Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 9, 2017

Tidak dibenarkan cakap pasal Islam jika anda tidak ada tauliah

  Mohd Shubhi       Monday, October 9, 2017
Jika anda tak ada tauliah dari pihak pemelihara agama Islam yang tulin dan benar di malaysia, anda tidak dibenarkan cakap pasal Islam. Semakin jelas hala tuju pihak agama di negara kita sekarang tentang siapa yang boleh cakap pasal Islam dan siapa yang tak boleh cakap pasal Islam.

Sebelum ini, apa yang saya faham, hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan memberikan pendapat atau bercakap pasal agama Islam yang mereka anuti. Rasanya semua orang beranggapa yang sama. Ini boleh tengok pada ruang komen setiap kali timbul isu tentang agama islam.

Bila ada saja orang bukan islam yang cuba berikan pendapat mereka tentang agama islam, akan terus ada serangan dari keyboard warrior yang garang menghantam orang bukan islam itu.

"Jangan masuk campur perkara yang tak ada kena mengena dengan kamu!", begitulah kerasnya amaran pembela agama islam di negara kita memberikan ingatan kepada mereka yang tidak anut agama islam.

Seolah-olah Islam diturunkan hanya untuk segelintir manusia sahaja dan segelintir lagi tidak layak untuk ambil tahu dan berikan pendapat mereka walaupun dari sudut akademik. Dalam bab akademik sudah tentu pembela agama islam akan tlak mentah-mentah sebab Islam tak boleh pakai logik akal, kata mereka.

Jadi jangan nak pakai istilah akademik kalau nak berhujah dan mencari pencerahan dalam apa-apa saja isu yang menyentuh agama islam.

Semua tak boleh cakap pasal Islam tanpa tauliah


Sekarang saya mula faham bahawa sebenarnya, siapa saja kat Malaysia ini tak boleh cakap pasal islam sama ada dia beragama islam atau tidak. Kalau nak cakap sorang-sorang kat tepi tasik tanpa ada orang yang mendengarnya, tak apa. Tapi kalau ada orang, perlu ada tauliah dari pihak yang berwajib.

Baru-baru ini, seorang penulis berbangsa Turki yang juga seorang pemikir terkenal dalam isu-isu yang berkait rapat dengan umat Islam telah ditangkap oleh JAWI. Tangkapan tersebut diberitahu kemudiannya sebab Mustafa Akyol tak pergi mengadap mereka untuk soal siasat.

Saya difahamkan ada orang buat laporan tentang kehadiran Mustafa Akyol ini pada JAWI. Dan sudah tentu orang yang buat laporan itu merupakan pembela agama Islam yang akan berusaha menyingkirkan siapa saja yang tidak sama aliran pemikiran dengannya.

Mustafa Akyol tak boleh bercakap pasal Islam sebab tidak ada tauliah.

Selama ini saya silap faham tentang tauliah ini. Ingatkan perlu ada tauliah hanya jika anda mahu mengajar orang ramai tentang Islam. Ertinya memberikan kuliah atau kelas dimasjid dan surau.

Pensyarah dan cikgu perlu ada tauliah


Ramai para ustaz yang ada tauliah ini sekarang sebab ia jadi satu sumber pendapatan yang amat baik. Lagi popular ustaz itu, lagi tebal sampul yang dia dapat. Jadi perlu pastikan dia ada tauliah mengajar agama islam di semua negeri seluruh negara.

Mustafa Akyol sudah tentu bukan jenis ustaz yang datang buat kuliah kemudiannya salam sambil korek sampul dan masukkan ke dalam poket. Dia lebih fokus kepada dunia pemikiran Islam dari perspektif akademik untuk cuba difahami secara universal dan tidak sempit.

Paling kurangpun, Penulis Turki itu lebih mirip seorang pensyarah di sebuah universiti yang memberikan kuliah Tamadun Islam di depan para pelajarnya. Malah para pensyarah universiti sudah tentu jauh lebih aktif bercakap pasal Islam setiap hari sebab itu kerja mereka.

Tapi saya tak pernah dengar pulak yang pensyarah universiti diperlukan ada tauliah sebelum layak memberikan kuliah yang menyentuh tentang agama Islam. Atau saya yang ketinggalan! mungkinkah semua pensyarah agama kat universiti negara kita ada tauliah dari JAWI dan jabatan agama negeri masing-masing?

Bagaimana pulak dengan gikgu dan cikgi yang ramai kat seluruh negara kita. Apakah mereka juga wajib ada tauliah sebelum boleh bercakap pasal agama Islam. Mereka ini memang benar-benar mengajar dan bukan sekadar memberikan pendapat terhadap agama islam.

Tak payah cakap, dengar cakap ustaz saja


Saya juga selalu juga cakap pasal agama Islam pada anak-anak. Juga pada kawan-kawan setiap kali berjumpa 5 atau 6 orang kat kedai minum. Isu agama dan bertukar pendapat dan pandangan masing-masing sudah jadi lumrah sejak dahulu muda sampai sekarang.

Apakah patut mohon tauliah sekarang. Patutlah orang tepi usyar semacam saja bila kami cakap pasal islam. Rupanya perlu ada tauliah.

Atau mungkin jalan paling mudah sekarang di negara kita malaysia ada jangan cakap terus pasal Islam. Takut nanti silap cakap kena dakwa terus. Orang Islam yang tiada tauliah, hanya perlu mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh mereka yang ada tauliah. Dengar dan taat dan tak payah nak pandai-pandai nak mempersoalkan apa yang diperkatakan.

Kalau nak cakap juga, ambil peluang tanya dan berikan pendapat dalam kuliah para ustaz yang ada tauliah. Jadi kita tumpang tauliah dia untuk lepas gian bercakap pada agama yang kita anuti.

Apa pendapat anda!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tidak dibenarkan cakap pasal Islam jika anda tidak ada tauliah

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Maka ISLAM sudah jadi milik-exclusive segelintir golongan saja.....so ada dua pilihan.

    Nak jadi manusia yang ALLAH beri anugerah akal dan kudrat....atau nak jadi kambing saja...huh?

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !