Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 20, 2017

DBKL arah batalkan Pesta Arak 'Better Beer Festival 2017' selepas bantahan

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 20, 2017
Pesta arak yang diberikan tema Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan akan berlansung pada 6 dan 7 Oktober 2017 nanti terpaksa dibatalkan.

Pihak DBKL telah menolak permohonan permit untuk mengadakan pesta arak tersebut oleh penganjur. MyBeer Malaysia yang merupakan penganjur pesta arak tersebut telah kemukakan permohonan pada 28 Ogos yang lalu.

Pihak penganjur merasa kecewa kerana tidak dapat meneruskan pesta arak tersebut pada tahun ini. Pada tahun-tahun yang lalu, ia berjaya dianjurkan dengan meriah sekali dengan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Menurut penganjur, mereka jangkakan pengunjung seramai 6 ribu orang untuk anjuran pesta arak kali ini. Ia mengumpulkan pengeluar beer atau arak terkenal di seluruh dunia untuk turut sama dalam pesta arak tersebut.

Pesta arak batal susulan bantahan Pas

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Riduan Mohd Nor telah menggesa agar kerajaan tidak membenarkan panganjuran pesta arak sebegitu di negara Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Atas dasar status negara Islam, maka tidak sesuai untuk pesta arak, yang merupakan minuman yang haram di sisi Islam dianjurkan di negara ini. Walaupun ianya adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, ia masih tidak sesuai.

Pesta itu nampaknya semakin membesar dari tahun ke tahun sejak ia mula dianjurkan. Tidak mustahil jika dilepaskan begitu sahaja, maka tahun yang akan datang, pesta arak akan menjadi jauh lebih besar dan meriah.

Pas risau pesta itu akan turut sama menaikkan pesta maksiat lain seperti pesta seks, pesta gay dan lain-lain seumpamanya.

DAP tak kisah pesta Arak

Berlainan pulak bagi DAP. Mereka tidak membantah untuk pesta arak diadakan. Bagi DAP, ia tidak ada kena mengena dengan agama Islam dalam penganjuran pesta arak itu. Pesta sedemikian tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

Untuk negara yang majmuk seperti Malaysia, adalah bebas untuk adakan parti atau pesta sedemikian. Ertinya DAP anggap Malaysia adalah sebuah negara Majmuk, manakala Pas anggap Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Ada perbezaan penekanan dari segi falsafah negara nampaknya antara dua pasti politik yang berbeza itu. Satu kata negara majmuk dan satu lagi kata negara Islam. Patutlah Lim Kit Siang mahu debatkan isu yang sama ketika zaman Tun Mahathir ( atau Pak Lah, manas satu saya tak ingat) laungkan Malaysia sebegai sebuah negara Islam satu masa dahulu.

Kalau zaman Bapak Merdeka pulak saya rasa dia lebih terbuka. Dia anggap Malaysia sebagai sebuah negara sekular dari segi pemerintahan dan Islam hanyalah agama rasmi, sebagai mana Bunga Raya merupakan bunga rasmi negara.

Pesta arak batal, pesta fitnah berleluasa

Saya pun tak sokong dengan aktiviti meriah dalam bab nak promosikan arak ini. Baguslah jika pihak DBKL tak mahu keluarkan permit kebenaran untuk adakan pesta arak ini. Ia dapat membendung populariti minuman arak kepada semua rakyat Malaysia umumnya tak kira apa bangsa dan agama.

Arak atau minuman beralkohol memang tak pernah baik untuk kesihatan tubuh badan dan akal manusia. Jadi tak perlu nak debat dan nafikan isu keburukan arak itu.

Tapi yang tak berapa baiknya adalah aktiviti sebaran fitnah lanjutan dari pesta arak tersebut.

Saya lihat dan terima banyak mesej bergambar memaparkan seorang ahli politik dari pembangkang yang beragama Islam dilaporkan sebagai berkata setuju dengan pesta arak itu. Malah dalam poster itu juga dikatakan ahli politik itu akan turut serta dalam pesta tersebut menyambutnya.

Itu terang-terang satu fitnah. Saya kenal ahli politik itu dan tahu bagaimana orangnya.

Fitnah sedemikian sudah jelas haram dalam islam, tapi malangnya orang islam sendiri yang sebarkan fitnah sedemikian. Seolah-olah mereka kuat perjuangkan keharaman arak itu tetapi mengamalkan aktiviti haram yang jauh lebih besar malapetakanya, iaitu fitnah.

Kadangkala, emosi dalam berpolitik akan hancurkan kewarasan akal fikiran. Sama macam mabuk minum arak, mabuk politik juga mampu gelapkan akal fikiran yang waras pada manusia.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, DBKL arah batalkan Pesta Arak 'Better Beer Festival 2017' selepas bantahan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !