Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 7, 2017

Sentuhan dari Carlex Design khas untuk trak pikap Toyota Hilux (Bergambar)

  Mohd Shubhi       Saturday, October 7, 2017
Bagi pemilik trak pikap toyota Hilux yang ada banyak duit dan ada keinginan untuk solek trak pikap anda itu menjadi lebih mengancam rupa bentuknya, boleh cuba dapatkan khidmat sentuhan dari Carlex Design.

Carlex Design merupakan sebuah syarikat berasal dari negara Poland yang memberikan tumpuan terhadap rekabentuk luar dan dalam sesebuah kenderaan. Ia menawarkan konsep rekabentuk untuk pengangkutan darat udara dan air. Semua dia sapu.

Sedikit info pasal Carlex Design


Istimewanya Carlex Design ini adalah dia tawarkan sentuhan istimewa samada untuk pelanggan individu biasa, juga untuk pelanggan individu kaya raya yang suka buat koleksi kenderaan mewah yang leik-pelik. Cuba tengok steering kereta yang dia buat rekabentuk khas untuk pelanggan dari kalangan pengumpul bahan unik kat bawah ni.
Semua bahan yang mereka gunakan adalah dari bahan-bahan yang menggunakan teknologi terkini khas untuk kepuasan pelanggan mereka. Mereka memang pakar dalam industri yang mereka ceburi ini dan rasanya masih belum ada lagi model perniagaan yang sama seperti mereka kat dalam Malaysia ni.

Kalau mereka boleh datang masuk ke Malaysia dan mula memberikan tawaran kepada pelanggan istimewa mereka di sini, ertinya kat negara kita memang ada pasarannya. Kalau nak buat dan masuk dalam pasaran yang mereka sasarkan, mungkin agak susah sikit dan memerlukan modal yang amat besar serta akses kepada teknologi dan rekabentuk yang luas.

Lagipun Carlex Design bukan setakat berikan tumpuan hanya pada industri automotif, malah mereka juga berikan khidmat rekabentuk luaran dan dalam dalam industri aviasi dan juga marine. Bukan main-main punya rangkuman pasaran tu.

Rekaan khas Toyota Hilux dari Carlex Design


Macam yang saya kata di atas tadi, kalau anda ada banyak lebihan duit, dan merupakan seorang yang fanatik dalam trak pikap Toyota Hilux, boleh cuba ambil sentuhan dari Carlex Design ini. Kalau tak ada duit tapi masih ada minat nak buat lebih kurang macam itu, boleh cuba study rekaan mereka dan dapat idea untuk modifikasi anda sendiri.

Gambar kat atas sekali itu, merupakan contoh rekaan istimewa yang menyeluruh khas untuk Toyota Hilux yang memang menjadi pilihan ramai kat negara kita. Walaupun sekarang Hilux sedang dibayangi oleh Ford Ranger, tapi dari segi kemudahan selepas jualan yang Toyota mampu berikan, masih sukar untuk ditandingi.

Kalau dilihat kesemua rekaan yang ditawarkan oleh Carlex Design, hampir keseluruhannya bertumpukan hanya pada kosmetik sahaja tanpa menyentuh apa-apa bahagian enjin dan jentera dalam hilux yang dah ada. Yang itu masih kekal ikut kepala Jepun juga. Maksudnya tak ada apa-apa pembaikan dari segi prestasi kenderaan trak pikap anda itu.

Kalau nak adapun mungkin hanya sedikit sentuhan yang dibuat untuk pemanduan yang stabil dan sedap samada atas jalanraya biasa atau dalam pemanduan offroad yang mencabar. Mereka ada tambah Pedders suspension lift-kit kat suspension belakang hilux itu untuk pemanduan yang lebih stabil.

Dari segi harga pulak, saya tak ada maklumat pasal itu. Cuba cari dalam blog Paultan pun dia tak ada bagi tahu. Nak tahu kenalah pergi cari sendiri kat Carlex Design yang ada kat tempat anda. Saya rasa mereka tentu ada ajen tertentu yang bawa masuk rekabentuk dan tawaran dari Carlex Design kat kedai mereka sendiri kat Malaysia ni. Kalau anda ada workshop yang baik fokuskan pada Pikap Trak 4x4, mungkin perlu contact Carlex Design untuk jadi ajen mereka, itupun kalau tiada lantikan ekslusif lagi.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sentuhan dari Carlex Design khas untuk trak pikap Toyota Hilux (Bergambar)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !