Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, November 6, 2017

Kenapa layanan di Kenny Rogers Roaster Subang Parade sangat lembab

  Mat Bihi       Monday, November 6, 2017


Pernah makan kat ayam golek di Kenny Rogers Roaster Subang Parade? atau kat mana-mana tempat lain yang ada Kenny Rogers Roaster?

Makan ayam golek kat Kenny Rogers Roaster memang amat mahal berbanding makan ayam golek orang kita yang dijual di tepi jalan. Tak boleh nak bandingkan dari segi harga antara ayam golek tepi jalan dengan ayam golek Kenny Rogers Roaster.

Dari segi rasa, saya memang teramat suka makan ayam golek Kenny Rogers Roaster. Rasa ayam goleknya yang enak, cair di mulut dimantapkan lagi dengan pilihan tambahan seperti kentang lenyet, sayur-sayuran rebus dan kacang bakar bersos.

Kalau makan seorang diri, ambil suku bahagian ayam golek kemudian habiskan segala kentang, sayur rebus dan kacang bakar bersos itu secara perlahan-lahan, akan membuatkan perut anda rasa selesa. Jumlah yang dimasukkan ke dalam pinggan anda tak banyak sangat dan tak kurang sangat,  Ngam-ngam saja.

Itu yang membuatkan saya suka makan kat Kenny Rogers Roaster kalau dah tak tahu sangat nak makan apa di waktu tengahari. Tambahan pulak kalau seorang diri tak ada kawan nak teman makan, maka Kenny Rogers Roaster Subang Parade akan masuk dalam fikiran.

Kenny Rogers Roaster Subang Parade lembab

Ada banyak restoran Kenny Rogers Roaster di seluruh Malaysia. Saya dah biasa makan di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Biasanya layanan kat dalam restoran makanan sebegitu adalah pantas dan amat memuaskan hati.

Tapi amat pelik dengan apa yang berlaku pada Kenny Rogers Roaster Subang Parade. Bukan sekali dua, malah berkali-kali saya masuk ke restoran Kenny Rogers Roaster Subang Parade, dan cabut keluar begitu saja tanpa buat sebarang tempahan dan makan kat dalam restoran itu.

Puncanya adalah disebabkan layanan pekerja kat dalam restoran Kenny Rogers Roaster Subang Parade tu yang amat membosankan. Semua staff yang ada kat dalam itu macam anak-anak ayam yang kehilangan ibu mereka.

Setiap kali saya masuk, tak ada siapa yang akan ambil peduli. Bila dah duduk kat kerusi dan tunggu, tak ada siapa yang akan datang sekurang-kurangnya memberikan menu untuk membuat pilihan. Tunggu dan tunggu, pekerjanya baut kerja masing-masing seolah-olah saya seperti roh dalam cerita hantu cina, tak ada orang yang dapat melihatnya.

Cabut keluar sekali lagi sekeluarga

Semalam saya bawa anak-anak berjalan sempena hujung minggu. Anak-anak nak beli buku baru di MPH sebab semua buku yang baru mereka beli dah habis di baca. Biasanya saya akan bawa mereka ke MPH di Subang Parade kat Subang Jaya.

Selesai solat Magrib kat Masjid atas Bukut di Subang Jaya tu, kami sekeluarga masuk ke dalam subang parade. Bila lalu kat restoran Kenny Rogers Roaster Subang Parade, teringat pulak nak jamu anak-anak makan kat situ.

Walaupun dah berkali-kalai kecewa sebab tidak dilayan oleh pekerja kat dalam Kenny Rogers Roaster Subang Parade itu, saya masih sudi masuk, masih sudi berikan peluang sebab faham kadang kala mereka bukannya sengaja.

Tapi malangnya, macam biasa juga berlaku seperti selalu. Kami masuk punyalah ramai. Ada 7 orang masuk ke dalam restoran itu. Cari tempat duduk dan kamipun duduk menunggu. Tak ada menu kat atas meja itu, tak ada orang yang sudi datang berikan menu pada kami dan akhirnya, kami sekeluarga bangun dan keluar dari situ.

Takkan masuk lagi Kenny Rogers Roaster Subang Parade

Bagi saya cukuplah untuk kali itu saja saya akan masuk ke dalam Kenny Rogers Roaster Subang Parade tersebut. Mereka sebenarnya ada masalah besar kat situ. Pihak pengurusan kat Kenny Rogers Roaster Subang Parade tu memang sengaja nak tutup restoran kat situ rasanya.

Saya rasa eloklah tutup dan berikan saja peluang pada rstoran atau kedai lain yang nak berniaga kat dalam Subang Parade itu. Berikan peluang pada mereka yang sentiasa bersedia layan pelanggan yang masuk ke dalam restoran mereka

Dari segi kepantasan melayan pelanggan yang masuk ke dalam restoran makanan sedemikian, tak ada yang boleh tandingi Pizza Hut. Di mana-mana saja Pizza Hut yang saya masuk, mereka pantas datang dan terus berikan menu. Kemudian segera datang pula bila pelanggan dah bersedia nak ambil tempahan.

Semua itu tidak berlaku pada Kenny Rogers Roaster Subang Parade terutamanya sejak sekian lama masih tidak ada perubahan. Apakah mungkin Kenny Rogers Roaster Subang Parade sudah kena buat dek pesaing di sebelahnya.. hahaha !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa layanan di Kenny Rogers Roaster Subang Parade sangat lembab

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment