Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 16, 2017

Ford Ranger edisi terhad khas penghormatan untuk Valentino Rossi (Bergambar)

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 16, 2017
Kebiasaannya, orang akan faham bahawa kalau mahukan sebuah kenderaan yang lasak yang boleh redah apa juga bentuk keadaan jalan, terpaksa korbankan keselesaan dalam kenderaan tersebut.

Susah nak dapatkan sebuah kenderaan yang lasak dalam semua keadaan tapi bila masuk kat dalamnya amat selesa dan cantik serta bergaya.

Tapi sekarang, peminat kenderaan pelbagai guna boleh dapatkan lasak dan selesa dipandu, kedua-duanya sekali dengan versi customize Ford Ranger. Versi tersebut adalah hasil gabungan pereka dalaman kenderaan yang terkenal, Carlex Design dengan MS-RT Road Technology.

Ford Ranger edisi terhad Valentino Rossi

Contoh hasil dari gabungan kedua-dua pakar kenderaan tadi, muncullah sebuah Ford Ranger versi Valentino Rossi. Apa kena mengena mereka buat rekabentuk Ford Ranger dikaitkan dengan pelumba motosikal itu, tak pulak saya faham.

Tapi hasilnya memang amat menarik. Boleh tengok gambar-gambar yang saya lampirkan bersama dengan artikel ini. Anda hanya boleh dapatkan versi ini kat UK saja.

Saya semak Carlex Design samada ada kat Malaysia atau tidak, tak pula jumpa. Begitu juga dengan MS-RT, tak ada kat Malaysia. Jadi kalau nak tempah sebuah Ford Ranger edisi terhad yang customized ikut citarasa pengguna kat Malaysia ni agak susah sikit.

Walau bagaimanapun, idea dari rekabentuk yang dihasilkan mereka mungkin boleh saja ditiru kat negara kita. Ada banyak juga syarikat kenderaan kat Malaysia yang fokus kepada kenderaan pacuan 4 roda, terutamanya di Lembah Kelang.

Semua rekaan dalaman diberikan sentuhan kulit berjahit yang nampak mewah dan kemas. Mereka juga pasang gril khas dan ada letakkan spotlight kat atas bumbung fordranger tu. Ada dua muncung Ekzos keluar dari belakang kenderaan yang nampak amat sporty.

Ford Ranger buat promosi rebate RM6000

Bagi mereka yang ada hasrat nak beli sebuah Ford Ranger Wildtrak, mungkin sekarang merupakan masa yang amat sesuai untuk anda berbuat demikian.

Saya dapat maklumat yang Sime Darby Auto Connexion (SDAC), satu-satunya pengedar Ford Ranger kat negara kita sedang buat promosi sempena  sambutan ulang tahun ke-100 Trak kereta Ford.

Siapa saja yang tempah Ford Ranger WildTrak dari sekarang hingga akhir bulan Oktober, akan diberikan pulangan tunai sebanyak RM6 ribu. Anda boleh tempah Wildtrak kat mana-mana pusat jualan Ford seluruh Malaysia.

Apa tunggu lagi, kalau dah lama sangat terpendam impian tu, sekaranglah masanya...

Sumber maklumat kat sini

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ford Ranger edisi terhad khas penghormatan untuk Valentino Rossi (Bergambar)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !