masalah buah pinggang yang dah tak berfungsi, ditambah dengan duit tak ada, semuanya berikan tekanan jiwa yang tinggi. Gaya hidup yang terpaksa diubah, masa habis pergi buat rawatan, kena tukar menu makanan dan sebagainya menambahkan lagi tekanan hidup.

Itulah yang dikongsikan oleh kawan saya berlaku pada bapanya.

Kesian juga dengar dengan cabaran yang mereka hadapi. Tapi lebih kesian lagi pada tuan punya badan yang kena sakit buah pinggang.

Buah pinggang rosak payah nak kesan

Masalah dengan buah pinggang ini adalah dia merupakan organ yang amat baik. Selagi dia boleh buat kerja walaupun pada tahap yang tidak maksimum, dia tetap akan buat kerja dengan baik. Hanya bila dah terus rosak dan punah maka barulah pesakit akan sedar.

Jika sebelah dah habis rosak, kita masih sukar nak sedar. Sebab buah pinggang ada dua. Bila satu rosak, yang satu lagi akan tetap boleh buat kerja. Dan kita masih tak sedar juga jika tidak pergi buat ujian di hospital.

Tapi itulah masalahnya, bukan semua orang duk tak dduk nak pergi buat ujian kesihatan buah pinggang. Kita jenis reaktif dan bukannya proaktif. Bila dah sakit baru nak cari ubat. Aktiviti pencegahan amat jarang difikirkan.

Bila kena dengan buah pinggan, harga yang amat tinggi terpaksa di bayar. Sebab bila kedua-dua habis rosak barulah akan sedar dan segalanya sudah terlambat. Samada ganti buah pinggang baru yang diambil dari penderma. Atau pergi guna mesin hemodialisis.

Cegah kerosakkan buah pinggang

Bila dah dengar cerita itu, tergerak pula saya nak cari maklumat kenapa buah pinggang boleh rosak. Kalau tahu kenapa, maka bolehlah kita cuba elak supaya jangka hayat buah pinggang boleh bertahan selama mungkin sampai mati.

Berikut maklumat yang saya dapat yang perlu dielak supaya buah pinggang tak rosak:

  1. Kurang minum air - Elakkan perangai tak suka minum air supaya anda tidak kering. Buah pinggang yang kerap alami masalah kekeringan akan lama-kelamaan rosak dan tidak cekap. Jadi banyakkan minum air.
  2. Minum air manis dan bersoda - Bila dah tahu kena banyak minum air, perlu pula pilih air yang betul. Pastikan air suam atau air kosong jadi pilihan utama. Elakkan minuman air manis bersoda dan air yang ada additif. Ini hanya akan rosakkan buah pinggang.
  3. Merokok - Merokok dan lain-lain aktiviti semumpamanya didapati boleh rosakkan buah pinggang. Kalau dah kaki rokok, kurangkan ke tahap yang minimum. kalau mampu berhenti terus saja. Itu lebih bagus
  4. Jadi doktor sendiri dalam hal ubat - Ramai yang sakit terus pergi farmasi beli ubat yang terjual kat kaunter. Cuba elakkan jadi doktor sendiri sebegitu. Kalau tak perlu tak payah beli ubat sendiri. Pergi jumpa doktor dan dapatkan nasihat dari mereka yang berkelayakan. Ubat seperti aspirin, acetaminophen dan ibuprofen di dapati menyumbangkan pada kerosakkan buah pinggang.
  5. Bersukan keterlaluan - Bersukan memang baik jika diamalkan secara sederhana. Tapi kalau dah kemarok berlebihan macam athele antarabangsa, tanpa ada pemantauan pakar perubatan, boleh sumbang kepada masalah buah pinggang.
  6. Kurang tidur - Ini juga boleh berikan kesan pada buah pinggang. Kurang tidur dari 6 jam sehari adalah tidak baik. Dan tidur lebih dari 10 jam sehari juga tidak baik untuk buah pinggang. Jadi kawal waktu tidur secukup rasa sahaja.
  7. Terlalu banyak makan protein - Mungkin anda ingat kurang karbohidrat dan lebih kan protein itu baik untuk tubuh badan. Tapi kajian mendapati berlebihan pengambilan makanan berprotein tinggi juga sumbang kepada masalah buah pinggang. Formulanya adalah sederhana, itu jalan selamat.
  8. Banyak gula - Macam air soda tadi, minuman terlalu manis juga tidak baik untuk buah pinggang. Bukan minuman saja, malah coklat bergula, gula-gula, apa saja snek yang ada banyak kandungan gula juga beri kesan pada buah pinggang.
  9. Tidak ambil makanan kaya dengan magnesium - Magnesium diperlukan untuk elak berlakunya batu karang. Orang yang kekurangan magnesium mudah dapat batu karang. Ini tak baik untuk buah pinggang. Jadi pastikan anda masukkan menu makanan yang ada magnesium dalam diet. Antaranya adalah seperti bayam, biji koko, almond, kuaci biji labu dan kacang bendi.
Sekarang anda dah tahu formula nak elak kerosakan buah pinggang. Petua utamanya kat sini adalah kesederhanaan. 

Menurut kawan saya tadi, mereka syak bapa mereka jadi macam tu sebab asyik makan biji buah tunjuk langit secara berlebihan. Saya tak pasti samada betul atau tidak itu memberikan kesan. Tapi boleh jadi juga.

Walaupun buah tunjuk langit tu baik, tapi tak siapa suruh belasah banyak sangat ikut sukatan sendiri. Bersederhana sajalah. Anda tak akan baik demam, jika doktor suruh makan ubat 3 kali sehari, pergi hentam makan ubat 10 kali sehari, sebab nak cepat sembuh. Akhirnya terlebih sukatan.

Semua perkara ada disiplinnya, dan ada sukatannya. Jadi, bertanyalah, kalau tak tahu, pada mereka yang pakar.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hentikan segera amalan yang merosakkan buah pinggang anda sekarang

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Ambil makanan sebagai ubat...bukan ubat sebagai makanan.Bersederhanalah bila makan

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !