Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 22, 2018

Sah! panjangkan waktu tidur mampu kawal ketagihan gula - Hasil kajian terkini

  Mohd Shubhi       Monday, January 22, 2018



Ini satu maklumat yang amat menarik! terutamanya untuk anda yang ada niat nak kurangkan jumlah gula yang anda makan atau minum demi kebaikan hidup anda dari segi kesihatan diri.

Kajian yang dilakukan baru-baru ini telah mengesahkan strategi yang amat berkesan untuk kurangkan penggunaan gula yang anda makan atau minum. Anda boleh lihat kajian tersebut di laporkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition.

Dalam kajian lain yang pernah di lakukan sebelum ini memang ada menyebut kaitan antara waktu tidur dengan kesihatan dan masalah kegemukan. Kaitannya adalah dalam bentuk selera pemakanan yang berubah hasil dari perubahan yang berlaku terhadap tempoh waktu tidur anda.

Tempoh waktu tidur dan kesannya

Secara umumnya, jika anda jenis yang tak suka jaga jumlah waktu untuk tidur, ada kesan yang tak baik pada tubuh badan anda.

Jika anda jenis yang tidur kurang dari 6 jam sehari, anda berpotensi untuk terkena serangan jantung atau strok sebanyak 4 kali ganda dari mereka yang jaga jumlah tidurnya lebih dari 7 jam sehari.

Kalau anda tidur kurang dari 4 jam, kajian mendapati jumlah bahan yang dipanggil sebagai 'Ghrelin' akan meningkat. Bahan ini merupakan Hormon yang bertanggung jawab mencetuskan rasa lapar.

Kajian terhadap rakyat Amerika yang tidur lebih dari 9 jam mendapati bahawa mereka lebih cenderung untuk terlibat dalam aktiviti yang berintensiti tinggi.

Kuruskan badan dengan tidur

Bila berckap bab kuruskan badan ni, memang sesuatu yang amat mencabar terhadap orang yang adalah masalah kegemukkan.

Boleh dikatakan semua orang gemuk ada hasrat yang tinggi untuk kuruskan badan supaya lebih slim, kacak dan bergaya. Baik kaum lelaki mahupun kaum perempuan. Tapi hasrat yang tinggi sahaja tak cukup untuk diterjemahkan kepada aktiviti bagi menguruskan badan.

Biasanya nak kuruskan badan sering dikaitkan dengan kena kurangkan makan dan bersenam secara konsisten. Bab nak buat semua amalan itu secara konsisten adalah sesuatu yang amat sukar. Orang tua kata hangat-hangat taik ayam. Pans sekejap saja, kemudiannya sejuk kembali ke tabiat asal.

Tapi jika anda betul-betul nak kurangkan maslaah gemuk itu dengan cara yang berkesan dan amat mudah sekali, anda hanya perlu amalkan jumlah tidur yang betul sahaja. Bayangkan hanya dengan tidur sahaja anda boleh kurangkan berat badan!

Tentu amat menarik bukan?

Panjangkan waktu tidur untuk kurus

Apa yang anda perlu buat untuk kuruskan badan dengan mudah adalah dengan tambahkan sedikit lagi jumlah waktu tidur anda sekarang.

Kajian mendapati mereka yang tambahkan waktu tidur sebanyak antara 52 minit ke 90 minit, akan berkurangan mengambil jumlah gula sebanyak 11.8 g/hari. Mereka juga didapati lebih cenderung untuk kurangkan jumlah pengambilan lemak.

Itu satu berita baik. Dua-dua bahan itu jika dapat dikurangkan masuk ke dalam tubuh badan anda, mampu untuk kurangkan masalah gemuk yang anda hadapi sekarang.

Jadi buatlah apa saja asalkan anda dapat lanjutkan tempoh waktu tidur anda dari sekarang. Cuba ukur berapa jam anda tidur sehari dan bergerak dari situ. Asalkan anda memang jenis yang bukan dah tidur berlebihan, perkara ini tentu amat mudah bagi anda.

Jika anda jenis yang memang agak kurang tidur, cara ini perlu dipertimbangkan dengan amat serius. Tambah waktu tidur anda dengan pergi belajar bagaimana nak mudah tidur dan tidur dengan nyenyak dan selesa. Pergi jumpa pakar yang boleh berikan khidmat nasihat bagaimana nak tidur dengan baik.

Asas mudah tidur malam

Biasanya petua asasnya agak mudah. Pastikan anda tidak kenyang perut sangat dan tidak juga lapar sangat sebelum nak masuk tidur. Dan elak minum minuman berkafein sebelum nak tidur. Petua itu amat mudah untuk anda lakukan.

Makan awal malam, dan elakkan hirup kopi o pekat sebelum tidur, mudah saja kan!

Selamat mencuba dan pastikan anda kongsikan artikel ini pada kawan anda yang ada masalah gemuk. Bantulah mereka untuk hidup sihat dan slim dengan cara yang amat mudah ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sah! panjangkan waktu tidur mampu kawal ketagihan gula - Hasil kajian terkini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !