Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 5, 2017

10 makna gerak badan pasangan anda yang perlu anda tahu bila bersembang

  Mohd Shubhi       Thursday, October 5, 2017
Dalam kelas teknik untuk buat coaching yang saya ikuti baru-baru ini, pensyarah beritahu yang kita perlu peka ketika bersembang dengan orang lain. Selain dari pandai mendengar apa yang orang atau pasangan kita cakap, perlu juga pandai dengar apa yang dia tak cakap.

Pelik juga apa yang pensyarah tu bagi tau!

Macam mana pulak nak dengar apa yang orang lain tak cakap kat kita. Mana boleh dengar kalau dia hanya diamkan diri tak buka mulut. Tetapi takkan pensyarah itu nak buat cerita mohong. Dia seorang doktor falsafah dan dah lebih 20 tahun mengamalkan khidmat life coaching untuk individu-individu berprestasi tinggi.

Hanya 20% saja keluar bila cakap


Bila dah diterangkan dengan lebih mendalam, barulah saya faham. Memang betulpun apa yang doktor tu cakap. Bukan semua apa yang pasangan kita nak sampaikan pada kita akan keluar dari suaranya. Yang keluar itu hanyalah 20% sahaja dari cerita sebenar apa yang dia nak bagi tau.

Lagi 80% peratus tu, adalah maklumat yang dia tak sebut melalui suara. Tapi sebaliknya, dia sebut atau pamerkan melalui gerak tubuh badan. Jadi nak kena belajar sekurang-kurangnya perkara asas makna setiap gerak badan yang pasangan anda tunjukkan ketika berbicara dengan dia.

10 gerak badan yang anda perlu tahu


Berikut saya kongsikan 10 perkara yang anda perlu baca hasil dari perhatian terhadap keseluruhan tubuh anggota tubuh badan dan deria pasangan yang kita sedang berbicara.

1. Perhatikan mata

Mata tak boleh nak berbohong seperti mana mulut mampu lakukan. Kalau mulut kata dia amat berminat dengan apa yang anda sampaikan, tapi mata tak berikan tumpuan lansung pada anda sebaliknya dok kelebek kat smart phone dia, itu tandanya dia bohong.

Jadi bila bercakap dengan orang atau pasangan, perhatikan samada mata dia merenung mata anda atau wajah anda atau tidak secara konsisten. Tapi bukanlah renung tak berkedip dan tak pandang ke tempat lain lansung dalam kadar yang amat lama!

Itu menakutkan! mungkin yang sedang anda berbual itu gila atau hantu filem Thailand.

2. Perhatikan kerdipan mata

Adfa dua keadaan saja yang anda perlu pantau ketika bersembang dengan pasangan anda itu. Perhatikan samada dia berkedip kerap sangat, atau dia amat jarang berkedip macam tak normal. Anda boleh perhatikan antara mata normal yang berkedip dengan mata yag tak normal.

Jika pasangan berkedip kerap dan cepat sangat, itu tandanya dia sedang tertekan, tak selesa berbual dengan anda. Tak payah nak paksa dia duduk kat situ layan anda jika berlaku macam itu. Suka tak perlu dipaksa, ok!.

Kalau dia punyalah jarang berkedip pula, itu tandanya dia sedang menahan emosi atau sedang merahsiakan sesuatu dari anda.

3. Perhatikan anak mata

Memang agak susah sikit nak perhatikan anak mata dan kita amat jarang buat kerja macam tu dok perhati anak mata orang. Tapi kalau nak baca mesej tanpa suara, kenalah praktis untuk belajar dan perhatikan anak mata bila kita berbual dengan pasangan. Atau ketika berbual dengan orang lain.

Kalau anak matanya kelihatan terbuka luas, ertinya dia sedang rasa suka, tertarik atau ghairah dengan anda. Kalau anda lelaki, dan pasangan anda berbual itu juga lelaki, dan anak mata dia terbuka luas merenung anda, berhati-hati sikit ok!.

4. Perhatikan bibir mulut

Bila anda berbual dengan dia, bagaimana bibir mulutnya memberikan berbagai mesej. Contoh mudah adalah jika dia kelihatan macam dok gigit bibir bawah, itu tandanya dia tengah risau, keliru atau geram atau tertekan.

Kalau dia kulum bibir masuk ke dalam mulut, atau lebih mudah lagi anda tak nampak bibirnya sebab dia tarik ke dalam, itu tandanya dia sedang tak percaya apa yang anda cerita, atau tak setuju atau sangsi.

5. Lindung mulut tanpa perlu

Kalau menguap atau batuk dia tutup mulut dengan tangan kira ok dan perlu. Tapi kalau tak ada apa-apa pasal dia dok cover mulut tu, maknanya ada sesuatu yang dia cuba sorokkan.

Mungkin dia nak tergelak atau nak tersenyum geli hati dan pandang sinis pada anda sebab itu dia kerap dok tutup mulut.

6. Raut wajah

Ini semua orang ada keupayaan untuk membaca raut wajah orang samada sedang gembira atau sedang bersedih atau tertekan atau kecewa. Kalau orang itu punya wajah sedih macam manapun yang semula jadi, kita masih boleh baca raut wajahnya jika dah kenal orang itu.

7. Tengok lengan dan kaki

Tengok adakah tangan atau kaki pasangan anda dalam keadaan tertutup atau terbuka. Jika terkepit atau tertutup, maknanya dia sedang berada dalam keadaan nak pertahankan diri.

Kalau dia terbuka dan tidak terkepit-kepit, berjaga-jaga sebab itu ada ciri atau tanda nak menyerang. Kalau dia dok cekak pinggang pulak biasanya menunjukkan dia sedang ada dalam keadaan tenag dan terkawal dan penuh yakin. Tapi bergantung juga, tengok muka sama, kadang kala itu juga tanda nak serang.

8. Perhatikan gerak isyarat tangan

Perhatikan gerakkan yang dimainkan oleh orang yang sedang bercakap dengan anda itu. Contohnya buat naik jari ibu itu tandanya bagus, dan turunkan ke bawah tandanya tak bagus. Rasanya semua dah biasa sangat dengan isyarat tangan seperti minta rehat, minta diam, minta berhenti dan lain-lain.

9. Perhatikan posisi tubuh

Secara umumnya anda hanya perlu lihat dua keadaan saja. Samada posisi terbuka atau posisi tertutup. Kalau posisinya terbuka, ertinya dia selesa dan dalam keyakinan yang tinggi. Dia juga bersedia untuk berbicara atau berkawan.

Tapi kalau dia bongkok sikit ke depan, itu adalah posisi tertutup yang menunjukkan kerisauan, tidak bersedia dan tak selesa.

10. Perhatikan jarak kedudukan

Jarak memainkan peranan dalam menentukan keadaan dua orang yang sedang berbual. Ada 4 situasi, iaitu, jarak mesra intim, jarak kawan, jarak jiran, dan jarak orang awam. Rasanya anda boleh agak dan boleh teka apa yang saya maksudkan kedudukan jarak antara anda dengan pasangan.

Lihat gambar yang dilampirkan kat atas tu untuk panduan asas.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 makna gerak badan pasangan anda yang perlu anda tahu bila bersembang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !