Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 1, 2018

Citizen mungkin beli syarikat jam tangan mewah luaskan tawaran produk

  Mohd Shubhi       Thursday, February 1, 2018



Siapa yang tak kenal jenama jam tangan Citizen?

Saya tahu memang ada yang tak berapa kenal jenama jam tangan Citizen ni. Rasanya muda mudi zaman milenium atau jenerasi Y berkemungkinan besar tak ambil pot sangat dengan jenama Citizen.

Zaman ketika mereka dilahirkan dan membesar, dah tak ada lagi iklan TV promosikan Citizen. Tak ada juga poster merata tempat pamerkan jam tangan Citizen. Orang tua-tua pun dah tak berapa ada selera nak bangga dengan jam tangan Citizen.

Jam tangan jenama dari Jepun

Jenama jam tangan yang lebih menonjol yang datang dari Jepun sejak tenggelamnya jenama seperti Citizen, Orient dan seumpamanya selepas zaman saya kanak-kanak dulu adalah Seiko. Sampai sekarang Seiko lebih dikenali berbanding Citizen.

Persepsi kualiti pada Seiko adalah lebih baik jika dibandingkan dengan Citizen. Malah Casio lebih dikenali dan diminati oleh muda mudi sekarang dengan rekabentuknya yang ala-ala mesin transformer.

Mungkin Citizen punya rekabentuk yang lebih konvensional dan tradisional yang buatkan muda mudi tak berapa ghairah sangat dengannya kat Malaysia sekarang. Entahlah! Terus terang, saya sendiri rasa tak berapa nak ghairah sangat dengan jenama Citizen sekarang berbanding masa zaman kanak-kanak dulu.

Citizen dah luaskan tawaran produk mereka

Bagi yang masih tak tahu, jenama Citizen sebenarnya dah mula lebarkan lagi produk range mereka. Dah tak tertumpu hanya pada model murahan kelas bawahan saja sekarang.

Dua tahun yang lalu, mungkin ramai yang tak tahu bahawa Citizen dah beli syarikat atau jenama Frederique Constant. Itu jenama jam tangan buatan Swiss yang menawarkan jam tangan sederhana mahal antara harga USD1 ribu ke USD10 Ribu ke atas.

Citizen dah menapak naik ke atas untuk bersaing dengan jenama-jenama lain dalam dunia jam tangan nampaknya. Mereka terpaksa buat macam itu sebab trend permintaan jam tangan quarza  yang selama ini jadi tumpuan Citizen, nampaknya menurun sedangkan model mekanikal semakin baik.

Citizen nak beli jenama mewah pulak

Ada khabar angin berhembus mengatakan Citizen sedang mengintai jenama jam tangan mewah yang harganya lebih dari USD18 ribu untuk luaskan lagi tawaran mereka kepada peminat jam tangan. Jam tangan jenama apa tak taulah pulak.

Tapi Citizen tak nafikan ura-ura itu dan mereka memang masih lagi menerokai mana-mana kemungkinan ruang yang ada untuk meluarkan penguasaan mereka dalam dunia jam tangan. Dalam tempoh beberapa tahun kebelakang ini, nilai saham Citizen naik sebanyak 23%, memang amat bagus prestasi tu.

Ada banyak lagi pilihan pasaran yang Citizen boleh masuk sebenarnya. Seperti pasaran jam tangan suka dan kesihatan begitu juga jam tangan jenis pintar seperti yang dimasuki oleh jenama Apple umpamnya.

Kita tengoklah nanti apa perkembangan Citizen.

Saya secara peribadi lebih minat beli jam tangan mekanikal atau automatik yang tak perlukan bateri atau quarza. Walaupun saya sendiri rasa pelik kenapa saya lebih minat mekanikal yang sudah tentu kurang tepat sehebat Quarza.

Tapi masih tetap minat mekanikal walaupun harganya mahal melampau ... memang keinginan manusia ni agak sukar dikawal.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Citizen mungkin beli syarikat jam tangan mewah luaskan tawaran produk

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !