Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 30, 2018

Manusia akan dapat makan kepak ayam goreng tanpa perlu ternak ayam

  Mohd Shubhi       Friday, March 30, 2018



Satu masa nanti, orang boleh makan kepak ayam tanpa perlu ternak ayam. Bukan saja kepak ayam, malah peha ayam atau anggota lain yang ada pada ayam juga orang boleh makan tanpa perlu ternak ayam.

Cuba baca apa yang Winston Churchill sebut satu masa dahulu pada tahun 1931,
"Fifty years hence, we shall escape the absurdity of growing a whole chicken in order to eat the breast or wing by growing these parts separately under a suitable medium."

Perkara tersebut sebenarnya dah berlaku. Teknologi membentuk anggota ayam dimakmal memang bukanlah satu perkara yang mustahil lagi. Manusia dah boleh bela atau membiak anggota haiwan di makmal.

Malah anggota tubuh badan manusia juga boleh dibiak di makmal. Memang saintis bertungkus lumus buta semua itu. Untuk tubuh badan manusia mungkin mereka buat secara diam-diam sebab ada banyak isu timbul jika didedahkan kepada umum. Isu etika dan isu agama nampaknya tak berapa nak sokong aktiviti membiak anggota manusia kat dalam makmal.

Burger dibuat dari daging makmal

Kalau anggota tubuh badan haiwan saintis boleh biak kat makmal, tentu mereka juga boleh biak tisu daging. Mungkin kerja membiak daging lebih mudah dari membiak anggota yang ada rupa bentuk.

Pada tahun 2013, burger yang diperbuat dari daging yang dibiak di makmal dipertunjukkan di London. Burger itu dibuat tanpa perlu sembelih lembu, lapah dan dapatkan dagingnya untuk membuatnya.

Hebat bukan!. Mereka namakan usaha itu sebagai 'cultured meat'. Tak pasti apa istilahnya dalam Bahasa Malaysia. Saya mudahkan istilah itu dengan panggil membiak daging sahaja. Mudah faham.

Anda boleh tengok berita pasal burger diperbuat dari daging yang dibiak di makmal kat pautan sini.

Walau bagaimanapun, daging yang mereka biak itu masih dimulakan dengan sedikit sel lembu dan juga bahan lain yang juga perlu diambil dari lembu. Ertinya masih tidak bebas 100% daripada terpaksa bermula dengan binatang peliharaan juga untuk membiak daging secara bebas kat makmal.

Selepas kejayaan projek buat daging kat makmal, saintis teruskan lagi usaha mereka dengan lebih baik. Mereka berjaya membiak daging kat makmal tanpa bergantung kepada penternakan lembu lagi. Cuma persoalan yang masih cuba diselesaikan adalah macam mana nak biak dalam kuantiti yang banyak dan pantas.

Makan isi ikan tanpa perlu tangkap ikan

Saintis juga dah berjaya buat isi ikan kat makmal. Macam daging juga kat atas tadi, mereka boleh membiak tisu isi ikan kat makmal, biarkan dia berkembang dan membesar dan seterusnya boleh dijadikan makanan.

Bezanya cuma isi ikan itu bukannya datang dari ikan kat laut, tapi datang dari makmal.

Macam-macam orang barat reka dan semuanya adalah amat pelik dan memang tak terlintas dalam kepala otak kita.

Tak lama lagi tentu mereka akan membiak hanya sayap ayam di dalam makmal secara besar-besaran dan kemudiannya membungkus dan seterusnya pasarkan sayap ayam yang segar dari makmal itu kat pasaraya.

Kalau anda biasa pergi Giant beli sayap ayam anda boleh lihat dan bayangkan macam mana satu hari nanti semua sayap ayam itu adalah buatan manusia dari makmal.

Cuma persoalan yang penting perlu ditanya kat sini apakah status makanan tersebut dari segi syarak. Adakah ianya halal atau haram. Adakah ia boleh dikategorikan sebagai daging, atau lembu atau ayam. Adakah ianya sejenis haiwan atau ianya bukanlah haiwan dan tak perlu dikategorikan sama dengan haiwa yang perlu disembeleh... tanyalah Ustaz soalan itu nanti.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Manusia akan dapat makan kepak ayam goreng tanpa perlu ternak ayam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !