Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 21, 2017

Kenapa kedai mamak tempat sarapan terbaik jika nak cepat

  Mohd Shubhi       Saturday, October 21, 2017


Kedai mamak memang tempat sarapan terbaik kalau anda tengah lapar dan nak cepat makan. Bila saya cakap yang terbaik itu bukan bermakna kedai mamak sentiasa baik dalam semua keadaan dan masa.

Sudah tentu akan ada kekurangan di sana-sini. Sudah tentu ada masanya kedai mamak juga amat lembab dalam ambil order. Dan kadangkala order yang dah dibuat, tak sampai-sampai ke atas meja punyalah lama.

Terbaik dalam ertikata, lebih banyak yang sempurna berbanding yang tak sempurna. Kalau pergi 10 kali tu, boleh dikatakan 7 atau lebih sempurna dan hanya 3 yang membuatkan pelanggan naik darah nak mengamuk.

Teringin sarapan pagi di KFC

Hari ini bujang duduk sorang-sorang kat rumah. Anak bini semua pergi balik kampung sempena cuti sekolah. Selesai pusing taman permainan awal pagi, terasa nak sarapan yang berbeza pulak. Asyik dok kena nasi lemak bungkus kakak tepi jalan tu, lama-lama rasa nak meloya jugak.

SElepas mandi dan pakai segak, saya keluar rumah menuju ke KFC kat Pekan. Teringat menu sarapan KFC yang saya makan kat Miri, Sarawak beberapa bulan yang lalu. Duduk kat homestay yang sarapan tak disediakan. Terpaksa cari sarapan sendiri kat luar.

Kebetulan ada KFC sebelah homestay tu, tepi laut pulak, terus masuk dan tengok ada menu sarapan. Kopi panas secawan besar, banjo dan kentang. Cukup sedap dan berselera. Tak berat sangat dan tak ringan sangat. Jadi itulah yang terbayang kat dalam kepala bila masuk dalam KFC tadi.

Lega bila dalam masih tak ada orang sangat. Cuma ada satu keluarga muda dengan anak kecil dan seorang warga Afrika sedang ambil order. Tentu cepat dapat makan, bisik dalam hati. Tapi, malangnya, sampai giliran, kak cik tu kata kat sini tak ada menu sarapan. Terus kecewa, ucap terima kasih dan keluar.

Nak sarapan kat McDonald pulak

Saya terus pergi ke McD pulak. Teringat yang kat situ juga ada disediakan menu sarapan yang lebih kurang sama macam makan kat KFC tu. Tak lama untuk saya sampai ke McD yang terletak dalam 5 minit memandu dari KFC.

Sampai saja, parkir kereta dan terus masuk ke McD pulak. Macam biasa, McD sentiasa ramai orang dari awal dia buka sampai ke malam. Entah apa yang seronok sangat orang berpusu-pusu ke McD tu setiap hari penuh.

Saya nampak hanya ada satu kaunter saja yang dibuka dan barisannya agak panjang. Sambil beratur, saya tengok menu sarapan terpampang siap dengan gambar cantik dan menyelerakan. Menu sarapan hanya disediakan sehingga pukul 11 pagi sahaja. Tengok jam kat tangan lagi 10 minit nak masuk pukul 11. Sedangkan barisan macam tak bergerak.

Yang melayan lembab atau yang dilayan lembat saya tak pasti. Bila lapar dan kesuntukan masa, rasa nak salahkan semua orang walaupun yang salahnya diri sendiri. Mula terfikir kenapa tak buka satu lagi kaunter bila dah lihat barisan panjang dan tak bergerak. Akhirnya saya belah keluar begitu saja.

Masuk Syed Bistro untuk sarapan

Terus memandu pulak ke Syed Bistro tak jauh dari situ dalam 5 minit perjalanan juga. Sebaik saja sampai masuk ke Syed Bistro, macam itu juga. Orang ramai seperti biasa keluarga, geng-geng pakcik pencen penuh cawan atas meja dan suami isteri yang duduk berdepan senyap sunyi layan telefon pintar masing-masing.

Sebaik saja saya duduk, datang pelayan, terus lap meja dan tanya nak minum apa. Saya terus order teh tarik nipis kurang manis dan roti telur satu. Dia masukkan order saya dalam tablet yang sentiasa di bawanya bersama dan berlalu. pergi cari meja lain pulak untuk dilayan.

Tak sampai 5 minit, air sampai lalu diletakkan atas meja. Kemudiannya disusuli dengan roti telur yang masih panas dalam satu tray siap ada 3 jenis kuah. Punyalah cepat macam mereka tahu yang saya tengah lapar sangat.

Saya makan semua itu tak sampai 10 minit. Langgah teh tarik senapas dan terus bangun ke kaunter untuk bayar. Hati senang, perut kenyang. Nampaknya memang kedai mamak jarang sekali mengecewakan.

Walaupun setiap kali saya up posting puji kedai mamak akan ada haters mereka yang kondem, itu tak pernah melunturkan kepercayaan terhadap kedai mamak.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa kedai mamak tempat sarapan terbaik jika nak cepat

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Hahahaha Walaupun setiap kali saya up posting puji kedai mamak akan ada haters mereka yang kondem ayat ni memang win,balik Penang try la nasi kandar kg Melayu 7-10pagi dah tutup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nak kena pi try balik nanti makan kat situ ! terima kasih berikan komen tuan Rizal Komeng !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !