Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, October 22, 2017

Panduan ringkas DIY kawal semut di rumah anda

  Mohd Shubhi       Sunday, October 22, 2017

Kawalan semut di rumah

Kali ini kita berkongsi pulak panduan untuk kawal serangga perosak semut yang anda boleh buat sendiri kat rumah.

Ini merupakan lanjutan terakhir dari siri-siri kawalan serangga dan makhluk perosak secara DIY yang sudah ditulis sebelum ini. Bagi yang berminat nak ikuti artikel yang sebelum ini, saya lampirkan di bawah pautannya:
"Jika serangan semut terlalu ketara dan ada pula tak ada masa untuk buat kawalan masalah semut atau/dan lipas secara DIY, apa kata serahkan tugas tersebut kepada syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut"

Masalah semut di rumah

Semut bukan makhluk asing lagi di mana-mana saja kat negara kita. Samada kat bandar atau diluar bandar, semut tetap ada.

Ia banyak mendatangkan masalah kat rumah seperti merayap masuk dalam makanan yang kiat simpan. Ada juga jenis semut yang gigit kat badan kita dan anak-anak. Ada juga semut yang mendatangkan kerosakan pada wayar dan peralatan elektrik kat dalam rumah kita.

Kalau semut ada kat luar kawasan rumah, tak apalah. Tak payahlah nak ganggu dia nak hidup dan cari makan kat luar tu. Tapi bila dah dia dah masuk dan jadikan rumah kita sebagai tempat penginapannya, itu bakal mendatangkan masalah juga.

Cara kenal pasti ada semut

Ini paling mudah dilakukan. Bukan macam anai-anai yang menyerang struktur kayu kat dalam rumah kita yang agak sukar untuk dikesan dengan cepat.

Semua mudah saja dilihat merayap kat dalam rumah berbaris panjang di dinding, lantai, sudut lantai dan dinding dan juga atas meja makan ataupun dalam almari makanan.

Bila tengah baring atas katil tiba-tiba rasa pedih kena gigit, rupa-rupanya semut kecil ada seekor merayap atas tilam. Entah dari mana dia muncul sampai kena gigit. Biasanya mungkin ada sisa makanan kat celahan katil tu melekat yang membuatkan dia sampai.

Kawal semua buat sendiri

Bila kita dah kenal pasti memang ada semut kat rumah tu, dan terasa nak kena buat sesuatu supaya ianya dapat dihapuskan atau dikurangkan, kita boleh lakukannya dengan cara yang mudah buat sendiri sahaja.

Anda boleh gunakan bahan-bahan yang tidak beracun yang ada kat rumah sahaja untuk kerja kawal semut ini. Gunakan konsep menghalau semua kalau tidak mahu membunuhnya.

Apa yang anda perlu sediakan hanyalah perkara berikut:

  • Cuka
  • Air
Campurkan sedikit cuka bersama dengan air. Jangan banyak sangat masukkan cuka tu. Asalkan campuran itu dah ada keluarkan bau cuka yang jelas dah kira ok.

Ambil tuala atau kain lap, rendam dalam campuran cuka dan air tersebut. Kemudian lap pada permukaan meja atau dapur atau sinki yang anda biasa jumpa ada semua merayap di celahan tepi kat tempat tersebut.

Bau campuran cuka itu akan menghalau semut daripada berada di kawasan itu. Cukup untuk menjadikan suasana aman sebentar. Anda boleh lakukan selang beberapa hari sekali aktiviti yang sama atau jika rajin boleh lap semua permuakaan itu hujung hari bila dah kemas semua dapur.

Kalau tak ada cuka, boleh perah jus lemon untuk gantikan cuka. 

Satu lagi cara tambahan yang boleh anda buat adalah merenjis serbuk cili, serbuk lada atau serbuk daun pudina di sepanjang sudut dinding dengan lantai. Samada kat table top atau sekitar lantai dapur rumah anda. Ini dapat menghalau semu dari merayap disepanjang kawasan tersebut.

Gunakan Petroleum Jelly

Petroleum Jelly ini biasanya digunakan untuk membuatkan kulit tidak kering. Ia biasanya produk kecantikan yang banyak digunakan oleh orang perempuan.

Sapukan sedikit secara nipis bahan petroleum jelly ini pada bawah balang gula atau bekas makanan yang anda tak mahu semua masuk ke dalamnya.

Pastikan juga anda sapu petroleum jelly ini di bawah bekas makanan binatang yang ada kat rumah anda, jika ada membela kucing kat rumah. Biasanya bekas makanan kucing ini juga sering menjemput semut.

Kalau orang tua-tua kampung kat rumah saya dulu, mereka akan sapukan minyak kelapa pada bawah bekas makanan seperti balang gula, balang tepung dan lain-lain seumpamanya untuk menghalang semua dari masuk ke dalam bekas tersebut.

"Jika serangan semut terlalu ketara dan ada pula tak ada masa untuk buat kawalan masalah semut atau/dan lipas secara DIY, apa kata serahkan tugas tersebut kepada syarikat pest control yang berlesen dan bertauliah.

Hubungi Puan Siti dari Easelife Services Sdn Bhd di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut"

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan ringkas DIY kawal semut di rumah anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !