Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 17, 2018

Rahsia kenapa lelaki suka bawa kereta laju yang mungkin anda tak tahu

  Mohd Shubhi       Saturday, February 17, 2018



Kenapa ada orang lelaki yang suka bawa kereta laju-laju?

Biasanya lelaki yang suka bawa kereta laju-laju adalah dari kalangan lelaki muda mudi yang masih tak habis lagi kemaruk pegang steering kereta. Bila dah berumur tua sikit, agak jarang kita lihat lelaki tua yang suka bawa kereta laju-laju.

Orang lelaki tua kebiasannya dah masuk ke peringkat sedar diri dan sudah tenang jiwanya. Sudah matang kata orang. Dan salah satu tanda matang adalah tak berapa nak ambil peduli sangat apa pendapat orang yang tak sama pemikiran dengannya.

Jadi bila dia bawa kereta, dia akan lebih berikan tumpuan pada dunianya sendiri. Melayan pemikiran dan menghayati perjalanan. Memang ada sekali sekala sikap baran akan masuk ke dalam jiwa bila ada yang mencabar kesabarannya. Itupun bukan sebab nak berlumba, tapi lebih kepada rasa ego apabila ada orang yang tak reti hormat orang tua.

Kenapa lelaki muda bawa kereta laju

Di Australia, kerajaannya cuba membendung sikap remaja atau lelaki muda mudi yang suka bawa kereta laju-laju ini. Tak payah nak masuk universiti untuk faham bahawa memandu laju tak tentu hala adalah merbahaya.

Bukan setakat merbahaya saja, malah boleh mengundang maut. Ada banyak kejadian orang muda mudi yang terlibat dalam kemalangan maut. Bukan sikit-sikit punya bencana. Mereka bawa laju sampai hancur remuk kereta dan habis mati kesemua yang ada dalam kereta.

Jadi, perlu ada strategi untuk pastikan bahawa orang ramai terutamanya kaum muda mudi lelaki mengelakkan diri mereka dari memandu kereta dengan laju ketika berada di atas jalanraya.

Setelah dibuat segala kajian, maka pihak kerajaan Australia mendapat satu rumusan yang amat berkesan bagi membendung lelaki muda mudi yang suka bawa kereta laju ini. Semuanya berkisar daripada kejadian yang biasa berlaku setiap kali ada muda mudi bawa kereta laju memotong sana dan sini.

Angkat jari bila ada lelaki pandu laju

Pernah tak anda lihat ada orang yang akan terus angkat jari pada orang yang bawa kereta laju. Di luar negara, akan ada wanita yang baran akan angkat jarinya menghalakan pada lelaki muda yang bawa kereta laju.

Tahu tak kenapa mereka angkat jari sebegitu?

Sebabnya adalah untuk memberikan isyarat pada kaum lelaki yang suka bawa kereta laju ini. Isyarat bahawa anu si lelaki yang suka bawa kereta laju itu bersaiz kecil.

Itulah mesej yang semua orang dikehendaki faham setiap kali melihat lelaki muda mudi yang suka bawa keretanya dengan laju di atas jalan raya. Difahamkan bahawa orang lelaki yang suka bawa kereta laju dengan cara yang merbahaya adalah untuk menutup kelemahan anu mereka yang kecil itu.

Jadi, orang lelaki yang suka bawa kereta laju sebenarnya, kebiasaannya mempunyai saiz anu yang kecil. Itulah yang diterjemahkan dari sikap mereka yang suka bawa kereta laju. Itulah iklan khas ditayangkan dan kempen yang dilakukan oleh kerajaan Australia bagi membendung anak-anak muda dari bawa kereta laju-laju.

Orang Malaysia lelaki yang pandu laju

Kalau di Australia kempen itu telah berjaya kaitkan sikap lelaki yang suka bawa kereta laju dengan punya anu yang kecil, maka di Malaysia, saya rasa kempen sedemikian sudah tentu amat berkesan juga.

Semua orang rakyat Malaysia perlu punya persepsi yang sama terhadap kaum lelaki yang suka bawa kereta laju kat atas jalanraya. Kita semua terutamanya anak-anak dara perempuan perlu faham masalah yang muda mudi lelaki yang suka bawa kereta laju itu. Mereka nak tutup rasa tak selesa sebab anu yang kecil. Sebab itu mereka akan bawa kereta laju-laju atas jalanraya.

Tapi sudah tentu bukan lelaki yang masuk pertandingan lumba kereta. Mereka adalah pro yang sudah dilatih kemas dalam dunia perlumbaan kereta. Dan mereka biasanya tak akan bawa laju tak tentu hala atas jalanraya.

Jadi selepas ini, jika ada bertemu dengan kenderaan laju yang dipandu oleh lelaki muda, anda faham kenapa mereka bawa laju sebegitu. Bukan nak tunjuk pandai, bukan nak tayang kelajuan keretanya. Tapi sebenarnya nak tutup kelemahan punya anu yang bersaiz kecil. Itu saja.

Dan anda yang baca artikel ini, adakah anda juga suka bawa kereta laju-laju?

Jika jawapannya adalah YA!, cuba lihat anu anda, sudah pasti ianya bersaiz amat kecil. Sebab itu anda secara tak sedar suka bawa laju.

Selepas ini, sila ambil perhatian. Janganlah nak tunjukkan kat orang bahawa anu anda saiznya kecil. Ertinya jangan nak bawa kereta laju-laju. Pandulah dengan berhemah dan tenang dan bukan seperti lagak pelumba kereta.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rahsia kenapa lelaki suka bawa kereta laju yang mungkin anda tak tahu

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. sebab apa suka pandu laju, sebab kekadang dia rasa (especially lelaki botak) dia rasa dia adalah dominic toretto versi Malaysia. Betul, tak percaya panggil dia toretto, mesti senyum sampai ke telinga!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !