Kita sebenarnya baru jelajah sedikit sahaja dunia lautan yang ada kat bumi ini. Menurut maklumat yang saya dapat dari sini, manusia hanya jelajah dunia lautan sekadar lingkungan 5% sahaja. Ertinya masih ada lagi 95% tempat yang ada kat dalam dunia lautan bumi ini masih menjadi tanda tanya bagi manusia.
Patutpun kita kerap digemparkan dengan penemuan berbagai rupa makhluk anih yang terdampar di pantai. Macam-macam benda anih dan pelik telah muncul dari lautan dan menjadi tanda tanya manusia.
Kenapa kita tak pernah tengokpun makhluk aneh tersebut sebelum ini?
Jumlah yang terlalu sedikit yang telah diterokai oleh manusia itu kadangkala juga menimbulkan masalah. Apabila muncul saja benda pelik, orang ramai mula hairan dan teruja sebab potensi untuk makhluk aneh muncul dan belum pernah ditemui adalah tinggi memandangkan masih banyak lagi kawasan lautan yang manusia belum terokai. Maka mulalah timbul berbagai spekulasi setiap kali muncul benda-benda pelik dari air.
Benda pelik muncul dari lautan
Setakat ini ada banyak benda-benda atau makhluk pelik yang ditemui terdampar di tepi pantai. Salah satu darinya adalah seperti gambar yang diaparkan kat atas ni. Makhluk itu dinamakan Montauk Monster. Sempena nama tempat di mana makhluk aneh tersebut di temui, iaitu di tepi pantai Montauk, New York. Malangnya bangkai makhluk itu hilang mungkin di ambil oleh orang yang tidak diketahui.
Pakar diminta untuk menganalisa gambar tersebut dan mereka rumuskan itu berkemungkinan binatang Raccoon yang sudah hilang segala bulu dan kulit akibat dari proses menjadi bangkai.
Tapi samada betul atau tidak, siapa tahu?
Lihat gambar kat atas tu. Makhluk misteri ini ditemui di sebuah tempat bernama Sakhalin, sebuah pulau Russia pada tahun 2015. Pada mulanya orang ramai kata itu gambar ikan lumba.
Kemudiannya orang ramai sedar bahawa ikan lumba tak ada paruh macam itu. Mereka kata itu ikan paus pulak. Lepas itu arus ombak bawa hanyut bangkai tersebut dan tak siapa tahu apa sebenarnya yang terdampat mati kat pantai tersebut.
Binatang kat atas itu pula ditemui dan dirakamkan di pantai Cape Town, Afrika Selatan. Itu dikatakan bangkai sejenis ikan yang dipanggil Rocksucker (Chorisochismus dentex). Bila mati dan terdedah pada panas, dia jadi macam makhluk pelik dan menggemparkan.
Raksaksa sepanjang 30 kaki ini ditemui di New Zealand. Pakar akhirnya mengesahkan ianya adalah bangkai ikan paus.Makhluk itu ditemui di Carolina Selatan. Ia disahkan sebagai sejenis ikan primitif yang dipanggil sebagai Sturgeon.
Makhluk ini pula di temui di sebuah tasik di Hollingworth berdekatan dengan Littleborough, England. Tidak ada siapa sangka kat dalam tasik itu terdapat makhluk atau ikan sebesar itu selama ini. Saiz ikan itu dalam lingkungan 5 kaki.
Ada banyak lagi benda-benda pelik muncul yang dirakamkan oleh manusia di seluruh dunia. Setiap kali ia muncul akan berlaku kegemparan dan berbagai spekulasi. Nasib baik jika benda itu dirujukkan kepada pakar dan mereka akan sahkan apa sebenarnya benda yang ditemui itu.
Tapi kalau tak ada orang yang bersusah payah untuk meredakan keadaan dengan membuat rujukan pada pihak yang layak, ia akan kekal misteri dan spekulasi akan kekal sebagai satu spekulasi. Nak kata ia adalah makhluk biasa yang rosak disebabkan proses pereputan ada logiknya.
Dan untuk rumuskan ianya berkemungkinan sejenis makhluk yang baru ditemui juga ada logiknya. Sebab masih banyak dunia lautan yang manusia belum terokai.
Walau apapun, jangan mudah terlompat dan buat rumusan selagi tidak ada kajian yang mendalam dan keputusan yang tepa dari pada pakar.
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !