Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 7, 2017

Bilal guna surau selamatkan mangsa banjir bukan Islam tak kisah kutukan

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 7, 2017


Isu seorang Bilal yang menggunakan surau untuk selamatkan mangsa banjir di Pulau Pinang mendapat berbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang puji dan ada ramai juga yang kondem.

Dengan adanya media sosial sekarang, semua orang boleh lihat status pemikiran warga negara Malaysia dengan begitu mudah sekali. Nak tahu apa orang fikir, anda cuma perlu tekan like atau kongsikan saja gambar perkara tersebut di media sosial.

Bila dah mula tular, akan datanglah berbagai komen dari semua orang yang jenis ringan jari menaip apa saja yang berjaya mencetuskan emosinya. Samada mencetuskan emosi marah atau emosi teruja. Itu dua punca yang meringankan tangan dan jari para pahlawan papan kekunci.

Bilal tak kisah apa orang nak kata

Selepas tak berapa lama kejadian tersebut menjadi tular, maka Bilal yang bertanggung jawab buat urusan menyelamatkan mangsa banjit itu bersuara. Dia bersuara sebab menjawab komen negatif terhadap perbuatannya.

Tak boleh nak kata juga kat orang yang kondem Bilal tu sebab mereka terkejut melihat orang yang Bilal tolong dengan membawa mereka masuk dan tinggal dalam surau merupakan orang 'kafir'. Label orang Islam Malaysia pada mereka yang bukan Islam. Biasanya majoriti orang kafir kat negara kita adalah Cina dan India.

Sebelum ini ada parti politik yang kena kecam hebat sebab bawa masuk orang bukan Islam berucap dalam tempat ibadat orang Islam. Riuh rendah satu Malaysia juga pasal isu tersebut. Oklah kita akur sebab ada dua isu yang bersangkut kat situ. Pertamanya politik keduanya bawa orang kafir pulak masuk ke situ.

Tapi nampaknya, bukan saja dalam keadaan aman orang Islam tak selesa bawa masuk bukan Islam dalam surau atau masjid. Malah dalam keadaan banjir besar luar biasa sekalipun, orang ramai masih tak selesa dan rasa pelik bergelora dalam badan.

Penceramah tegur Bilal selamatkan mangsa banjir

Saya baca berita yang ditulis dalam The Malaysian Insight berkenaan isu yang sama. Mereka laporkan bahawa penceramah Kontroversi yang dimurkai oleh Sultan Johor dan kena tarik tauliah dari Sultan Selangor, kondem Bilal tersebut.

Bila saya pergi cari dalam facebook penceramah garang itu, dan layari ke bawah satu persatu, tak jumpa pulak apa yang dikritik olehnya terhadap isu itu. Kata Malaysian Insight, penceramah itu kritik begini,

“Situasi gambar di atas tidak sepatutnya berlaku. Ia tidak boleh dikategorikan sebagai darurat kerana masih ada ikhtiar lain untuk keperluan mereka. “Selain itu, pihak pengurusan masjid dan surau juga perlu mengingatkan mereka dengan adab dan syarat bagi menjaga kesucian masjid,”

Bagi penceramah tersebut, apa yang sedang berlaku belum masuk katagori darurat. Samada dia ada ketika kejadian banjir teruk yang sedang dialami oleh Bilal dan orang-orang yang Bilal selamatkan saya tak pasti.

Tapi kalau dia tak ada, dan saya yakin memang dia tak adapun, dia buat hukuman hanya berdasarkan andaian kepala imaginasinya sahaja. Ramai yang suka buat macam itu. Berikan hukuman dan keputusan berdasarkan congakan sahaja. Maklumlah mereka jarang-jarang buat dsalah atas alasan perjuangkan kebenaran.

Guna Surau hanya dalam darurat

Walaupun begitu, jika kita baca semula apa yang beliau komen, boleh kita ambil sebagai kenyataan umum sahaja. Memang betul, kejadian dalam gambar tak sepatutnya berlaku dalam keadaan biasa. Kalau tidak darurat, perlu ikhtiarkan cara lain.

Itupun, kalau dalam keadaan darurat, pihak pegawai masjid atau surau perlu luangkan masa sebentar untuk berikan penerangan adab dan syarat masuk surau. Ya! dalam keadaan daruratpun perlu relaks dan kumpulkan semua mangsa untuk berikan penerangan. Itu bukan darurat namanya, atau saya salah?

Bila tengok kejadian tersebut saya teringat pasal seorang aktivis kemasyarakatan Pakistan yang meninggal dunia tahun lepas, Abdul Sattar Edhi. Dia dikecam oleh glongan keras seperti Taliban dan Lashkar-e-Taiba.

Bukan setakat kecam, malah dituduh murtad. Abdul Sattar Edhi (gambar kat atas) terkenal dengan kerja kebajikannya menyediakan kenderaan ambulan untuk mereka yang memerlukan bantuan di Pakistan. Dia punya prinsip tak kisah apa agama, apa bangsa, dia akan bantu semua orang sebaik mungkin.

Orang marah dan bertanya kenapa dia tidak meletakkan orang Islam sebagai keutamaan untuk memberikan bantuan, dia jawab,

"Sebab kenderaan ambulan aku lebih muslim daripada kamu...!".

Mungkin ceritanya tak sama. Tapi kewujudan konflik antara agama dengan kemanusiaan nampaknya wujud di mana-mana. Membuatkan saya terfikir mana satu yang perlu datang terlebih dahulu. Adakah Agama kemudian baru Manusia, atau sebaliknya, manusia dahulu baru agama.

Apa yang pasti, tidak ada manusia, maka tidak akan ada agama. Kambing atau Lembu tak memerlukan agama...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bilal guna surau selamatkan mangsa banjir bukan Islam tak kisah kutukan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !