Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 26, 2017

10 cara bagaimana sesebuah negara boleh hancur berkecai

  Mohd Shubhi       Thursday, October 26, 2017


Dari apa yang telah berlaku di muka bumi ini di seluruh dunia kita boleh ambil iktibar untuk kepentingan kita sendiri. Dalam isu negara hancur berkecai, sudah ada terlalu banyak contoh yang telah terjadi yang boleh dijadikan pedoman.

Ada negara yang hancur berkecai dengan amat drastik seperti mana yang berlaku pada negara Afghanistan sebaik saja Soviet Union masuk campur dan kemudiannya cabut selepas buat angkara kat sana. Di Sierra Leone pula kerajaan pun tak wujud akibat perang saudara yang berterusan.

Tapi bukan banyak negara yang jadi macam itu. Kebanyakan negara tak kan hancur secara drastik. Biasanya kehancuran berlaku secara perlahan-lahan tanpa dapat dirasakan sangat bahangnya. Macam gaya hidup yang tak sihat sehingga akhirnya kena kencing manis.

Kebanyakan negara seperti itu gagal dan hancur bukan sebab peperangan atau keganasan. Tapi mereka hancur disebabkan pemerintah yang ada gagal memupuk penduduknya dan gagal mengambil faedah daripada potensi untuk maju yang ada pada rakyat mereka. Malah sebaliknya, potensi rakyat untuk maju ke depan dirompak perlahan-lahan.

Coraknya hampir sama saja di mana-mana saja negara yang hancur berkecai secara perlahan-lahan itu. Pemerintah menggunakan pendekatan memerah manisan yang ada pada rakyat untuk kepentingan segelintir kumpulan elit mereka sahaja. Samada pemerahan tenaga kerja, pembelasahan bahan mineral berharga atau perniagaan monopoli boleh saja digunakan oleh para elit untuk menghancurkan negara mereka sendiri.

Kita lihat contoh-contoh yang dah berlaku untuk dijadikan pedoman.

1. Rakyat Korea Utara tiada hak pemilikan

Korea Utara tidak memberikan ruang lansung pada rakyatnya untuk memiliki apa-apa. Semua usaha rakyatnya adalah untuk kepentingan kerajaan sahaja. Semua tanah dan modal yang ada di sana adalah milik pemerintah.

Rakat bertani secara kelompok untuk golongan pemerintahnya dan bukanlah untuk mereka sendiri. Ini membuatkan tidak ada apa-apa faedah buat rakyat Korea Utara berusaha gigih untuk maju sebab tak gunapun bila tak ada apa-apa insentif yang memberansangkan.

Korea Utara jauh ebih miskin dari Korea Selatan yang mana rakyatnya maju ke depan. Walaupun mereka sebenarnya satu bangsa yang sama. Selepas berpisah dan rakyat Korea Utara jatuh miskin, purata ketinggian pun dah jadi berbeza. Rakyat Korea Utara lebih rendah 3 inci secara puratanya berbanding rakyat Korea Selatan.

2. Kerahan tenaga kerja paksa di Uzbekistan

Bayangkan keadan di mana kanak-kanak sekolah dikerahkan untuk kosongkan kelas. Mereka terpaksa keluar untuk pergi ke ladang kapas untuk buat kerja kutip kapas. Para guru pula bukannya berikan tumpuan untuk mengajar, tapi bertindak sebagai ajen tenaga kerja.

Itulah yang berlaku di Uzbekistan Pemerintahnya sanggup buat macam itu pada kanak-kanak sekolah untuk kepentingan dia dan golongan elit pemerintah mereka di sana. Presidennya menguasai semua jualan dan penghasilan bahan kapas di sana. Malah dia juga kuasai industri minyak dan gas. Pemerintah dan konco-konconya kaya raya manakala rakyat tak ke mana-mana.

3. Peluang tak sama rata di Afrika Selatan

80% daripada penduduk Afrika Selatan tidak berpeluang untuk melakukan apa-apa peningkatan diri mereka ketika pemerintahan apartheid dulu. Golongan kulit hitam hanya boleh berkerja sebagai petani atau buruh kasar di ladang dan lombong kepunyaan orang keturunan Eropah.

Semua kerja atau peluang untuk yang berkemahiran hanya layak diisi dan dilakukan oleh keturunan Eropah sahaja. Orang hitam dirompak peluang mereka untuk membaiki diri, membina kemahiran dan memajukan diri mereka dengan kerja-kerja berat dan gaji yang amat rendah.

4. Kroni dan monopoli di Mesir

Ketika zaman Hosni Mubarak para tentera dan kawan-kawan beliau sapu cerah semua peluang perniagaan yang ada. Apa saja industri di monopoli oleh kumpulan elite dan keluarga Hosni Mubarak meninggalkan rakyatnya ternganga mencari arah untuk keluar dari kemiskinan.

Bila Hosni Mubarak mula longgarkan kekangan ekonomi supaya lebih liberal, dia bagi semua bisnes yang diswastakan pada kawan-kawan dan saudara maranya pulak. Sama saja akhirnya hinggakan saat akhir, keluarga Hosni Mubarak kumpulkan kekayaan hingga mencecah USD70 billion.

5. Russia dan Austria halang teknologi baru

Teknologi baru sering membawa perubahan besar kepada masyarakat keseluruhannya. Kedatangan teknologi baru akan mengubah landskap perniagaan, mengubah pengedaran kekayaan malah juga ubah edaran kekuasaan.

Itulah yang ditakuti oleh pemerintah Austria dan Russian pada abad ke-19 dahulu. Ketika Eropah sedang gila membina landasan kereta api di segenap penjuru negara kecilnya, Austria dan Russian tolak dan abaikan semua itu. Akhirnya mereka ketinggalan jauh ke belakang.

6. Undang-undang tak wujud di Somalia

Di mana-mana saja negara, undang-undang yang kuat dan dipertahankan dengan baik, di gabungkan pula dengan tadbir urus yang cekap oleh para eksekutif akan membuatkan negara bergerak dengan maju dan tersusun.

Tapi itu semua tak ada di Somalia sejak lama dahulu. Kalau ada pemerintahan pusatpun hanya dalam skop yang kecil yang tidak menyeluruh tak dapat dikuat kuasakan. Masing-masing daerah ada mereka punya undang-undang dan peraturan sendiri yang bertaburan tidak sama. Sama macam tak wujud kerajaan lansung.

7. Kerajaan pusat lemah di Columbia

Columbia mungkin tidak seteruk Somalia. Mereka masih ada sebuah kerajaan tapi yang hanya sanggup kuat kuasakan kerajaannya separuh sahaja dari keseluruhan Columbia. Separuh lagi di biarkan di kuasai oleh para gerilla separa askar dan raja dadah yang amat berkuasa.

Kerajaan yang tak hadir di separuh daripada penempatan di Columbia membuatkan tidak adanya pembinaan infrasturkur dan kemudahan lain untuk rakyatnya. Hak pemilikan hartanah juga tidak jelas dan jual beli biasanya berlaku melalui muncung pistol sahaja.

8. Kemudahan awam yang lemah di Peru

Infrastruktur dan kemudahan wam di Peru amat teruk sekali. Kebanyakan tempat, penduduknya bercucuk tanam hanya untuk keperluan hidup sendiri sahaja dan tak ada lebihan untuk dikembangkan pada aktiviti jual beli. Akibatnya banyak daerah di Peru amat miskin dengan jalan raya pun tak ada. kalau nak ke daerah sebegitu, terpaksa naik keldai atau kuda.

9. Ambil kesempatan di Bolivia

Satu ketika Bolivia dikuasai oleh golongan elite yang menguasai tanah dan perlombingan di sana. Golongan elite in memerah golongan rakyat jelata biasa untuk kepentingan mereka. Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal miskin.

Kemudian berlaku reformasi rakyat. Para pemimpinnya mengamuk dan mengambil alih kuasa yang ada dari golongan kaya tuan tanah dan tuan lombong. Mereka rampas semua tanah dan lombong dari pemilik asal yang dahulu lalu menubuhkan parti politik MNR (Pergerakan revolusi nasionalis).

Mereka kekalkan kuasa pemerintahan berdasarkan satu parti itu sahaja dan perbezaan kaya dan miskin semakin ketara, malah jauh lebih terusk dari sebelumnya. Kelar mulut buaya, masuk mulut rimau.

10. Rampasan kuasa tak habis di Sierra Leone

Satu ketua naik dan merampas apa saja kekayaan yang ada untuk kekayaan mereka sendiri. Ini membuat ada pihak yang tak puas hati dan naik pula memberontak. Yang naik merampas kuasa pulak dan mula merompak dan buat sesuka hari mereka.

Begitulah naik dan turun, rampasan kuasa silih berganti dan siapa saja yang naik sama sahaja. Sampai ke sudah tak habis-habis. Sehinggakan secara umumnya, kerajaan memang tak wujud kat Sierra Leone

Apa akan jadi pada Malaysia

Ini persoalan yang perlu difikirkan masak-masak sekarang. Apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita sekarang mungkin tidak seteruk apa yang saya gambarkan telah berlaku ka atas itu. Tapi jika dibiarkan lama, keretakan akan nampak ketara.

Pengasingan antara kaum dah mula menonjol berbanding dahulu dengan makin ketara. Pengasingan kasta antara golongan elit dengan golongan bawahan juga nampak semakin terasa. Perlaksanaan undang-undang terpilih juga nampaknya sudah mula berbunga semakin mekar.

Mungkin rakyat masih tidak rasa terhimpit lagi sebab mereka masih boleh melepak main dam dan pekena kopi o kat warung kampung. Dan mereka masih boleh ke pasar tani dan pasar malam beli kuih dan makan nasi bungkus dengan mudah lagi.

Tapi bila ikan kembung jadi sekilo RM40 nanti, rasanya ramai yang akan terasa bahang panasnya dan barulah nak fikir cari jalan keluar... harap tak jadi macam itu!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 cara bagaimana sesebuah negara boleh hancur berkecai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !