Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 11, 2017

250 buah basikal disita Majlis Perbandaran tempatan sebab halang laluan orang

  Mohd Shubhi       Monday, September 11, 2017
Baru keluar berita menarik ini. Berita tentang 250 buah basikal kena sita di Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Alasan kesemua basikal tersebut disita adalah kerana menghalang jalan orang ramai lalu lalang kat tepai jalan.

Satu lagi alasan menarik yang di sebut oleh Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, Datuk Bandar Petaling Jaya agak menghairankan. Katanya satu lagi sebab mereka sita kesemua basikal itu sebab perniagaan kongsi basikal itu tidak punyai lesen.

Perniagaan khidmat kongsi basikal di bandar

Mungkin anda yang tinggal di luar Selangor tak berapa nak faham lagi apa ke benda masalah yang sedang berlaku ini. Kenapa tiba-tiba pihak Majlis Perbandaran pergi sita basikal. Dan mana mai banyak-banyak basikal macam tu tiba-tiba kat Petaling Jaya?

Sebenarnya kesemua basikal itu kepunyaan sebuah syarikat perkhidmatan perkongsian basikal. Syarikat oBike (M) Sdn Bhd tawarkan pada orang ramai untuk guna basikal mereka bagi perjalanan pendek sekitar pusat bandar.

Apa yang anda perlu buat hanyalah muat turun aplikasi oBike masuk ke telefon pintar anda dan dah boleh mula guna khidmat basikal itu. Ada QR kod yang akan diberikan untuk anda buka kunci basikal itu.

Anda akan dikenakan RM1 untuk penggunaan selama 15 minit. Ertinya kalau pakai meronda sekitar Petaling Jaya dengan basikal itu selama satu jam, anda hanya perlu bayar RM4 sahaja. Murah dan mudah. Paling baik adalah ianya selamat dan amat baik untuk alam sekitar.

Tiada undang-undang khas kongsi basikal

Datuk Bandar Petaling Jaya sebutkan bahawa mereka sita basikal itu antaranya sebab syarikat itu tak ada lesen untuk beroperasi.

Apa yang dia maksudkan tak ada lesen itu tak berapa nak boleh faham sangat sebab dia sendiri mengaku masih tak ada sebarang undang-undang spesifik khas untuk aktiviti perniagaan sedemikian. Sewa basikal dalam skala besar macam itu satu benda baru terutamanya di pusat bandar.

Mereka kata pihak majlis sedang buat draft merancang bagaimana nak kawal perniagaan sedemikian.

Tapi saya rasa perniagaan sewa basikal atau kongsi basikal bukanlah satu bisnes yang baru. Dah berkurun dan berzaman orang buat bisnes macam itu terutamanya di pusat atau kawasan pelancongan di negara kita dan di luar negara.

Pergi Langkawi tengok macam mana Mat Saleh naik basikal ke sana dan sini di pekan Kuah dengan naik basikal yang mereka sewa. Atau boleh pergi ke Putrajaya atau Taman Botani kat Shah Alam. Saya sendiri pernah sewa 7 buah basikal untuk kami sekeluarga meronda sekeliling hutan kat taman Botani itu dengan basikal.

MPSJ benarkan khidmat kongsi basikal

Lain pulak jika dilihat di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pihak majlis itu memberikan izin dengan bersurat kepada syarikat oBike untuk jalankan perkhidmatan mereka itu.

Kalau anda berjalan kat sekitar jajahan Subang Jaya seperti di Subang Jaya, USJ, Puchong dan lain-lain, anda akan lihat banyak basikal berwarna perak kuning terssusun di banyak lokasi. Terutamanya di stesen Kommuter atau Monorail atau apa saya nama lain yang mereka panggil.

Ada banyak basikal itu untuk kemudahan orang ramai.

Saya lihat tak berapa ramai sangat yang pakai sekarang. Tapi memang dah ada yang mula biasakan diri untuk pakai basikal itu sebab memudahkan. Lebih baik dan senang kayuh basikal dari menapak jalan kaki.

Lama-lama nanti itu semua akan jadi kebiasaan dan akan jadi amalan ramai. Itu akan promosikan amalan sihat sebab bersenam naik basikal tu baik. Juga akan bantu turunkan pencemaran udara dan bunyi. Itu juga satu amalan yang amat baik.

Elok pihak majlis dan saya maksudkan kesemua Majlis perbandaran yang ada kat Malaysia ni segeran tengok isi ni dan permudahkan urusan perniagaan ini. Buatlah apapun untuk pastikan semuanya tersusun dan lancar dan jangan nak susahkan perkara yang baik macam itu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 250 buah basikal disita Majlis Perbandaran tempatan sebab halang laluan orang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !