Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 2, 2017

Apa MBSA akan buat jika rumah anda semak macam hutan belukar

  Mohd Shubhi       Monday, October 2, 2017
Bagi anda yang tinggal di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu tahu perkara ini. Apa yang pihak MBSA akan buat pada anda seandainya rumah anda itu, keadaannya seperti hutan belukar penuh dengan semak dan samun.

Ada dua kes dalam keadaan ini:

  • Anda tinggal di rumah yang penuh dengan semak samun itu
  • Rumah anda terbiar dan anda tinggal di tempat lain
Untuk kes yang pertama, sungguh pelik jika berlaku seperti itu. Bayangkan sebuah rumah yang ada orang tinggal, tapi keadaan rumah itu penuh dengan semak samun dan keihatan seperti hutan belukar. Mungkin ada masalah besar dalam kepala penghuni tersebut.

Mana ada orang yang boleh selamba sahaja biarkan keadaan rumahnya jadi begitu seandainya akalnya masih lagi waras. Apatah lagi jika rumah itu didiami oleh lebih dari seorang penghuni. Pasti akan ada sedikit usaha untuk sekurang-sekurangnya bersihkan sekeliling rumah agar mudah nak lalu dan keluar masuk.

BERITA BAIK BUAT PENDUDUK SHAH ALAM. Perkhidmatan kawalan serangga perosak, lipas, tikus dan semut, khidmat fogging dan larvasiding kawalan nyamuk. Khidmat hapuskan anai-anai dan pepijat. Hubungi syarikat tempatan, Easelife Services Sdn Bhd, syarikat berlesen dan bertauliah, call Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Rumah kosong semak macam hutan


Untuk kes yang kedua memang ada banyak berlaku. Rumah dah tidak ada penghuni. Sebab itu tak ada orang yang nak ambil peduli supaya rumah kelihatan seperti sebuah rumah manusia.

Bila rumah tidak didiami oleh manusia, dan tuannya pulak tak ada keinginan untuk jadikan rumah itu seperti rumah manusia, maka rumah akan bertukar jadi rumah hantu. Memang rumah hantu perlu kelihatan menakutkan. Itulah tugas hantu dalam imaginasi semua orang.

Kalau hantu tak tinggal, penagih dadah yang tidak ambil pot pasal perkara lain selain dadah akan tinggal kat situ. Penagih dadah juga tak suka rumah yang kemas dan mudah orang nampak apa yang ada kat dalam rumah itu. Dia suka gelap dan mahukan orang tak suka hampiri rumah tersebut supaya dia  mudah buat kerja hisap dadahnya itu.

Apa tugas anda sebagai pemilik rumah

Jika anda ada memiliki sebuah rumah disekitar jajahan MBSA samada tinggal kat situ atau terbiar kosng tidak berpenghuni. Atau juga memiliki sebidang tanah yang terletak di sekitar jajahan MBSA, anda ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan.

Sebagai pemilik anda wajib:

  • Uruskan rumah atau lot tanah anda itu dengan baik. Jangan lah membazirkan harta yang anda miliki dengan sia-sia.
  • Bersihkan kawasan sekitar rumah. Tebang pokok yang liar. Buang pokok yang dah mati dan menyemak supaya persekitaran lebih bersih dan terurus.
  • Bersihkan premis anda itu sekurang-kurangnya sebanyak 2 bulan sekali. Potong rumput dan buang pokok mati dan sebagainya.
  • Kalau tak ada penghuni, pacak papan tanda nyatakan nombor telefon perhubungan anda supaya mudah pihak MBSA berhubung jika ada keperluan.
  • Pasang pagar sekeliling rumah untuk elakkan rumah itu jadi pusat pembiakan anjing liar, pusat gerakan terorisma dan ISIS, pusat pembiakan anak luar nikah, penagih dadah dan lain-lain seumpamanya.


Apa MBSA akan buat pada rumah semak


Jika anda ada memiliki rumah kat kawasan jajahan MBSA, pastikan jangan biarkan rumah anda jadi pusat penempatan hantu atau penagih dadah. Anda akan mendapat balasan yang setimpalnya dari MBSA seandainya ada aduan daripada orang ramai.

Orang ramai kat sekitar Shah Alam boleh ambil maklumat ini. Jika anda terserempak ada rumah yang macam hutan belukar, sila buat laporan dengan berhubung pada alamat seperti berikut:

Majlis Bandaraya Shah Alam, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Tingkat 4, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-5519 6402 sambungan ke 1239 atau 1316. Email: sisapepejal@mbsa.gov.my

Bila pihak MBSA menerima maklumat sedemikian, mereka akan buat pemantauan samada daripada aduan atau dari aktiviti rutin mereka. Mereka akan pergi ke lapangan dan kenal pasti siapa pemilik rumah berhantu tersebut.

Bila dah kenal pasti, satu notis arahan kerja akan dikeluarkan supaya rumah itu dibersihkan sampai bertukar jadi rumah manusia semula. Anda diberikan tempoh selama 7 atau 14 hari sahaj untuk berbuat demikian.

Selepas itu MBSA akan pantau semula. Kalau anda patuh, alhamdulillah selamat. Rumah itu akan dilakukan pemantauan semula dalam tempoh 2 bulan sekali.

Akibat degil dengan arahan pembersihan


Jika anda seorang yang degil tak makan saman. Pihak MBSA akan terpaksa keluarkan kompaun. Biasanya anda akan kompoun sebanyak RM500. Ini berdasarkan akta kerajaan tempatan 1976.

Anda juga boleh didenda sebanyak RM1 ribu atau penjara tak lebih dari 6 bulan. Atau kalau muka anda memang jenis yang tak hesem lansung, anda akan dikenakan kedua-dua denda sekali. Padan mula penjarapun kena dan kena bayar RM1 ribu lagi.

Masih tak habis lagi!

MBSA akan keluarkan arahan pada kontraktor pembersihan mereka untuk pergi selesaikan masalah semak samun kat situ. Cuci sampai jadi rumah orang normal balik dan tidak menyakit mata yang memandang.

Kesemua kos pembersihan tersebut akan dibilkan pada pemilik rumah berkenaan. Lagi sekali padan muka sebab tidak tahu macam mana nak hidup secara bertamadun di kawasan bandaraya. Oleh itu, sila ambil perhatian dan jangan malas sangat untuk uruskan harta benda anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa MBSA akan buat jika rumah anda semak macam hutan belukar

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Berapa jumlah kos pembersihan yang dikenakan oleh MBSA dan kontraktor tu?

    ReplyDelete
  2. Hi! Saya dalam kawasan MPS (selayang). Pokok liar tumbuh besar dalam backyard jiran & dahan menjulur ke bumbung2.. Daun kering berlonggok2 atas bumbung & tanah jiran.. apa yg wajar saya lakukan, teguran terus dah dibuat pd jiran tp xde tindakan.. Tq

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !