Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 14, 2018

Awas jika anda pergi ke 31 kawasan Hot-Spot Wabak Denggi cuti Raya Cina ini

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 14, 2018



Orang ramai dah mula sibuk nak sambut Raya Cina tahun ini. Bukan saja rakan kita yang berbangsa Cina sibuk, malah yang bukan Cina juga tentu sibuk nak ambil kesempatan jalan-jalan sempena cuti yang agak panjang.

Sekolah dah mula cuti dari hari Khamis 15 Feb 2018 sampai 19 Feb 2018. Ada majikan yang berikan cuti panjang pada para pekerjanya. Mungkin panjang dari cuti sekolah atau sama. Jadi tentu semua yang bercuti tak akan lepaskan peluang untuk jalan-jalan sehari atau dua hari.

Dalam sibuk pergi berjalan tu, anda perlu berikan perhatian dengan masalah demam denggi yang masih tetap berlaku sekarang. Walaupun awal tahun ini nampaknya ada penurunan dalam kes denggi dan juga kematian yang disebabkan olehnya, itu bukan alsan untuk leka.

Langkah mudah cegah denggi

Berikut nasihat dari Kementerian Kesihatan khas untuk anda semua yang nak keluar tinggalkan rumah bercuti seminggu sempena raya ni.

  • Jangan biarkan ada air bertakung kat rmah anda dan dipersekitaran rumah.
  • Jangan biarkan ada bekas yang boleh menakungkan air. Mungkin sekarang kering. Nanti hujan akan ada air. Buang semua sampah dan pastikan tak ada bekas yang mampu tadah air.
  • Kalau tak boleh elak tempat yang ada takungan air, letakkan ubat jentik-jentik seperti Abate.
  • Sediakan Aerosol nyamuk untuk sembut nyamuk deasa yang masuk ke dalam rumah terutamanya antara waktu 5 pagi sampai 7 pagi dan dari 5 petang sampai 7 petang.
  • Sapukan krim halau nyamuk pada anggota badan kalau anda perlu ada di luar rumah dalam waktu tersebut tadi.
  • Paling penting cuba elakkan pergi ke lokasi yang wabak denggi sedang bermaharaja lela yang dinamakan sebagai lokasi Hot-Spot.
"Jika anda perlukan khidmat Fogging dan Larvasiding, hubungi Easelife Services Sdn Bhd, syarikat Pest Control berlesen dan bertauliah. Call atau WhatsApp Puan Siti 012-2067357 untuk maklumat lanjut."

Lokasi Hot-Spot Denggi

Lokasi yang dilabelkan sebagai Hot-Spot adalah kawasan yang wabak denggi telah berlaku lebih dari 30 hari bermula daripada ianya mula berlaku.

Berikut adalah Lokasi yang anda perlu ambil perhatian,

SELANGOR


  1. HULU LANGAT, JALAN PERDANA 6/2, 6/4, 6/6, 6/8 & 6/10, PANDAN PERDANA
  2. PETALING BG SEKSYEN 51A FLAT IMPIAN BAIDURI
  3. PETALING TMN SRI SERDANG 4 (JLN 18/47-18/58)
  4. GOMBAK BDR TASIK PUTERI GV 5
  5. KUALA LANGAT TAMAN DELIMA ZON 3
  6. KLANG TAMAN MELAWATI BUKIT KAPAR ( JLN IMAM ABD AZIZ 7 )
  7. GOMBAK APPT DESA 1 
  8. KLANG B.B.R PANGSAPURI REBANA
  9. PETALING SEKSYEN U7 ( TUDM SUBANG D : BLOK F1 - F8 & E1 - E2 )
  10. HULU SELANGOR APT SERI ROS 1 BS
  11. PETALING SEKSYEN 18 (JLN 18/3 FLAT A : BLOK 2 -10)
  12. KUALA LANGAT TAMAN SARI ZON 2
  13. GOMBAK APPT SRI PUTRI UP
  14. PETALING TMN LESTARI PUTRA (LEP 4)
  15. PETALING SEKSYEN U5 ( PANGSAPURI SUBANG HIJAUAN : BLOK 9 - 12 )
  16. PETALING SRI PJS 10 ( TERES B : JLN PJS 10/2, 10/4, 10/7A - B,10/14, 10/16 )
  17. PETALING SRI PJS 8 MENTARI COURT
  18. GOMBAK KIP BT 8
  19. GOMBAK APPT PALMA BCH
  20. PETALING TM PJS 3 APT SRI MANJA ( BLOK D - F : JLN PJS 3/55 )
  21. KLANG T.S.A (JLN SERI BANANG 11)
  22. PETALING SEKSYEN 19 ( FLAT A JLN 19/15 BLOK 1 - 5 )
  23. HULU LANGAT APPT TAMAN PERKASA HULU LANGAT
  24. KLANG TAMAN BAYU PERDANA (JALAN BATU UNJUR 3) 

SABAH



  1. KOTA KINABALU PUTERA JAYA TELIPOK
  2. TAWAU JK03 TMN. SEMARAK FLAT & LRG SAWIT

PERAK



  1. MANJUNG KG BHARU A/TWR 


JOHOR


  1. JOHOR BHARU TMN MUTIARA RINI_BAKTI
  2. JOHOR BHARU TMN SCIENTEX_JLN KELISA 


PULAU PINANG


  1. SEBERANG PERAI SELATAN TAMAN BISTARI
  2. PULAU PINANG BARAT DAYA DESA BAYAN
Selamat bercuti Tahun Baru Cina dan berhati-hati di jalan raya !

Sumber Gambar


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Awas jika anda pergi ke 31 kawasan Hot-Spot Wabak Denggi cuti Raya Cina ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !