Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, March 31, 2018

Koleksi gambar pikap 4x4 Toyota Hilux dari 50 tahun dulu sampai sekarang

  Mohd Shubhi       Saturday, March 31, 2018
Bulan March 2018 ini masuk tahun yang ke 50 Toyota Hilux berada di pasaran. Nampaknya umur Toyota Hilux lebih kurang sama dengan umur saya sendiri, baru sedar dah masuk 50 tahun.

Toyota Hilux dperkenalkan pada bulan March 1968. Ianya lanjutan dari dua jenama kenderaan pikap Toyota sebelum ini iaitu Toyota Briska dan Toyota Stout. Konsep kedua-dua jenama tersebut digabungkan oleh Toyota untuk menghasilkan Toyota Hilux pada bulan March 1968.

Masa itu, semua kerja pembinaan dan pembuatan Toyota Hilux dibuat oleh Hino Motors. Cuba lihat kedua-dua gambar Toyota Stout dan Toyota Briska kat bawah ni,

 Toyota Stout dikeluarkan pada tahun 1960
Toyota Briska dikeluarkan pada tahun 1967

Hasil dari gabungan idea dari kedua-dua model itu maka terbentuklah Toyota Hilux yang jadi lejen sampai sekarang ni. Anda boleh lihat rupa bentuk Toyota Hlux yang pertama dikeluarkan pada tahun 1968 kat bawah ini,


Toyota Hilux jenerasi pertama yang mula dikeluarkan pada tahun 1968. Kalau ada sesiapa yang masih simpan koleksi model ini sekarang, tentu boleh buat duit untuk dijual kepada mereka yang berminat simpan kenderaan lama yang lejen macam Toyota Hilux ini.

Toyota Hilux Generasi ke-2 (1972 - 1978)

Selepas itu, Toyota keluarkan dan perkenalkan pulak Toyota Hilux generasi ke-2 pada bulan May 1972. Model ini mula ditambah baik untuk pemanduan di atas lebuhraya dengan tawaran spesifikasi enjin 2 liter dengan kuasa 105hp. Lihat gambar model Toyota Hilux generasi ke-2 ni kat bawah,


Toyota Hilux Generasi ke-3 (1978 - 1983)

Pada tahun 1978, bulan september, bermula pulak jualan Toyota Hilux generasi ke-3. Model ini mula berikan perhatian kepada keselesaan pemanduan. Mereka dah mula reka kelengkapan dalam Toyota Hilux model ini lebih kurang nak sama dengan kereta sedan biasa. Lihat rupa bentuk Toyota Hilux generasi ke-3 kat bawah ni,


Toyota Hilux Generasi ke-4 (1983 - 1988)

Pada bulan November 1983, keluar pulak model baru Toyota Hilux generasi ke-4. Masa ini saya baru tingkatan 3. Rasanya memang tak berapa perasan sangat kewujudan model Toyota Hilux ni masa tu. Maklumlah, bagi orang kampung luar bandar macam saya ketika itu, hanya orang kaya saja yang mampu pakai kenderaan macam Toyota Hilux ni. Tengok rupabentuknya kat bawah ni,


Toyota Hilux Generasi ke-5 (1988 - 1997)

Ni tempoh saya dah habis sekolah dan mula masuk ke alam pengajian lebih tinggi. Pergi ke KL sambung belajar dan kemudiannya pergi negara Perancis buka mata terbeliak tengok orang Perancis yang comel-comel kat tepi laut musim panas di sana.

Model Toyota Hilux generasi ke-5 keluar pada bulan september 1988. Toyota Hilux masa itu perkenalkan tema Kuasa, Lasak dan Selesa kepada para pengguna pikap. Rekabentuk dalaman model Toyota Hilux generasi ke-5 ini nampak lebih ketara lagi mengkuti keadaan kereta sedan biasa. Lihat rupabentuknya kat bawah ni,


Toyota Hilux Generasi ke-6 (1997 - 2004)

Masuk saja bulan september tahun 1997, Toyota Hilux keluar lagi dengan tawaran yang lebih baik dari sebelumnya. Masa tahun ini juga Toyota Hilux keluarkan tema untuk dua jenis. Sat untuk kegunaan bisnes dan satu lagi untuk kegunaan peribadi.

Toyota Hilux dan banyak menjurus kepada kenderaan pelbagai guna untuk individu yang nak jadi kenderaan mereka sebagai kenderaan keluarga dan kenderaan cari makan. Cuba tengok rupa bentuknya kat bawah ni,


Toyota Hilux Generasi ke-7 (2004 - 2015)

Bermula tahun 2004 bulan Ogos, Toyota Hilux generasi ke-7 diperkenalkan pulak. Kali ini Toyota Hilux dijual ke seluruh dunia di 140 buah negara. Rekabentuknya nampak lebih selesa macam kereta sedan dan walaupun Toyota kata ianya lebih kelihatan hebat dan gagah, nampak jelas rekabentuk itu kelihatan lebih lembek berbanding model-model yang sebelumnya.

Mungkin orang generasi baru punya penglihatan yang lain saya tak dapat nak pastikan. Tapi bagi saya generasi yang sama umur dengan Toyota Hilux ni, nampak model kali ini dan kelihatan lembek sikit. Macam biasa, Toyota reka Hilux supaya lebih selesa pemanduannya.

Bukan itu saja, Toyota Hilux dipastikan mendapat servis selepas jualan yang terbaik dengan kesungguhan Toyota meluaskan segala kelengkapan dan kesediaan infranya di seluruh dunia secara lebih luas dan cekap. Model jenerasi ke-7 ni, Toyota Hilux dah tak dibuat di negarac Jepun lagi. Semuanya dibuat di luar seperti Thailand, Argentina, Afrika Selatan, Malaysia, Pakistan dan Venezuela. Lihat rupa bentuknya kat bawah,


Model yang saya pakai sekarang ni masuk dalam generasi ke-7 ni la nampaknya. Walaupun nampak tak segegah rupa Toyota Hilux dahulu, tapi bila dibawa dan digunakan, memang mantap dan lasak. Hilux saya tu dan berdereman kat kiri dan kanan dan dibiarkan saja macam tu supaya nampak lebih ganas... haha!.

Toyota Hilux Generasi ke-8 (2015 - sekarang)

Ini model Toyota Hilux untuk generasi terkini. Yang Toyota dok promot kepada pengguna baru dan lama peminat Toyota Hilux. Generasi ke-8 ini dilancarkan pada bulan May 2015. Memang banyak perubahan dan penambah baikan mereka dah buat walaupun masih tak maksima.

Dari segi keselamatan, Toyota Hilux punya banyak ruang lagi untuk baiki. Macam kondem orang ramai sebelum ini yang kata Toyota Hilux suka buang terkeluar dari kawalan jika anda kona ubah arah secara mengejut.

Tapi dari segi keselesaan memang mantap jika anda duduk kat kerusi depan dan kerusi pemandu. Tak berapa mantap sangat kalau anda duduk kat belakang sebab spring kuat dan keras akan membuatkan anda melantun sakit punggung kalau duduk kat belakang.

Dari segi bunyi, memang jauh lebih baik. Tak dengar bising bunyi enjin diesel kalau semua tingkap ditutup rapat. Bunyi angin masuk juga tak berapa kuat sangat walaupun anda pandu laju kat atas lebuh raya.

Letih tetap letih kalau bawa 3 atau 4 jam dari KL ke Pulau Pinang atas lebih raya. Manalah boleh nak lawan keselesaan kereta sedan... Lihat gambar model generasi ke-8 kat bawah,


Kalau anda ada cerita dan pengalaman dengan Toyota Hilux jenerasi lama bolehlah cuba kongsikan sikit cerita dan pengalaman anda kat bawah ini. Kalau panjang ceritanya, boleh saya siarkan nanti sebagai satu artikel kat blog ni.. terima kasih..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Koleksi gambar pikap 4x4 Toyota Hilux dari 50 tahun dulu sampai sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !