Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 2, 2017

Fossil keluarkan siri jam tangan 'Mon Amie' sebagai usaha perangi kemiskinan

  Mohd Shubhi       Thursday, November 2, 2017


Corak bisnes yang menggabungkan idea perniagaan serentak dengan usaha kebajikan memang dah jadi budaya biasa terutamanya di negara barat. Usaha inilah yang jenama Fossil lakukan dengan mengeluarkan siri jam tangan terbarunya, 'Mon Amie'.

Jenama jam tangan Fossil ini saya selalu tengok kat merata tempat dipusat membeli belah di negara kita. Tetapi tak pernah pulak nak ambil kisah sangat. Malah tak pernah pulak pergi jenguk apa tawaran atau jenis jam tangan yang Fossil ada.

Jenama Fossil ini juga macam tiba-tiba saja muncul di serata tempat. Dulu tak adapun jenama Fossil. Bila saya rujuk kat Google buat pencarian, baru tahu yang syarikat Fossil ini bukanlah lama sangat ditubuhkan. Ia bermula pada tahun 1984, iaitu 33 tahun yang lalu. Kira masih mudalah tu.

Sumber gambar dan berita: TheMalayMailOnLine

33 tahun Fossil dalam industri

Tapi dalam tempoh 33 tahun itu syarikat tersebut membesar ke seluruh dunia dalam industri barangan untuk bergaya seperti jam tangan, beg kulit, dan lain-lain. Fossil juga buat barangan untuk Adidas, Diesel, Armani, dan banyak lagi jenama terkenal.

Saya suka beli dan pakai tshirt jenama Columbia sebab selesa, simple dan bergaya. Bila ada lelongan potong harga ditawarkan oleh kedai sukan yang menjual produk Columbia, jika perlu tentu akan saya beli terus. Tak tahu pulak selama ini yang buat produk tersebut untuk Columbia Sportwear adalah Fossil.

Kalau kat Malaysia, syarikat atau jenama yang mula dalam zaman yang sama dengan Fossil adalah Parkson. Parkson Store pertama di buka kat negara kita pada tahun 1987 di Sungai Wang Plaza. Sampai sekarang Parkson dah jadi jenama terkenal kat negara kita malah dah keluar negarapun terutamanya di China.

Berniaga sambil buat kebajikan

MOdel Mon Amie yang dikeluarkan oleh Fossil ini digabungkan dengan usaha untuk memerangi kemiskinan. Mereka buat satu jalinan kerjasama dengan WE Charity. Pergi tengok pautan yang saya berikan kalau nak tahu pasal WE Charity yang merupakan sebahagian dari Group WE.

WE Charity punya matlamat mudah saja dan amat mulia sekali yang dianjurkan dalam Al-Quran dan dah jadi semua orang Islam tahu bahawa itulah yang menjadi ajaran wajib untuk diamalkan oleh orang Islam.

WE Charity mahu menangani masalah utama yang dicetuskan oleh masalah kemiskinan seperti, masalah pendidikan, makanan, kesihatan, masalah air bersih, dan masalah peluang untuk ke depan. Semua masalah tersebut cuba dibantu oleh WE Charity kepada populasi masyarakat dunia yang berhadapan dengan isu kemiskinan.

Dalam kerjasama jam tangan Mon Amie ini, mereka akan berikan sumbangan hasil dari jualan kepada projek WE Charity di kampung WE di Kenya. Anda boleh buat pembelian berdasarkan 5 pemilihan,
  1. Jam tangan Health - khas untuk sumbangan pada para ibu yang baru lepas bersalin di kampung WE
  2. Jam tangan Food - khas untuk sumbangan makanan tengahari 2 bulan seorang pelajar.
  3. Jam tangan Education - untuk bekalan asas bilik darjah
  4. Jam tangan Water - sumbangan untuk satu keluarga kepada akses air yang bersih selama 2 minggu.
  5. Jam tangan Opportunity - Subangan pendidikan kewangan kepada 10 orang wanita

Kesemua 5 model Mon Amie tersebut adalah berkonsepkan minimalis yang segak bergaya dan memang gaya hidup pilihan ramai sekarang terutamanya di negara maju.

Bisnes dan kebajikan ala Malaysia

Setiap kali saya makan atau ke pasar malam, akan ada orang yang berikan salam pada semua orang yang lalu di depannya. Mereka jual macam-macam dan paling banyak adalah kismis, prun, madu atau herba buatan rakat Malaysia.

Tak ada apa yang istimewa sangat barang yang mereka jual itu. Kalau ubatan herba, kemujarabannya sudah tentu tidak ada apa-apa sokongan dari kajian makmal. Kalau barang-barang buah kering asia barat seperti kurma, kismis dan sebagainya, ada kedai-kedai yang dibuka dengan tawaran borong dan harga yang rendah untuk produk yang bermutu.

Barang-barang itu dikepit oleh penjual tersebut di atas lalu ditawarkan kepada orang ramai dengan moto jualan sumbangan untuk anak yatim. Saya jumpa hampir di semua pusat bandaraya di negara kita dan semakin lama semakin ramai yang buat begitu.

Kerajaan Malaysia dan negara kita bukanlah negara yang sedang hadapi krisis kemiskinan seperti negara-negara dunia ke-3. Tetapi kenapa masih boleh ada banyak aktiviti malah bertambah sekarang ni, minta derma untuk pusat anak yatim, untuk pusat sekolah tahfiz dan lain-lain seumpamanya. Kenapa kerajaan tak angani isu ini. 

Awat tak ada duit ka? pi mana habis semua duit? 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Fossil keluarkan siri jam tangan 'Mon Amie' sebagai usaha perangi kemiskinan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !