Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, October 11, 2017

Panduan berjimat buat sendiri kawalan serangga perosak lipas di rumah

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 11, 2017
Tentu ramai yang bersetuju bahawa sekarang ni semua rakyat Malaysia perlu peka kepada apa saja panduan berjimat yang boleh mereka amalkan. Ekonomi negara, walaupun para Menteri kata semuanya bagus, ia tidak mengambarkan apa yang rakyat sedang alami dalam kehidupan seharian mereka.

Bank Dunia dalam laporan terbarunya juga menyebut bahawa keadaan ekonomi negara adalah tidak sihat. Jika berkekalan begini, ekonomi negara akan merudum pada tahun depan dan akan terus merudum lagi pada tahun yang berikutnya.

Tapi tak payahlah nak takutkan semua orang dengan semua laporan yang berbagai kat media sekarang ini. Kita perlu juga berjimat jika mampu samada ekonomi tak bagus, mahupun jika ekonomi bagus.

Berjimat itu tetap satu amalan yang mulia dalam keadaan apa sekalipun.

Asas berjimat kawal serangga perosak


Berjimat ini adalah subjektif. Amalan buat sendiri sesetengah orang mungkin boleh menjimatkan. Dan ada juga sesetengah orang lebih baik upah orang lain untuk buat kerja tertentu kerana ianya lebih menjimatkan daripada dia buat sendiri.

Ia bergantung kepada nilai masa anda dan kemahiran yang anda ada. Kalau anda berpendapatan tinggi, masa untuk fokus pada kerja sebenar anda jauh lebih jauh dari ambil masa spray segala ubat serangga perosak kat rumah. Jadi bagi orang kaya berpendapatan tinggi, buat kawalan serangga perosak sendiri bukanlah satu amalan berjimat sebenarnya.

"Untuk mereka yang bernilai tinggi dan masa lebih baik ditumpukan pada kerja utama anda, gunakan khidmat syarikat kawalan serangga perosak bertauliah, Easelife Services Sdn Bhd, untuk selesaikan masalah anda. Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 untuk sebut harga menarik jika anda tinggal dk sekitar Shah Alam, Subang jaya dan Bukit Jelutong"

Jika anda jenis banyak masa, pendapatan pula tak tinggi atau tak ada kerja sebab duit memang dah banyak diperturunkan oleh mak bapak yang dah meninggal dunia. Maka anda ada kelebihan untuk jimatkan semua harta pusaka itu untuk buat kerja remeh temeh sendiri.

Dalam bab kawalan serangga perosak di rumah anda yang dah pencen atau ada banyak harta dan anda pula tak kerja, buat sendiri adalah pilihan terbaik. Ia berikan aktiviti yang bagus untuk dijadikan alasan untuk terus hidup lama lagi.

Serangga perosak di rumah anda


Kita akan berikan tumpuan hanya kepada 3 jenis serangga perosak sahaja dalam siri artikel ini. Ketiga-tiga serangga perosak ini adalah paling lumrah dihadapi oleh semua orang kat Malaysia secara umumnya.

3 serangga perosak yang dimaksudkan itu adalah Lipas, Semut dan Anai-anai.

Untuk artikel kali ini, kita hanya akan lihat petua atau panduan kawalan serangga perosak lipas sahaja yang anda boleh buat sendiri kat rumah.

1. Serangga perosak lipas


Lipas adalah serangga perosak paling biasa wujud kat rumah samada kampung atau bandar. Tapi biasanya kat bandar lagi kerap orang hadapi masalah. Kat rumah kampung, rumah papan pulak jarang ribut dengan masalah lipas ini.

Kalau kat bandar, dengan sistem tandas yang tersusun dengan mainhole tandas kat dalam rumah, memudahkan lipas untuk masuk ke dalam rumah anda.

Lipas merbahaya. Samada untuk kesihatan mahupun untuk kebersihan rumah anda. Lipas boleh bawa penyakit dan bau rumah yang ada banyak lipas langsung tak sedap. Percubaan untuk biasakan diri hidup bersama lipas dalam satu rumah bukanlah satu idea yang baik.

Macam mana nak tahu rumah kena serang lipas?


Mudah saja. Kalau anda boleh berjumpa lipas merayap waktu siang kat rumah, ertinya rumah anda ada banyak lipas. Kalau nak tengok lagi banyak, buat spot check bila waktu malam kat tempat trategik seperti tandar dan dapur. Pasang lampu secara mengejut dan tengok samada ada lipas atau tidak.

Satu lagi, cuba lihat kat celahan laci, bawah meja tepi rekahan yang tersembunyi. Kalau anda jumpa ada telur lipas terselit melekat kat situ, tandanya rumah anda ada banyak lipas. 

Cara kawal lipas


Cara mudah untuk kawal lipas adalah dengan menggunakan bahan-bahan selamat yang ada kat rumah anda sendiri sahaja. Jimat dan murah. Anda boleh guna Daun Salam kering yang biasa orang pakai dalam masak memasak.

Letakkan daun salam kering kat tempat-tempat anda simpan makanan di rumah anda tu. Kalau ada serbuk daun salam, taburkan pada celahan dinding atau sudut-sudut penjuru rumah anda terutamanya di kawasan kabinet dapur.

Kalau nak pakai serbuk cabai juga boleh. Caranya sama saja dengan taburkan pada kawasan terpencil di sudut dapur rumah anda termasuk celahan kabinet antara lantai dengan dinding. 

Kalau nak pakai jenis cecair, anda boleh pakai cecair kumur mulut atau perahkan lemon dan campurkan dengan air biasa. Masukkan ke dalam alat penyembur dan sembur di kawasan yang saya sebutkan tadi. Iaitu disudut antara lantai dengan dinding rumah anda di kawasan dapur.

Kat dalam tandas atau tempat yang tidak ada persediaan makanan di rumah anda pula boleh guna
campuran air dan cecair ammonia sebagai bahan cucian lantai dan permukaan yang keras. Bau cucian tersebut akan membuat lipas tak akan datang ke kawasan itu.

Mudah kawal lipas, bukan?


Lepas ini, kita buat artikel untuk kawal serangga perosak semua dan juga anai-anai pulak.

Selamat mencuba !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Panduan berjimat buat sendiri kawalan serangga perosak lipas di rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !