Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 23, 2017

Terima panggilan scammer macam yang Datuk Vida terkena

  Mohd Shubhi       Thursday, November 23, 2017


Kes kena panggilan dari scammer memang sedang menjadi-jadi kat negara kita sekarang. Kita biasa panggil scammer saja, perkataan dari Bahasa Inggeris yang dah jadi mainan mulut semua orang. Maksud yang saya tengok dalam kamus, scammer ini diberikan maksud Penipu.

Kita sebut scammer sajalah kat sini sebab dah sangat meluas digunapakai orang semua orang.

Entah kenapa semakin banyak pulak geng-geng yang muncul untuk susahkan orang ramai dengan membuat berbagai panggilan dan program penipu atau scammer ini.

Datuk Vida kena panggilan scammer

Kebetulan pulak ada kawan share video dari Datuk Vida yang ceritakan perkara yang sama macam yang saya baru kena. Mungkin anda dah tengok video itu. Saya tengok sekali lalu saja tak detail sangat apa yang Datuk Vida mengarut tu.

Dia cakap berbelit bengkang bengkok melalut ke sana sini punyalah panjang sehingga membuatkan saya rasa bosan nak dengar apa yang dia cuba sampaikan. Kalau anda ada masa nak layan celoteh Datuk Vida ni, cuba tengok kat video bawah ini.



Kumpulan orang sama kaki scammer?

Apakah mungkin ianya dijalankan oleh orang-orang yang sama dengan berbagai tipudaya yang berbeza-beza?

Besar kemungkinan semua kes penipun ini dijalankan oleh kumpulan atau serpihan dari kumpulan yang sama saja. Tak akan ada orang yang dok tak dok timbul idea untuk tipu orang melalui panggilan scammmer dan seumpamanya.

Kerja scammmer perlukan jalinan kerjasama yang baik sesama kumpulan mereka. Tipu mesti nampak real dan kemungkinan jerat penipuan mereka berjaya adalah agak tinggi.

Dapat panggilan scammer di Sarawak

Dua minggu lepas saya dok layan kawan-kawan kat Kuching, Sarawaksarapan sarapan di sebuah kedai minum Cina. pelanggan ramai kat kedai sarapan tersebut yang menurut kawan, memang dah terkenal setiap waktu pagi tempat orang bersarapan dari pelbagai bangsa.

Saya kebetulan berpuasa hari Khamis, jadi hanya tengok saja mereka minum dan makan sambil berborak pasal berbagai isu negara. Nampak sedap juga sate daging dan ayam yang dihantar ke atas meja tu.

Telan air liur sajalah sebab tak boleh makan. Telur separuh masak pulak dihantar dua biji seorang. Pecah dan masukkan dalam mangkuk, campur kicap dan serbuk lada. Lagi terancam bila tengok telur bergoyang-goyang putih dan kuning meleleh.

Hutang tertunggak 3 bulan

Tiba-tiba telefon berdering. Saya tengok panggilan dari nombor talian tetap bermula dari angaka 04. Itu panggilan dari utara. Member kampung ka atau saudara yang telefon. Apa pulak ceritanya pagi-pagi macam ni.

Saya keluar dari kedai ikut jalan belakang. Tak bising sangat kat luar tu. Bila angkat, terdengar suara dari mesin rakaman. Suara rakan perempuan itu memberikan maklumat bahawa saya punya bayaran tertunggak selama 3 bulan.. bla bla bla.

" ... untuk maklumat lanjut dapatkan bantuan dari operator dengan menekan butang 9... "

Saya yang masih terkedu sebab otak separa sedar mengesan sesuatu yang tak berapa nak kena. Kenapa mesin yang beritahu saya ada bayaran tertunggak. Hebat punya mesin boleh kesan siapa tak bayar dan kemudian terus secara automatik buat panggil.

Saya biarkan saja tanpa tekan butang 9 seperti mana yang diarahkan.

Minta maklumat peribadi

Tiba-tiba panggilan di salurkan terus kepada operator walaupun saya tak tekan apa-apa nombor. Saya diamkan diri dan hanya mendengar saja apa yang dia nak kata.

"Hallo!, ya apa boleh saya bantu?" tanya operator lelaki, suaranya kedengaran masih muda dan bercakap loghat utara pulak.

"Ya! apa masalahnya?", saya pulak bertanya padanya. Manalah saya tahu menahu. Dia pulak tanya kenapa saya berhubung denganya.

Jadi saya terangkan ada mesin beritahu yang saya ada hutang tertunggak 3 bulan tak bayar. Hutang kat mana pulak, saya pun tak tahu menahu. Jadi saya minta dia yang jelaskan apa yang berlaku sebenarnya.

" Boleh berikan nama dan i/c tuan untuk saya semak ", tanya budak operator itu pada saya.

" Eh!, kamu yang hubungi saya beritahu ada hutang tak bayar, kamu pulak minta maklumat tentang diri saya, apa ke hal ni!", tanya saya kehairanan.

" Oh! yang telefon tuan tadi tu mesin, jadi manalah saya tahu mesin tu telefon siapa. Jadi saya perlukan maklumat dari tuan untuk buat semakan", pandai pulak dia jawab. Logik juga tu.

Hutang Maybank RM30 ribu

Oleh kerana saya memang bodoh sikit masa itu, maka saya berikan nama penuh dan nombor kad pengenalan padanya. Dia kemudiannya minta saya tunggu sebentar dan kemudiannya terus sahkan memang saya ada maslaah hutang tertunggak.

" Tuan bernama, bala-bla, nombor i/c bla-bla, betul ya", tanya budak itu dan saya jawab betul.

"Memang sah tuan ada tunggakan 3 bulan tak bayar. Ada loan dari Maybank Kuala Terengganu sebanyak RM30 ribu", terang budak itu lagi.

Saya dengar saja dan biarkan dia cakap. Rasa panik pun ada rasa nak tergelakpun ada. Bila masa pulak saya pergi ke Kuala Terengganu untuk buat pinjaman. Hanya RM30 ribu pulak tu. Awat tak berikan nombor yang banyak sikit. RM30 juta ok lah jugak.

Tak payah layan lama

Saya malas nak layan dia lagi dan kata, oklah, tak apa, Nanti saya akan uruskan semua masalah itu. Sebaliknya saya tanya dia soalan-soalan yang tak relevan. Kenapa dia cakap loghat utara,  sedangkan katanya cawangan kat Terengganu. Dia kata dia memang orang utara tapi kerja kat Terengganu.

Saya tanya pulak kenapa nombor phone bermula dengan kod 04, itu kod utara sedangkan dia kata telefon dari Terengganu. Dia terdiam dan tersangkut-sangkut. Akhirnya saya kata Terima kasih dan letakkan telefon

Saya perasan sesuatu bila beritahunya yang saya tinggal di Sarawak. Dan entah bila masa saya ke Kuala Terengganu kat semenanjung itu, sayapun hairan. Bila dia dengar itu, dia macam terkedu tak ada idea nak cakap apa lagi.

Mungkin skrip latihannya tak sangka yang orang yang mahu ditipunya itu tinggal kat sarawak agaknya.

Semak sendiri ke bank berkenaan

Tapi saya memang ada rasa risau jugak. Risau takut ada orang buat sial guna nama dan IC saya untuk buat loan dari Maybank. Manalah tahu. Orang jahat ni memang boleh buat macam-macam hal luar jangka.

Lalu saya telfon member lawyer. Minta dia semak nama saya dekat senarai hutang di mana-mana Maybank. Ada tak saya berhutang dengan bank itu sebanyak RM30 ribu. Dia semak dengan kenalan dari Maybanknya dan ternyata itu merupakan panggilan dari scammer.

Tak payah layan panggilan itu dan jangan berikan sebanrang maklumat pada mereka. Pesan pegawai maybank itu. Saya teringat yang dah berikan pamkluat nama dan nmbor ic. Tapi tak apalah... lain kali elok berikan nama palsu atau nombor ic palsu saja.

Kalau pemanggil itu dengan yakin sahkan anda memang ada hutang dari mana-mana bank setelah menyemak nama palsu yang anda berikan itu. Maka sahlah pemanggil itu memang seorang yang celaka kaki scammer.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Terima panggilan scammer macam yang Datuk Vida terkena

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !