Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 20, 2018

Kenapa makan cepat boleh buat anda mati cepat

  Mohd Shubhi       Saturday, January 20, 2018



Adakah anda jenis yang suka makan cepat atau jenis yang suka makan lambat?

Kalau anda jenis makan cepat, ambil perhatian serius. Sebab tabiat suka makan cepat mampu membuatkan anda juga mati cepat.

Kalau anda jenis yang suka makan lambat, Tahniah!, itu satu amalan yang amat baik yang perlu anda teruskan. Biarkan saja apa orang lain nak kondem dengan sikap suka makan lambat anda itu, mereka tentu masih tak sedar bahawa makan lambat amat baik untuk kesihatan tubuh badan anda.

Kenapa makan cepat tak bagus

Makan cepat ni memang kelihatan macam gelojoh. Sumbat kunya dan sumbat kunyah. Sampai tak sempat bercakap. Kalau terpaksa bercakappun akan tergesa-gesa. Sebab nak perabih cepat makanan yang ada kat dalam mulut tu.

Orang yang makan cepat, kadangkala kelihatan termengah-mengah. Dia berhenti sebentar hanya untuk tarik nafas. Bila dah bernyawa, dia akan sumbat makanan masuk mulut semula. Memang akan kelihatan amat gelogoh cara makan seperti itu.

Itu gambaran yang saya cuba sampaikan bagaimana yang dimaksudkan dengan jenis suka makan cepat.

Bila anda buat macam itu, sistem penghadaman dalam badan tak akan sempat nak ikut kelajuan aktiviti anda sumbat masuk makanan dalam mulut tu. Makanan terasa sedap hanya kat dalam mulut, masuk dalam perut, dah tak ada raa lagi.

Jadi, bila lidah rasa makanan tu sedap. Anda akan sumbat dengan cara yang cepat juga dan biasanya anda akan sumbat lebih banyak. Yalah! sebab sedap, anda suka makanan tu, jadi sumbat dan sumbat. Kepantasan itu membuatkan anda tidak dapat menerima maklumat bahawa makanan dah berlebihan melampau dalam perus anda tersebut.

Sistem penghadaman tak sempat ikut

Macam yang saya sebut tadi, sistem penghadaman tak boleh ikut rentak menyumbat makanan ke dalam mulut anda itu. Sistem penghadaman ambil masa yang agak lambat sebab dia terpaksa memproses ikut prosedur. Satu persatu dan bukannya ikut rentak kepantasan anda menyumbat.

Biasanya, proses penghadaman ambil masa dalam lingkungan 20 minit. 

Bila maklumat makanan dah berlebihan tidak dihantar, anda akan cenderung untuk makan berlebihan. Anfa sebenarnya dah kenyang dengan jumlah makana yang disumbat, tapi isyarat lambat diterima sebab anda makan cepat.

Jadi sila relaks ketika makan. Berikan masa kepada sistem penghadaman untuk proses dengan sempurna dan anda akan mendapat isyarat kedudukan makanan dalam perut itu pada masa yang betul.

Makan cepat buat anda gemuk

Cuba lihat saiz tubuh badan anda sekarang. Gemuk atau slim? Kalau anda jenis yang gemuk, lebih saiz dari yang sepatutnya, cuba renung semula cara anda makan selama ini.

Adakah anda jenis yang amat pantas makan atau jenis yang slow and steady makan dan kunyah perlahan-lahan. 

Jika dah sedar anda memang jenis yang makan cepat, jangan nak rasa bangga. Orang mungkin dok puji betapa anda amat pantas belasah makanan habis satu pinggan. Tapi sebenarnya itulah antara punca utama anda gemuk walaupun dah cuba diet dan bersenam dengan berbagai cara. Rujuk bacaan kat sini.

Orang yang makan cepat biasanya akan hadapi masalah obese dan masalah sindrom metabolik. Saya berikan makna sindrom metabolik yang dipetik dari Google kat bawah ini.

Metabolic syndrome is a cluster of conditions — increased blood pressure, high blood sugar, excess body fat around the waist, and abnormal cholesterol or triglyceride levels — that occur together, increasing your risk of heart disease, stroke and diabetes

Samada anda faham atau tak faham makna metabolik sindrom tu, yang pastinya, orang obese berisiko untuk kena penyakit kencing manis, sakit jantung dan strok. Semuanya memberikan alasan yang amat baik untuk anda mati cepat.

Sebab itu saya kata Makan cepat boleh buat anda mati cepat!

Jangan makan cepat

Kalau dah tahu makan cepat boleh anda mati cepat, pastikan bermula dari sekarang amalkan tabiat makan lambat sikit. Cuba ambil masa untuk habiskan makanan dalam tempoh 20 minit. Bagi masa yang mencukupi untuk sistem penghadaman proses makanan dan memberikan isyarat yang betul keadaan dalam badan anda itu.

Makan lambat atau perlahan-lahan boleh elakkan anda rasa pedih ulu hati. Perut juga tak akan kembung sebab angin tak masuk ke dalam perut bila anda makan perlahan-lahan.

Lagipun makan perlahan-lahan membuatkan anda dapat menikmati keenakan makan dengan lebih mendalam. Anda akan lebih menghayati nikmat dapat makan dan boleh mambuatkan anda jadi manusia yang bersyukur.

Mahu tak bersyukur jika anda dapat merasakan berbagai rasa yang ada dalam makanan yang sedang dikunyah itu. Boleh rasa perbezaan tekstur makanan yang ada yang mampu membuatkan anda sebut subhanallah! Tuhan yang mencipta berbagai jenis makanan yang lazat untuk manusia.

Berbual mesra sambil makan boleh buat anda makan dengan lebih perlahan. Ianya juga bagus untuk rapatkan silaturahim sesama kawan atau keluarga di meja makan. Lebih bagus lagi kalau anda makan dengan kawan yang jenis lambat. Ikut saja rentaknya sebagai latihan supaya anda dapat jadikan makan lambat sebagai tabiat sebati dalam kehidupan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa makan cepat boleh buat anda mati cepat

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. ada Tuhan bagi tau ke Dia matikan satu orang tu sebab dia makan cepat?????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi! Soalan orang martabat hakikat tinggi tu tuan Anon !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !