Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 21, 2017

Bagaimana Amerika sambut Mahathir berbanding Najib - Baru tahu !

  Mohd Shubhi       Thursday, September 21, 2017
Sebagai rakyat biasa, macam mana negara lain sambut perdana menteri Malaysia bila ada lawatan ke negara mereka, tak berapa nak ambil peduli sangat. Apatah lagi dengan harga ikan kembung yang bukan main mahal sekarang, lagilah tak ada masa untuk saya teliti semua urusan orang-orang besar itu.

Semua harga barang kat negara tengah mencanak naik tak berhenti-henti. Harga minyak petrol juga macam itu. Hari isnin lalu pergi pasar malam terkejut dengan harga buah petai. Ambil dua ikat nak buat sambal tumis ikan bilis, kena bayar RM19 !. Ada lebih kurang 8 papan saja dan buahnya bukan elok sangatpun.

Penjual kat pasar malam itupun tersipu-sipu malu nak sebut harganya. Mulanya dia jual satu ikat kecil tu RM10. Bila saya dah ambil 2 ikat, direndahkan lagi jadi RM19. Tapi bila saya tertinggi sedikit suara sebab terkejut dengan harganya, dia terus bagi RM18.

Semua yang sedang berlaku sekeliling negara sekarang membuatkan saya risau dan terasa beban yang semakin naik. Terbaca pulak kononnya Perdana Menteri kita terbang jauh ke Amerika untuk meberikan janji yang dia mahu bantu ekonomi Amerika, rasa pelik dan nak termuntah meloya.

Najib tetap hebat dan berjaya

Setakat ini saya hanya jeling laporan kejayaan Najib melawat Amerika dan berjumpa dengan presiden negara besar itu. Berita yang dilaporkan menggambarkan betapa berjayanya Perdana Menteri kita mencairkan hati Trump.

Terasa bangga !. Itu Perdana Menteri aku tu !, Bermesyuarat dengan pemimpin negara besar yang kuat dan berpengaruh dunia. Apa tohmahan orang nak kata pada Najib tak boleh nak nafikan kehebatannya yang berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Itu saja ukuran saya terhadap orang.

Kalau hang cakap apapun nak kondem Najib, hang tengok diri sendiri terlebih dahulu. Teruk manapun hang kata kat dia, hang tu sendiri tak mampu walaupun sekadar untuk jadi menteri besar. Najib sekurangnya berjaya duduk di atas kerusi paling tinggi kat negara kita.

Kalau rakyat nak kata Najib bodo, crook atau sebagainya, yang bodah dan crook tu sebenarnya adalah seluruh rakyat Malaysia. Sebab rakyat Malaysia lah yang letak dia kat situ. Betul tak?

Bandingan Najib dan Mahathir

Tapi sebaliknya, kalau ada orang yang layak tenyeh atau komen atau kritik kat najib, sudah tentu samada Pak Lah atau Tun Mahathir.

Dari segi pencapaian sampai berjaya jadi perdana menteri Malaysia, mereka sama level. Kalau nak ukurkan berapa tahun memerintah pulak, setakat ini, Tun Mahathir masih pegang rekod. Jadi paling layak nak kritik Najib sekarang sudah tentu Tun Mahathir sendiri.

Dari segi pencapaian ekonomi, tak berapa nampak sangat apa bagusnya Najib berbanding Mahathir. Malah Pak Lah juga macam tu. Lagipun Mahathir dah buat semua benda untuk malaysia. Dari negara penoreh getah naik jadi negara industri yang hebat. Siapa boleh lawan sumbangan Mahathir dalam bab tu?

Tadi terbaca pulak tulisan Tun Mahathir bagaimana Presiden Amerika menyambutnya ketika dia buat lawatan ke sana ketika jadi PM dahulu. Saya salin semula apa yang Tun M tulis:

Saya melawat Amerika Syarikat secara rasmi selepas saya melawat Canada tiga tahun selepas menjadi PM. Pemerintahan Amerika Syarikat hantar pesawat khas Presiden ke La Guardia airport New York untuk penerbangan saya dan isteri ke Washington. Dari Pangkalan Udara Andrews saya diterbangkan dengan helikopter Presiden ke bandar Washington. Saya disambut oleh pegawai tinggi Amerika Syarikat dan bermotor ke hotel Willard Washington DC. Pada masa itu Blair House, tempat penginapan tetamu Kerajaan Amerika sedang diperbaiki. 

Dua buah kereta “stretched” disediakan untuk saya ke White House yang dihias dengan bendera Malaysia dan Amerika Syarikat. Cermin gelap ditingkap kereta menghalang orang ramai daripada mengetahui kereta yang mana yang saya guna. 

Bendera Amerika ternampak hampir semacam dengan bendera Malaysia. Dengan itu ramailah penduduk Washington terkeliru dan memikir kereta-kereta ini membawa Presiden AS. Mereka melambai tangan sepanjang jalan. 

Saya bertemu dengan Presiden Reagan seperti biasa di hadapan “fireplace” dan mengadakan “small-talk” dengannya, Vice Presiden Bush (Senior) ada bersama. 

Kemudian baru diadakan mesyuarat dua delegasi di bilik mesyuarat khas. Ini disusuli dengan makan tengahari dan press conference. Seluruh lawatan saya ke White House dirakam oleh jabatan Presiden Amerika Syarikat dan disimpan dalam Library Ronald Reagan. Video ini boleh dilihat dalam media sosial (KLIK DI SINI). 

Saya juga mengadakan perjumpaan tidak rasmi dengan Presiden Bush (Senior) Presiden Bush (Junior), Presiden Clinton di Washington dan di lain-lain tempat. Biasanya saya membangkitkan soal minyak kelapa sawit dan sikap AS terhadap negara Islam.

Baru saya sedar betapa beza macam langit dan bumi layanan Amerika terhadap perdana menteri kita antara Najib dan Mahathir. Mungkinkah Trump yang jadi presiden sekarang ini jenis orang kasar dan tiada protokal maka dia layan Najib macam layan CEO syarikat besar dan bukannya sebagai Pemimpin tinggi sesebuah negara.

Bagaimana Amerika layan Najib

Bila dapat tahu yang Najib hanya bersembang dengan Trump selama 30 minit, lagilah terasa sayu dan marah dengan sikap Trump tu. Malah Najib kena pergi sendiri dan kena bermalam di hotel sahaja. Hotel Trump pulak tu, kes aniaya nampaknya pada pemimpin negara aku sendiri !.

Ketara sangat antara dua presiden Amerika itu.

Tapi tak boleh salahkan Presiden amerika sebab itu adalah lawatan rasmi antar dua negara. Maka tak boleh nak bandingkan antara Trump dan Reagan.

Rumusan yang boleh saya buat adalah Tun Mahathir jelas hebat dan segala kritikannya terhadap Najib adalah penting untuk didengari terutamanya oleh Najib sendiri. Bukannya buat tohmahan dan fitnah malah perlekehkan pula Tun M.

Bukan payahpun. Pergi ambil nasihat Tun M, betulkan apa yang dia kritik dan sama-sama laksanakan demi kebaikan rakyat keseluruhannya. Atau kalau tak dapat nak buat apa yang beliau sarankan, masih tak dapat nak perbetulkan presepsi buruk orang ramai, masih tak dapat nak yakinkan negara luar supaya hormati pemimpin No 1 negara... letak saja jawatan. Bukannya payahpun !

Tak seronok bila orang ejek pemimpin negara kita sendiri. Apatah lagi orang luar pulak. Tak selesa bila orang tuduh pemimpin kita seperti seekor kera jantan yang seronok bersetubuh dengan Gajah Betina. Yang seronok terpancut-pancut adalah kera sedangkan Gajah kehairanan tak rasa apa-apa !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana Amerika sambut Mahathir berbanding Najib - Baru tahu !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !