Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 30, 2017

Adakah berbaloi beli Toyota Hilux Double Cab 2.8G AT 4x4 lengkap TRD

  Mohd Shubhi       Saturday, September 30, 2017

Soalan penting untuk anda yang sedang pening kepala samada, nak beli 4x4 Toyota Hilux TRD paling mahal atau nak beli Ford Ranger Wildtrak yang ramai orang kata hebat dan menawan berbanding Hilux.

Semua review yang saya baca tentang kenderaan 4x4, yang membandingkan antara Toyota Hilux TRD dengan Ford Ranger Wildtrak atau yang ke bawah dari itu, mengatakan bahawa Ford Ranger lebih baik.

Namun begitu, di mana-mana saja, jualan Toyota Hilux masih tetap mengatasi Ford Ranger. Malah dalam blog ini juga setiap kali ada orang komen dalam artikel yang menobatkan Ford Ranger, mereka akan kondem Ford Ranger sebagai kurang gagah. Ada saja isu pasal Ford Ranger yang hater dia nak kutuk.

Toyota Hilux TRD 'vs' Ford Ranger Wildtrak


Berikut saya kongsikan apa yang pakar buat rumusan terhadap kedua-dua kenderaan tersebut di atas setelah melakukan ujian serentak antara keduanya. Saya kumpulkan dari beberapa portal kenderaan yang sering buat review pasal 4x4.

Ini markah dari 1 ke 10 yang diberikan untuk kedua-dua kenderaan tersebut setelah ujian dilakukan.

Ford Ranger Wildtrak markah keseluruhan - 8.5

  • Prestasi dan penjimatan - 8
  • Keluasan dan keselesaan - 8.5
  • Teknologi - 9
  • Harga dan rupabentuk - 8.5
  • Pemanduan dan kendalian - 8.5 


Toyota HiLux TRD markah keseluruhan - 7.5

  • Prestasi dan penjimatan - 8
  • Keluasan dan keselesaan - 7.5 
  • Teknologi - 7 
  • Harga dan rupabentuk - 7.5
  • Pemanduan dan kendalian - 6.5
Kalau tengok kat atas tu punya markah, paling teruk prestasi Toyota Hilux adalah pada prestasi pemanduan dan pengendalian. Hanya 6.5 sahaja.

Dari pengalaman dok bawa Toyota Hilux memang tak boleh dinafikan betapa agak mencabar dan tidak berapa lembut sangat untuk kendalikan steering Hilux tu yan agak keras. Tapi kalau jenis tangan kuat buat kerja berat itu semua mudah sahaja. 

Lainlah kalau jenis tangan lembut tak pernah buat kerja berat memang akan terasa. Tapi saya tengok isteri bawa Hilux tu selamba saja dan tak pernah merungut kata keras atau susah nak handle. Mungkin kalau dia bawa Ford Ranger WildTrak, dia mula akan terasa ada berbeza kat situ.

Berapa Harga Hilux TRD paling mahal


Kalau anda tengok harga yang dipaparkan oleh portal kat sini, harga paling mahal adalah jenis HILUX DOUBLE CAB 2.8G (AT) 4X4.

Dia berikan indikasi harganya tidak kurang dari RM130,900.00

Itu harga tak termasuk cukai jalan dan insuran. Boleh tahan juga mahalnya dan masih tak gatal tangan untuk masukkan sekali segala TRD Aerokit yang boleh anda dapatkan harganya kat artikel ini. Bila campur kesemua TRD aksesori tu akan bertambah lagi lebih dari RM10 ribu.

Dan akhirnya harganya akan jadi lebih dari RM140 ribu untuk sebuah Toyota Hilux TRD dengan spek yang paling mahal. Persoalannya adakah ianya berbaloi?

Berapa harga Ford Ranger Wildtrak


Kita tengok pulak berapa harga yang anda kena bayar kalau nak bawak keluar sebuah Ford Ranger Wildtrak baru dari showroom Ford berdekatan. Kita ambil jenis Ford Ranger (2017) 3.2 WildTrak 4x4 (A)

Harga yang ditawarkan adalah RM139,838 Harga tersebut belum masuk kos cukai jalan dan juga insuran. Untuk maklumat anda kos insuran untuk Ford Ranger 3.2 Wildtrak adalah RM4,014 dan untuk cukai jalan adalah RM1,957 lebih kurang.

Tolak pi mai pi balik. Lebih kurang saja dengan apa yang anda dapat dengan harga yang sama antara Ford Ranger dengan Toyota Hilux kat atas tu. Tapi lebih sikit pada Toyota Hilux sebab anda dah solek 4x4 itu habis cantik sedangkan Ford Ranger masih suci lagi tanpa ada apa-apa solekan luaran.

Berbaloikan beli Toyota Hilux TRD


Itulah persoalannya yang saya sedang fikirkan. Samada berbaloi atau tidak untuk dapatkan Toyota Hilux paling mahal lengkap dengan semua aksesori TRD yang dari segi pemandangan nampak memang gagah jugak.

Tapi apa kata pakar yang buat review?

Secara keseluruhannya, Hilux masih tetap menjadi pilihan ramai atas dasar reputasi jenama Toyota itu sendiri. Kalau bab servis dan tukar ganti benda yang rosak, toyota servis center memang tak dapat dinafikan kecekapan dan keboleh percayaan mereka. Harganya juga memang lebih menarik sekali pandang.

Bila ditambah dengan semua aksesori TRD, nampak lebih hebat walaupun tidak ada apa-apa pertambahan dari segi prestasi dan teknologi untuk menjadi lebih baik dari apa yang diberikan oleh Ford Ranger.

Kalau nak baca review Toyota Hilux TRD kat Australia boleh cuba pergi baca kat sini.

Untuk saya secara peribadi, Hilux seakat ini memang tidak menghampakan secara keseluruhannya berdasarkan dah beberapa tahun memakainya untuk kenderaan sebab guna keluarga atau berniaga.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah berbaloi beli Toyota Hilux Double Cab 2.8G AT 4x4 lengkap TRD

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !