Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 23, 2017

10 sebab anda tak dapat tidur nyenyak di waktu malam

  Mohd Shubhi       Monday, October 23, 2017

petua mudah tidur

Tidur yang nyenyak penting kalau nak kekalkan tubuh badan yang sihat. Bukan saja tubuh badan akan sihat jika anda dapat rehatkan diri dengan tidur nyenyak, malah akal fikiran juga akan lebih sihat dan menikus cekap berfikir.

Masalahnya kadang kala berlaku bila anda mula masuk dalam bilik baring atas katil nak tidur, tapi sedar-sedar dah masuk pukul 2 pagi, mata masih tak mahu lelap. Itu satu penyiksaan namanya. Tambah pulak esok nak kena bangun awal solat subuh dan nak kena pergi kerja.

Jadi apakah punca-punca yang membuatkan anda tak dapat tidur dengan nyenyak di waktu malam. Perlu ambil tahu punca tersebut supaya ianya dapat dielakkan demi kesihatan tubuh banda yang baik. Berikut adalah 10 punca utama yang membuatkan anda tak dapat tidur nyenyak.

#1. Parking tak betul

Ini berikan kesan yang paling ketara bila anda baringkan badan. Cara anda letakkan diri dalam memilih posisi nak tidur amat penting. Pastikan posisi yang selesa yang membuatkan anda mudah tidur.

Anda tentu tahu sendiri mana posisi terbaik yang membuatkan anda mudah tidur dan nyenyak. Bila dah dapat posisi yang batul, kekal kat situ sehinggalah anda tertidur tak sedarkan diri lagi.

#2. Tiada corak rutin

Kalau dalam bahasa inggeris, kita panggil ritual. Satu corak yang rutin diamalkan dalam melakukan apa-apa aktiviti. Dalam bab nak tidur, anda perlu bina satu corak rutin tersebut sebagai penanda minda bahawa anda sedang bersedia untuk pergi beradu.

Contohnya sebelum nak dekat tirut tu anda akan masuk bilik air untuk mandi sedikit sejukkan badan. Jangan mandi air panas sebab metabolisma anda akan meningkat dan nanti susah nak tidur. Sejuak atau sederhana sejuk lebih baik. Lepas mandi tu sapu krim atau lumur bedak dan seumpamanya dan masuk tidur.

#3. Kepala ligat berfikir

Bila letak kepala mula flash balik apa yang berlaku hari itu dari pagi sampai petang. Kena pula ada benda menyampah berlaku, maka otak lagi ligat tayang semula satu persatu, timbul emosi meluat, marah dan geram dan sebagainya. Akhirnya tak boleh nak tidur.

Kosongkan fikiran masa nak tidur dan tak payah nak fikir apa-apa lagi. Tunggu esok pulak kalau masih hidup untunk sambung layan pemikiran.

#4. Paksa diri untuk tidur

Pergi masuk bilik baring atas katil dengan harapan mengantuk akan datang dan kemudiannya anda akan terus lena nyenyak adalah perkara yang susah nak berjaya. Kalau tak mau tidur sebab tak rasa mengantuk jangan paksa diri.

Kalau baring 20 minit masih tak lena, lebih baik bangun, ambil buku, baca dengan tekun. Atau buat benda lain yang santai dan selesa seperti dengar radio atau sekadar bersandar atas kerusi malas kat luar rumah dalam sinar rembulan. Tapi jangan browse smartphone atau buka tablet.

#5. Ada banyak kafeine

Kalau anda minum minuman yang ada banyak kafein seperti kopi, coklat dan seumpamanya, sudah tentu kepala jadi segar dan susah nak tidur. Jadi, elakkan minum atau makan bahan berkafein 2 jam sebelum nak tidur.

#6. Katil jadi tempat buat kerja

Jangan sesekali jadikan katil tempat anda nak buat kerja. Katil juga jadi tempat anda lepak tengok tv dans ebagainya juga tak bagus. Pastikan ia dikhaskan untuk tidur sahaja.

Bawa segala file, laptop dan lain-lain lagi nak sambung buat kerja atas katil akan menyusahkan anda tidur. Kalau nak buat kerja, kalau nak nonton tv, buat kat tepat yang khas untuk itu.

#7. Bunyi bising bingit

Ini normal sangat berlaku pada hampir semua orang. Macam mana nak tidur bila dengar jiran berceloteh macam nak rak. Bunyi orang ram motosikal atau kereta macam nak berlumba dan mungkin juga bunyi bising radio atau tv.

Elakkan dari bising supaya mudah dan dapat keselesaan untuk tidur. Jika perlu sumbat telinga dengan penutup yang lembut dan sesuai atau boleh pasang bunyi yang sesuai untuk tidur untuk padamkan bising bingit lainnya.

#8. Lampu terang benderang

Ada orang kata dia boleh tidur walaupun di bawah lampu kalimantang yang terang menyala. Minda anda tak boleh sebenarnya. kalau terlena juga sudah tentu tak nyenyak dan esok bangun tak segar.

Lagi gelap lagi bagus. Tak payah nak charge telefon sebab akan timbul juga cahaya naik ke atas siling. Juga tak payah letak phone sebelah katil. Elakkan cahaya dengan pasang penutup mata jika perlu.

#9. Jadual tidur tak tetap

Kalau jadual tidur anda berterabur tidak rutin juga akan membuatkan anda sukar untuk tisur nyenyak. Berjaga sampai ayam berkokok dan kurang tidur dengan niat nak qada balik masa cuti sampai 12 jam tidak akan membantu.

Pastikan ada jadual tetap untuk tidur sebaiknya antara 10 malam ke 1 pagi sebagai limitnya.

#10. Bersenam sebelum tidur

Ini satu lagi benda pelik yang perlu dielakkan. Adaka nak pergi angkat besi, mendagu, jogging, main badminton dan sebagainya sebelum tidur. Bersenam akan meransang minda anda. Jadi dah tentu sukar untuk tidur selepas itu.

Kalau nak bersenam atau angkat besi, pastikan 3 jam sebelm waktu tidur.

Rumusan 

Jangan tak ambil berat dengan isu tidur nyenyak ini demi kesihatan dan kesegaran minda dan tubuh badan. Anda perlu berehat supaya jadi umat manusia yang sihat. Supaya diri lebih produktif keesokkan harinya menyumbang untuk agama dan negara.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 sebab anda tak dapat tidur nyenyak di waktu malam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !