Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, November 3, 2017

7 sebab kenapa orang bijak dan rajin gagal dalam kehidupan mereka

  Mohd Shubhi       Friday, November 3, 2017


Berapa ramai kawan-kawan anda kat luar sana yang dikenali sebagai orang bijak dan rajin. Anda kenal sifat mereka yang bijak dan punya sikap rajin buat kerja sejak zaman sekolah dahulu.

Habis sekolah rendah, masuk sekolah menengah. Masih kekal dengan ientiti bijak dan rajin. Keputusan persekolahan dari segi akademik sudah tentu, jauh lebih baik dari anda yang masuk dalam kategori sederhana sahaja.

Tetapi bila dah masuk zaman kehidupan sebenar, zaman cari makan, zaman pekerjaan, mereka tak ke manapun. Biasa-biasa saja. Malah ada yang tetiba menjauhkan diri dari orang ramai. Hidup tak keruan baik dari segi pencapaian kerjaya, mahupun dari segi kesihatan.

Boleh dikatakan orang yang bijak dan rajin yang anda kenali satu masa dahulu. Yang amat anda kagum dan iri hati satu masa dahulu, tak jadi sebagai mana yang anda duga. Rasa legapun ada, sebab anda pernah iri hati dengannya. Dan rasa kesian pun ada, sebab anda rasa macam tak patut apa yang berlaku padanya.... Kenapa?

Ada 7 sebab, kalau orang yang pandai, bijak, dan rajin, tapi tak jadi orang yang berjaya dalam hidup mereka bila dah masuk ke dunia kehidupan sebenar,

1. Tak kembangkan jaringan kawan

Bijak macam manapun, rajin macam manapun, anda hanya limitkan diri dengan kumpulan orang yang sama saja. Jaringan kenalan anda tidak berkembang. Anda selesa macam itu sebab memang seronok sentiasa bersama kawan-kawan lama dari kecil sampai besar.

Senang nak bergelak ketawa sebab terlalu banyak cerita yang dikongsikan bersama.

Tapi masalahnya, idea, pendapat anda semua tetap sama saja dari dulu sampai sekarang. Tiada perubahan, tiada cabaran, tiada apa yang baru nak difikirkan. Maka perkembangan terbantut.

2. Degil tak suka perubahan

Ini juga satu lagi masalah pada semua orang sebenarnya. Walaupun anda memang seorang yang bijak dan amat rajin buat kerja, tapi bila anda degil kepada perubahan, tak akan ke mana-mana.

Selesa dengan cara lama, selesa dengan lingkungan sekeliling yang sama dan tak mahu serta mengelak dari perubahan yang biasanya menyakitkan. Tapi tak ada kemajuan tanpa adanya perubahan. Itu hakikat yang semua mesti terima.

3. Tak berani ambil risiko

Apa yang bakal berlaku di masa hadapan tiada sesiapa yang tahu. Pandai macam manapun, rajin macam manapun, tidak akan dapat kepastian terhadap apa yang bakal berlaku di masa hadapan.

Kemajuan hanya akan berlaku bila kita sanggul ambil risiko terhadap usaha semasa yang dilihat biasa-biasa saja, tetapi ada harapan untuk menjadi luar biasa di masa akan datang. Itu risiko yang perlu diambil dengan berani. Kalau tak berani, maka anda akan kekal macam semua orang lain yang hanya tunggu dan lihat sahaja.

4. Percaya and layak berjaya berdasarkan merit

Semua orang yang pandai dan rajin, akan diberitahu sejak kecil oleh keluarga, mak bapak, para guru, jiran tetangga, kawan-kawan dan lain-lain lagi yang mereka layak untuk berjaya sebab pandai dan rajin.

Kepercayaan itu dibawa-bawa sampai ke dunia sebenar yang tak sama ketika zaman sekolah dahulu. Dunia sebenar tidak berlaku sebagai mana yang anda sangka. Tak berlaku macam teori. Kelayakan atau merit bukan sumber utama untuk berjaya, jangan mudah tertipu.

5. Suka fokus pada yang menarik sahaja

Sebab anda bijak seba anda rajin, anda rasa anda hanya layak untuk berikan tumpuan dan habiskan masa terhadap perkara yang menarik sahaja. Yang selain dari itu semuanya dianggap hanya membuang masa sahaja.

Memang bagus sikap fokus begitu. Tapi kejayaan dalam hidup bukan tertumpu hanya pada urusan yang menarik sahaja. Malah lebih banyak yang tak menarik terpaksa di hadam, terpaksa digagahi juga walaupun jiwa meronta tak suka.

6. Tak berani buat keputusan

Anda bijak dan anda rajin, apa saja urusan sentiasa dipenuhi dengan berbagai pilihan dan kemungkinan. Anda mentelaah semuanya, anda senaraikan semuanya. Bagus...

Tapi bila terlalu banyak sangat pilihan, kemungkinan dan andaian, membuatkan anda tak berani yang buat pilihan. Tiada keputusan sentiasa jauh lebih buruk dari satu keputusan yang dibuat tetapi buruk.

7. Tak percaya pada diri sendiri

Mungkin anda bijak dan rajin, tapi tidak semestinya anda yakin dengan keupayaan diri sendiri. Anda tak yakin pada hala tuju dan tak yakin diri boleh buat apa yang anda sepatutnya kena buat.

Sikap tak yakin pada keupayaan diri sendiri tak pernah membawa ke mana-mana sebab bila jadi macam itu, anda cenderung untuk elakkan diri dari bertindak. Dan kalau bertindakpun, anda sekadar nak buktikan bahawa memang anda tak boleh.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 sebab kenapa orang bijak dan rajin gagal dalam kehidupan mereka

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !