Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, October 27, 2017

Badan berbintik kena gigit pepijat dalam Kapal Terbang British Airways

  Mohd Shubhi       Friday, October 27, 2017


Kalau kat negara kita sebelum ini heboh dengan bas ekspress yang penuh dengan pepijat di kerusi penumpang, kat luar negara nampaknya lagi teruk.

Pepijat ditemui di dalam kapal terbang mengigit dan mengisap darah penumpang. Amat jarang kita dengar adanya pepijat dalam kapal terbang, tapi itulah yang telah berlaku pada kapal terbang British Airways!.

Ini tentu satu berita yang mengejutkan pada industri penerbangan yang pada umumnya terkenal dengan perkhidmatan yang bermutu tinggi dari segi layanan keselesaan. British Airways pulak tu!

Sumber gambar kat sini.

Pepijat muncul dari belakang skrin TV

Penumpang malang yang kena gigit pepijat tersebut merupakan seorang wanita dengan anaknya. Mereka dalam perjalanan menziarahi kematian dari Vancouver ke Slovakia. Penerbangan tersebut ambil masa selama 9 jam.

Ketika duduk, dia ternampak seekor pepijat merayap keluar dari belakang skrin TV pada tempat duduk penumpang di depanya. Dia cuba tangkap tapi tak berjaya bila pepijat itu segera merayap masuk semua di celah belakang skrin tv itu.

Dia lalu mengadu pada krew penerbangan tapi nampaknya tak ada apa-apa yang dapat mereka lakukan sebab kapal terbang penuh. Jadi tak boleh nak pindahkan ke tempat duduk lain.

Bayangkan anda akan duduk kat kerusi kapal terbang yang diketahui ada pepijat. Nak kena duduk selama 9 jam pulak tu dan nak kena lena dengan harapan anda tak akan digigit pepijat. Itu mimpi di siang hari namanya.

" Jika anda perlukan khidmat hapuskan pepijat berkesan dan selamat dengan Rawatan Haba, hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut. Easelife Services Sdn Bhd merupakan syarikat Pest Control berlesen dan berpengalaman sejak 1998. "

Macam mana kenal pepijat

Bukan semua orang kenal macam mana rupa pepijat. Begitu juga mat saleh, bukan ramai sangat yang kenal apa itu bed bugs dan mereka tak dapat nak bezakan antara kumbang kecil dengan pepijatpun.

Tetapi penumpang British Airways yang naik itu pernah kerja di hotel. Di seluruh dunia sejak 5 ke 6 tahu  kebelakangan ini teruk dilanda serangan pepijat. Oleh itu mudahlah dia nak kenal macam mana rupa pepijat bila terlihat sahaja binatang hisap darah itu muncul dari belakang skrin TV.

Mulanya dia anggap pepijat balik tv tu tersesat seekor saja kat situ. Mungkin tak ada kat tempat lain. Ini untuk sedapkan hatinya yang nak tidur. Tapi kemudiannya dia terlihat pulak seekor tengah merayap bawah tray makanannya.

Yang itu dia dapat tangkap dan dia penyet lalu panggil krew kapal terbang seali lagi. Mengadu yang dalam kapal terbang itu ada masalah pepijat. Krew hanya ambil pepijat yang dah kena penyet itu dan bawa balik ke tempatnya. Itu saja yang mereka boleh buat.

Lepas itu dia terlihat lagi dua tiga ekor merayap kat tempat lain pulak. Jadi memang sah berlaku serangan pepijat kat dalam kapal terbang itu. Tapi dia diamkan saja tak mahu nak hebohkan pada semua orang lain takut nanti jadi kecohlah pulak.

Kena gigit pepijat dalam kapal terbang

Hasilnya, selepas sampai ke destinasi, dia dapati badannya dan badan anak perempuan yang bersama dengannya itu habis berbintik kena kesa gigitan pepijat. Ada 50 kesan gigitan pada anaknya dan ada 30 kesan gigitan pada dirinya.

Kesian mereka! sebelum ini disangkakan tak ada banyak sangat kesan gigitan masa kat dalam kapal terbang. Rupanya terlalu banyak. Memang kesan gigitan pepijat macam itu. Anda tak akan dapat rasa semasa kena gigit dan baru-baru lepas kena gigit.

Bila dah mula rasa gatal nak garu, barulah nampak merata tempat kesan bintik merah kat kulit badan yang kena gigit.

Penumpang itu lalu kongsikan pengalamannya dalam twitter...

Dan British Airways terus melompat dengan segera berhubung dengannya dan mohon maaf. Dia diberikan kerusi yang lebih baik dan mahal dalam perjalanan pulangnya kemudian. Itulah kuasa media sosial!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Badan berbintik kena gigit pepijat dalam Kapal Terbang British Airways

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !