Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 10, 2017

8 langkah untuk hasilkan password rahsia yang kuat dan selamat

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 10, 2017
Dah berapa tahun agaknya dunia internet diserapkan menjadi budaya hidup manusia di seluruh dunia sekarang?

Jawapannya bergantung kepada lokasi di mana anda tinggal dan jalani kehidupan seharian. Kalau tinggal kat tempat yang mundur tanpa kemudahan perhubungan yang asas, mungkin anda masih tak sedar betapa kuatnya dunia internet mempengaruhi cara hidup manusia sekarang.

Secara umumnya dunia sudah terdedah dengan internet dalam lingkungan 35 tahun sudah. Lebih kurang macam tulah umur dunia internet kat muka bumi ini.

Saya tak pasti samada kat negara kita Malaysia ini, masih ada lokasi penempatan yang tidak punya kemudahan perhubungan internet. Kalau dalam hutan tu, tak kiralah. Tapi kat tempat tinggal seperti kampung yang ada sekurang-kurang satu pekan kecil.

Kalau anda ada maklumat, bolehlah kongsikan kat kampung mana yang lansung tak ada line telefon bimbit.

Keperluan terhadap password rahsia


Kali mula kita didedahkan dengan kosep password rahsia ini adalah ketika mula menggunakan kad ATM untuk buat keluar duit. Ini dah lama kita pakai sampai tak sedar betapa ianya memudahkan hidup kita berbanding dahulu.

Dulu, kalau nak buat keluar duit, kena beratur panjang kat bank isi berbagai borang dan berurusan dengan kerani kaunter kat bank di mana anda simpan duit. Kalau bank yang tak ramai orang, selamat masa anda. Kalau bank yang anda pakai adalah seperti Maybank, yang besarnya mengatasi jentera kerajaan, maka terpaksalah tunggu berjam-jam untuk keluarkan duit anda sendiri.

Sekarang dah tak macam tu. Anda hanya perlu beratur kat depan mesin keluarkan duit yang ada di merata-rata tempat seluruh negara. Kalau malas nak keluarkan waktu siang, boleh pi buat keluar duit waktu malam. Mesin tetap layan anda sama saja tanpa kenal erti letih atau jemu buat kerja. Itu lebihnya mesin apabila mereka digunakan untuk kerja menggantikan manusia.

Apa yang semua pengguna kad ATM perlu tahu adalah memilih password rahsia yang sesuai. Password tersebut mestilah kuat, susah nak di duga atau diteka oleh penjahat dan dalam masa yang sama ianya mesti mudah diingati oelh pemilik kad sendiri. Jangan jadi sampai password terlalu kuat dan sukar untuk diduga sampai pemilik kad sendiri tak pernah boleh ingat!.

Password pilihan majoriti pengguna


Anda tahu tak password macam mana yang majoriti pengguna akan pakai? mungkin anda juga jenis yang suka pakai password mudah macam itu dengan matlamat supaya senang nak ingat. Tapi ramai tak sedar bukan saja dia senang nak ingat nombor password mudah macam itu, penjahat juga mudah nak teka.

Antara 2 password yang ramai orang suka pakai di seluruh dunia adalah seperti berikut:

  • password
  • 123456
Pelik tetapi benar. Itulah password yang paling ramai orang pakai untuk nombor rahsia mereka ketika menggunakan kemudahan internet atau kad ATM mereka. Lepas ini jika anda jumpa kad atau nak cuba masuk akses rahsia kawan-kawan, boleh cuba salah satu dari password tersebut, kemungkinan untuk anda dapat akses masuk adalah tinggi.

Satu lagi majoriti pengguna suka amalkan dalam penggunaan password ini adalah pakai password yang sama di seluruh tempat. Samada internet, bank, ATM atau akaun google atau Yahoo!. Ertinya, kalau anda tahu akses masuk untuk satu perkara yang kawan anda guna, anda akan boleh masuk ke dalam semua akaun internetnya dengan menggunakan password yang sama.

Amalan mudah itu diamalkan oleh 92% orang. Dalam 100 pengguna internet, 92 orang akan pakai satu password yang sama untuk semua akaunnya!. Anda macam tu juga ka?

8 langkah hasilkan password kuat


Berikut saya kongsikan 8 langkah yang perlu anda fikirkan untuk menghasilkan password yang kuat dan selamat:
  1. Pastikan password panjang - Kebiasaannya anda perlu masukkan sekurang-kurangnya 5 angka sebagai password anda. Tapi ada juga yang anda diberikan kebebasan memilih. Apapun pastikan anda pilih angka panjang supaya tak mudah nak kena godam. Bayangkan kalau anda hanya guna 3 angka, penggodam hanya perlukan masa kurang dari satu saat untuk menggodamnya.
  2. Jadikan password anda merapu - Kalau dah pilih password lapan angka dah kira oklah tu. Tapi pi letak ayat yang ada makna tidak membantu password anda jadi kuat dan sukar untuk diteka. Biarlah ianya jadi merapu seperti 'w8%@@pu'. Tak ada makna langsung.
  3. Kombinasi pelbagai - Masukkan campuran yang berbagai seperti huruf, nombor, tanda, simbol, huruf besar, huruf kecil dan sebagainya.
  4. Elak guna angka atau maklumat peribadi - Jangan guna tarikh lahir, nama anak, nama ibu, nama awek, plate kenderaan, nama sekolah anda, kampung, taman tempat tinggal atau sebagainya yang menjadi milik peribadi anda. Maklumat yang anda masukkan dalam profil FB anda umpamanya. Orang mudah nak agak.
  5. Jangan ulang guna password - Pastikan satu akaun atau satu tempat mestilah dengan password nya yang tersendiri. Jangan kongsikan satu password pada lebih dari satu akaun.
  6. Guna password manager - Anda boleh gunakan khidmat ini secara percuma. Password manager akan simpan dan generat password untuk anda gunakan dan simpannya dengan selamat. Anda hanya perlu guna satu master password untuk akses ke password manager anda untuk dapatkan semua maklumat yang disimpan dengan selamat kat situ. Pastikan anda tak lupa pula master password tersebut.
  7. Rahsiakan password anda - Jangan kongsikan dengan orang lain samada isteri atau siapa saja. Jangan taip password anda ketika orang lain boleh tengok. Biarlah orang kata anda terlalu berahsia, tak payah nak layan. Jangan tulis kat sticky note dan lekatkan pula pada komputer, tepi dinding atau sebagainya.
  8. Tukar password secara kerap - Jangan sekali pakai satu password, anda kekal dengan password yang sama sepanjang hidup. Amalkan proses tukar atau ganti password secara berkala untuk keselamatan. Dan jangan ulang pakai password yang pernah digunakan sebelum ini dalam tempoh yang dekat.
Teknologi internet memang banyak memudahkan segala urusan hidup kita sekarang. Tapi janganlah pula ambil mudah dan malaskan diri nak buat kerja senang sahaja sampai bocorkan perkara yang menyentuh keselamatan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 8 langkah untuk hasilkan password rahsia yang kuat dan selamat

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !