Jas Du It

Jasduit - Just do it !

Friday, January 26, 2018

Perlukah hantar WhatsApp ucap salam setiap pagi pada kawan anda

  Abu Ays       Friday, January 26, 2018


Bagi anda yang ada telefon pintar tentu punya kawan yang jenis rajin hantar mesej whatsApp setiap pagi untuk ucapkan salam. Kalau yang bukan Islam, dia hantar mesej ucap selamat pagi.

Bukan setakat hantar mesej, malah siap sekali dengan gambar poster dengan ucapan serta doa yang baik-baik untuk kawannya. Ada juga yang selitkan kata-kata nasihat dimulai dengan peringatan tarikh dan hari dalam kalender Hijrah.

Ada tak terima macam yang saya sebutkan kat atas tu?

Kalau tidak secara peribadipun, akan ada yang teramat rajin post dalam group whatsapp yang dia sertai. Dia post hari-hari setiap pagi. Mesejnya sama juga. Nak ucapkan salam atau selamat pagi dan diselitkan doa serta kata-kata nasihat.

Tak pernah peduli untuk buka dan baca

Saya memang ada kawan yang jenis macam itu. Dia hantar ucapan salam atau selamat pagi setiap hari dengan jayanya. Kebanyakannya mesti ada gambar atau poster siap dengan imej orang mengadah tangan berdoa ka atas.

Apa yang saya buat dengan semua mesej tersebut?

Terus terang saya memang tak baca apa yang dia hantar. Tengok saja pop-up mesej masuk dari whatsapp dan terpampang namanya, memang saya tak ambil kisah dan tak layan lansung. Kalau dia tahu mungkin dia akan kecik hati agaknya.

Atau mungkin dia sendiri tak pernah terfikir apa orang buat terhadap mesej yang dia hantar itu. Saya rasa dia tentu sedar sebab dia hantar pada saya secara personal. Kalau saya tak buka tentu dia boleh tengok.

Biasanya saya buka sebentar untuk tamatkan notis ada mesej yang belum di baca. Itu saja dan memang tak ada niat untuk ambil tahu mesej apa yang dia hantar kat saya.

Terlalu banyak lambakan maklumat

Bagi yang ada telefon pintar dan ada aplikasi Whatsapp, tentu ada paling lekeh 4 atau 5 group. Malah ada yang masuk berpuluh-puluh group whatsapp. Kalau campur mesej whatsapp peribadi pulak, tentu akan ada banyak lagi jumlah mesej yang mungkin diterima.

Jika ditambah lagi dengan aplikasi media sosial lain yang popular seperti FB, Instagram, LinkedIn, Twitter dan lain-lain, akan ada terlalu banyak mesej atau pop-up yang masuk ke dalam telefon pintar anda tak henti-henti.

Bagi yang ada kerjaya, perlu campur pula dengan email, mesej SMS, yang tentu ada lebih banyak.

Terlalu tinggi jumlah lambakan maklumat. Saya anggap lambakan maklumat itu sebagai gangguan syaitan zaman moden yang sentiasa cuba mencuri masa terhad yang setiap manusia dapat. Dulu masa tak ada internet atau smart phone, gangguan sebegitu hanya datang dalam bentuk bisikan atau ilusi dalam kepala sahaja.

Tapi sekarang bisikan atau ilusi tak sempat berfungsi lagi. Syaitan salurkan segala bisikan dan tipudaya untuk setiap Anak Adam habiskan masa yang dia ada melalui mesej yang berbagai. Daya tumpuan akan lumpuh dan jiwa akan lebih parah lagi dengan keluh kesah yang tak berkesudahan.

Paling hebat apabila anda terus sesat dalam keupayaan membezakan mana yang penting dan mana yang tak penting. Mana yang pelu diberikan keutamaan dan mana satu yang perlu diabaikan.

Perlukah ucap salam setiap pagi?

Itulah persoalan besar yang berlegar dalam kepala saya.

Teringin nak tanya pada kawan-kawan yang nampaknya seperti tak ada kerja sangat nak buat setiap pagi. Mereka habiskan masa untuk hantar mesej pada kawan-kawan, pada group whatsapp dan lain-lain lagi hanya untuk ucapkan salam atau selamat pagi.

Apakah perlu buat semua kerja macam itu?

Apakah manfaat yang penghantar dan penerima dapat dengan lambakan ucapan selamat pagi dan salam serta doa itu dan ini dari kawan-kawan yang amat prihatin sebegitu?

Saya rasa bagi kawan yang memang jenis tak ada kerja dan dah jadi amalan tetap untuk habiskan masanya setiap pagi hantar ucapan yang tak dibaca dan tak dibuka, elok minta izin terlebih dahulu pada kawan yang dia nak hantar itu.

Tanya samada boleh atau tidak dia hantar ucapan salam dan selamt pagi setiap hari?

Kalau kawan anda izinkan sebab kawan anda itu memang ada anda seorang saja kawan yang sudi berkomunikasi dengannya, maka barulah hantar.

Elok jangan hantar dan buang masa sebegitu setiap pagi. Tunggu masa untuk jumpa bersemuka kalau ketagih sangat nak ucapkan salam pada kawan anda tu.

Jika anda berterusan macam itu, anda akan lambakkan gambar yang terlalu banyak pada telefon pintar kawan anda tersebut. Jadi kerja pulak dia nak kena padam kosongkan space yang perlu diperuntukan pada perkara lain yang lebih bermanfaat.

Apa pendapat anda?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perlukah hantar WhatsApp ucap salam setiap pagi pada kawan anda

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. Hahaha ingat aku jer fikir cam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang sefikiran rupanya ! tq

      Delete
  2. Sekurang kurangnya... ingat pada kawan dan doa untuknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari-hari setiap pagi berterusan berbulan-bulan... hebat ingatan tu. Macam bercinta le pulak hehe !

      Delete
  3. kalau dia nak wish pagi2 dgn assalammualaikum terima aja lah kalau blh jawab jawab lah...itu isu kecik aja...

    ReplyDelete
  4. Sekadar perkongsian


    Abdullah bin Amr r.a. mengisahkan bahwa seseorang bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Apakah amalan terbaik dalam Islam?” Rasulullah s.a.w. menjawab: "Berilah makan orang-orang dan tebarkanlah ucapan salam satu sama lain, baik kamu saling mengenal ataupun tidak.”
    (Hadis Riwayat Sahihain)


    Abu Umammah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Orang yang lebih dekat kepada Allah s.w.t. adalah yang lebih dahulu memberi salam.”
    (Hadis Riwayar Musnad Ahmad, Abu Dawud, dan At Tirmidzi)


    Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Salam adalah salah satu Asma Allah s.w.t. yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang memberi salam kepada yang lain, derajatnya ditinggikan dihadapan Allah. Jika jama’ah suatu majlis tidak menjawab ucapan salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah (yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.”
    (Hadis Riwayat Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani)


    Amalan memberi salam amat digalakkan oleh Islam dan perbuatan tersebut dikira ibadat yang setaraf dengan sedekah.
    Memberi salam adalah sunat kifayah manakala menjawab salam adalah fardhu kifayah bagi kumpulan dan fardhu ain bagi


    So rasenya xslh ucap salam stiap hari sbb ianya salah 1 ibadah..

    Betolkn saya klu saya salah ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ilmu yg diajarkan tuan. Ada tak hadith asthar yg mengatakan sahabat pergi ke setiap rumah sahabat lain semata mata utk berikan salam keoada semua satu round setiap hari... atas dasar mengamalkan memberi salam

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !