Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 22, 2017

5 petua rawat kesan gigitan pepijat guna bahan mudah dari rumah

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 22, 2017


Apa yang anda buat bila badan kena gigit pepijat selepas bangun dari tidur di tempat yang ada pepijat?

Bagi mereka yang jenis tahan gatal dan tak kisah dengan gigitan pepijat boleh abaikan saja. Jenis yang tahan lasak ini akan biarkan kesan itu pulih sendiri tanpa perlu buat apa-apa.

Tapi bagi kebanyakan orang, terutamanya jenis yang tak tahan lasak, tentu tak tahan gatal kesan dari gigitan pepijat. Paling mudah biasanya kalau kat kampung dulu, sapu saja dengan Tiger Balm. Rumah kampung dulu mesti ada simpan sebotol Tiger Balm atau minyak cap kapak.

Boleh dikatakan apa saja kesan gigitan, orang kampung akan sapu saja dengan dua minyak panas yang mujrab tersebut. Tapi sekarang tak ramai sangat yang jadikan Tiger Balm atau Minyka cap kapak sebagai bekalan wajib ada dalam rumah.

5 petua rawatan kesan gigitan pepijat mudah

Kalau kat rumah anda tak ada bekalan tiger balm atau minyak cap kapak, jangan risau. Anda boleh cuba gunakan salah satu dari 5 petua yang akan saya kongsikan kat sini.

Kalau kat rumah anda tak ada pepijat, Alhamdulillah! selamat.

Tapi kalau pepijat memang ada kat rumah, menyorok kat atas katil dan dicelah sofa rumah tu, langkah paling awal adalah pastikan semua pepijat tersebut dihapuskan terlebih dahulu.

Anda boleh gunakan cara hapuskan pepijat yang berkesan dengan menggunakan teknik haba wap panas. Cara ini jauh lebih berkesan dan amat selamat sebab tiada sebarang bahan kimia beracun digunakan.

Jika anda tinggal di sekitar embah Kelang dan perlukan khidmat hapuskan pepijat dengan teknik Haba Panas ini, boleh hubungi Puan Siti dari Syarikat Easelife Services Sdn Bhd. Telefon atau WhatsApp nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.

Untuk kesan berbintil kena gigit pepijat yang dah naik gatal itu anda boleh cuba petua yang saya berikan kat bawah ini.

1. Sapu garam

Rumah mana yang tak ada garam. Samada garam kasar mahupun garam hapus boleh saja digunakan. Apa yang anda perlu buat adalah ambil secubit garam dan tenyeh pada kesan kena gigit pepijat tersebut 3 kali sehari.

Kesan antibakteria yang ada pada garam itu boleh legakan rasa gatal dan pedih pada bekas kena gigit pepijat. Selepas sapu dengan gram, rasa gatal dan tak selesa akan hilang dan ada akan ras alebih lega selepas itu.

2. Guna ubat gigi putih

Mungkin anda tumpang sewa kat bilik hotel dan kebetulan hotel pulak jenis bajet yang murah dan ada pepijat pada katilnya. Mana nak cari garam kat bilik hotel?

Jangan risau sebab anda tentu ada bawa ubat gigi. Kalau tak bawapun, biasanya hotel akan sediakan ubat gigi dalam bekas kecil untuk kegunaan anda selepas bangun tidur. Jadi boleh gunakan ubat gigi saja.

Sapu pada kesan gigitan dan biarkan selama 10 minit kemudian baru basuh. Bahan Menthol yang ada pada ubat gigi putih itu mampu berikan kesan kelegaan pada kawasan yang kena gigit pepijat tersebut. Ulang sapuan dalam 3 ke 4 kali sehari.

3. Guna cecair kumur mulut

Kalau tak mahu guna ubat gigi sebab rasa lemas melekit, anda boleh gunakan bahan kumur mulut. Dalam bahan kumur mulut itu ada bahan Ethanol yang boleh bertindak sebagai antiseptik. Kalau bahan kumur itu ada alkohol, ia boleh bertindak sebagai disinfekten atau pembunuh bakteria.

Ambil putik kapas, basahkan dengan cecair kumur mulut dan sapukan pada kawasan yang kena gigit pepijat. Anda akan dapat kesan legaan yang pantas. Boleh buat sekerap yang anda suka untuk dapatkan rasa lega yang lebih kerap.

4. Guna campuran kayu manis dan madu

Kalau kat rumah anda ada bekalan kulit kayu manis dan madu lebah asli, campuran bahan ini boleh dijadikan ubat rawatan dan melegakan kesan gigitan pepijat. Ambil serbuk kulit kayu manis 2 atau 3 sudu, titikkan pada serbuk itu dua tiga titik madu dan gaul sampai jadi macam paste.

Sapukan pada kesan kena gigit pepijat dan biarkan ianya kering. Boleh ulang dalam tempoh 3 ke 4 jam sekali.

Bahan campuran madu yang boleh berikan kesan kelembapan pada kulit dengan bahan kulit kayu manis yang mampu hilang kesan radangan kulit akan mengelakkan kesag gigitan pepijat menjadi lebih parah dan merebak jadi luka.

5. Guna kulit pisang

Kalau semua kat atas tu tak ada dan dalam rumah anda ada buah pisang, boleh jadikan kulit pisang sebagai bahan rawat kesan gigit pepijat. Kulit pisang ada bahan Bio-Aktif yang boleh memberikan rawatan kelegaan pada kesan kena gigit pepijat.

Jadi jangan buang kulit pisang. Sapukan bahagian dalam kulit tersebut tenyeh pada kesan kena gigit sampai lega. Buat sekerap yang anda suka tak ada masalah. Anda akan ras alega dan tak rasa gatal dan tidak selesa dengan tenyeh kuli pisang tersebut.

Demikianlah 5 petua yang boleh anda gunakan bagi merawat kesan kena gigit pepijat yang mudah dan boleh didapati di rumah anda sahaja.

Jika anda ada lagi petua lain, bolehlah kongsikan kat ruang komen di bawah ini. Terima Kasih!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 petua rawat kesan gigitan pepijat guna bahan mudah dari rumah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !