Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Friday, December 15, 2017

Diesel Euro5 - Adakah ianya bagus untuk kenderaan 4x4 pikap anda?

  Abu Ays       Friday, December 15, 2017


Bahan bakar Diesel Euro5 tiba-tiba jadi bahan komen yang amat rancak dalam posting perbandingan antara Ford Ranger dengan Toyota Hilux saya yang lama sebelum ini.

Rasa agak pelik juga sebab ramai sangat yang mula berikan komen pasal Diesel Euro5 tu. Mulanya saya sangka ada orang yang sengaja cetuskan rasa ingin tahu terhadap para pengguna 4x4 pikap yang lazimnya memang pakai minyak Diesel.

Tapi bila dah ramai sangat berikan berbagai komen, mula terfikir takkan ada orang sanggup ambil masa buat havoc macam itu bapada blog macam ini. Adakah ianya dapat memberikan kesan lonjakan hasil jualan bila ramai teringin nak pakai Diesel Euro5.

Lagipun, semua jenama akan mendapat faedah terhadap lonjakan penggunaan Diesel Euro5. Baik Petronas, Shell, Petron, BP, atau Caltex. Kalau nak buat promosipun, tentu sekadar nak pengguna cuba bandingkan perbezaan antara jenama-jenama yang ada.

Jadi saya anggap, memang telus semua komen itu. Keluar atas dasar rasa ingin tahu dan teruja yang tulus ikhlas. Mungkin ada banyak kelebihan antara Disel yang biasa digunakan selama ini dengan Diesel Euro5 yang baru diperkenalkan ini di pasaran negara kita. Jadi saya ambil masa untuk buat pencarian sikit pasal Diesel Euro5.

Diesel Euro5 - Apa yang anda perlu tahu

Sebelum ini, rakyat negara kita hanya biasa guna Diesel Euro2M sahaja untuk kenderaan mereka yang pakai bahan api Diesel. Biasanya paling ramai pakai diesel sudah tentu peminat 4x4 pikap. Memang tak ada pilihan lain sebelum ni. Yang ada hanya Diesel Euro5M saja, belasah sajalah.

Syarikat paling awal yang bawa Diesel Euro5 pada kita semua adalah BHPetrol. Syarikat tersebut perkenalkan Diesel grade bagus itu melalui pelancaran Diesel Infiniti Euro5. Dia lancarkan pada bulan November 2014.

Apa makna Diesel Euro5

Euro5 itu sendiri merujuk pada satu standard pelepasan bahan bakar melalui ekzos yang dibenarkan di negara Eropah. Tujuannya adalah untuk menjaga alam sekitar agar tidak teruk dilanda pencemaran bahan bakar. Mereka tetapkan satu had maksimum pelepasan bahan pencemaran dari pembakaran Diesel ke udara.

Jadi Euro5 ini mematuhi limit yang telah ditentukan itu. Ia diperkenalkan pada tahun 2009 di Eropah. Jadi bahan bakar Diesel Euro5 ini kiranya baguslah untuk mereka yang cintakan alam sekitar. Kalau tak nak anak cucu kita lemas dengan udara yang mereka sedut, maka apa jadipun elok tukar saja pakai Euro5.

Beza Euro5 berbanding Euro2M

Beza utama antara Euro5 dengan Euro2M yang selama ini kita dok pakai adalah kandungan bahan Sulfur yang ada di dalam kedua-dua bahan bakar tersebut. Lagi banyak Sulfur, lagi buruk kesannya pada alam sekitar.

Bukan itu saja, bahan sulfur yang ada dalam Diesel yang 4x4 pikap kita pakai tu akan membuatkan enjin kenderaan kita cepat kondem sebab tahap asid menjadi tinggi dalam enjin tersebut. Sistem kawalan pelepasan bahan bakar juga akan rosak teruk dengan kandungan sulfur yang tinggi dalam Diesel.

Ringkasnya, Diesel yang baik sudah tentu punya kandungan sulfur yang amat rendah. Kat sinilah yang amat menarik untuk anda ketahui.

Tahukah anda berapa tahap sulfur yang ada pada Euro2M yang kita dok tuang masuk dalam tangki 4x4 tu? Tengok fakta menarik kat bawah ini;

  • Diesel Euro2M - Ada kandungan sulfur sebanyak 500ppm
  • Diesel Euro5 - Hanya ada sulfur sebanyak 10ppm sahaja !!!


ppm tu bermaksud 'parts per million'. Tak payah kita perincikan sangat maknanya yang sebenar. Yang pastinya, Diesel Euro2M yang kita dok pakai tu terlalu tinggi bahan pencemaran berbanding Diesel Euro5. Banyak bezanya tu antara 10 berbanding 500 !!! betoi tak?

Patutlah bila jogging tiap pagi sambil lalu tepi lori jiran yang suka panaskan enjin lorinya buatkan pernafasan rasa macam nak muntah. Pengotor punya bahan bakar Diesel Euro2M tu!.

Kalau anda nak enjin sihat dan nak anak cucu sihat, maka pakailah Diesel Euro5 sekarang juga dan tak payah nak fikir panjang lagi. Saya juga dah mula naik syeikh nak menjadi pengguna Diesel Euro5 mula dari sekarang, insyaallah.

Enjin mesti sesuai dengan Diesel Euro5

Memang bahan bakar diesel Euro5 ini bagus dan mesra alam sekitar. Tapi adakah minyak diesel semata-mata yang tentukan samada pencemaran terjaga atau tidak?

Malangnya diesel saja tak cukup. Kalau anda pakai diesel Euro5 sedangkan enjin kenderaan anda diset khas untuk menerima bahan bakar diesel Euro2M, ianya tak akan membantu sangat. Sistem keseluruhan pembakaran dan ekzos juga memainkan peranan.

Jadi nak kena rujuk pada pembuatan kenderaan diesel anda samada enjin yang dia orang pasang kat Hilux atau Ford Ranger tu direka khas untuk Euro2M sahaja atau sebaliknya. Saya sendiri tak tahu lagi. Nak kena rujuk semula pada pakar selepas ini. kalau anda tahu boleh komen kat bawah ni.

Lain-lain maklumat pasal Diesel Euro5

Jika andsa nak pakai Diesel Euro5, ianya akan lebih memberikan manfaat jika dituruti dengan pemakaian minyak pelincir yang sesuai. Jika kena ngam kombinasinya, ia akan jauh menjimatkan lagi penggunaan bahan bakar dan seterusnya enjin akan lebih tahan lama dan lebih cekap.

Jadi sila tanya pakar pomen kat tempat anda selalu pergi servis, bahan pelincir apa dan bahan tambahan apa yang peru ada, yang paling sesuai digandingkan dengan penggunaan Euro5. Kalau anda tahu dah boleh kongsikan kat kat bawah ini untuk manfaat semua pembaca.

Takpa ka enjin lama pakai Euro5

Ya! tak ada masalah. Anda boleh pakai dan tak akan berikan apa-apa mudarat pada enjin kenderaan anda. Tapi elok pi tanya sekali lagi gandingan pelincir dan additif yang sesuai. Paling baik, tukar saja Ford Ranger terbaru atau Hilux terbaru... kalau ada banyak duit. Demi alam sekitar dan penjimatan wang.

Itu saja yang rajin saya nak kongsikan kat sini. Mungkin ada banyak lagi fakta yang tertinggal, harap yang saya berikan kat atas tu mencukupi untuk memberikan motivasi anda tukar pakai Diesel Euro5. Kalau ada maklumat tambahan, jangan kemut untuk kongsikan kat ruang komen di bawah ni.

Terima kasih!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Diesel Euro5 - Adakah ianya bagus untuk kenderaan 4x4 pikap anda?

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Saya pakai FR 2014 bila guna euro5 power kureng sikit....tapi kalau campur dgn kadar 50/50 dgn E2M wow bedesoooop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsikan pengalaman tuan !

      Delete
  2. Abang, kalau engine jenis pakai injector bahaya ke pakai euro 5 ? Ada org cakap engine boleh cepat kondem... mohon kongsi ilmu abg...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !