Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, April 3, 2018

MBSA bagi rebat RM300 cukai taksiran jika rumah anda hijau mesra alam

  Mohd Shubhi       Tuesday, April 3, 2018



Ini berita yang teramat baik untuk penduduk Shah Alam, Selangor!

Jika anda jadikan rumah penginapan yang diduduki sekarang sebagai rumah mesra alam, pihak Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA) akan berikan rebat sebanyak RM300 untuk cukai taksiran premis penginapan anda itu!.

Memang hebat dan mesra alam sungguh pihak MBSA dan Kerajaan Negeri Selangor umumnya! Nekad untuk tukarkan persekitaran Shah Alam sebagai sebuah penempatan Hijau atau Green City.

Bagaimana nak jadikan rumah mesra alam

Bukan sikit jumlah RM300 tu, dalam keadaan kuasa berbelanja yang semakin susut sekarang, dapat rebat RM300 dari MBSA amat bermakna.

Bagi anda yang ada rumah kat kawasan jajahan Shah Alam, segeralah jadikan rumah anda sekarang sebagai rumah yang dikategorikan sebagai rumah mesra alam.

Caranya mudah sahaja.

Anda perlu memenuhi sekurang-kurangnya 3 amalan yang mesra alam yang diiktiraf oleh MBSA. Contoh paling mudah untuk anda amalkan adalah seperti 3 perkara berikut;
  • Pasang solar panel kat rumah
  • Memandu kenderaan elektrik atau Hybrid yang mesra alam
  • Tanam sekurang-kurangnya 5 batang pokok buahan dan sayuran kat rumah
Kalau anda dah memang ada kesemua 3 perkara kat atas itu, ambil gambar untuk dijadikan sebagai bukti anda dah amalkan konsep mesra alam.

Macam mana nak turut serta

Semua warga Shah Alam boleh turut serta program galakan mesra alam ini. Caranya mudah sahaja. Tawaran awal terbuka kepada 100 pemohon pertama.

Pihak MBSA nak buat cubaan terlebih dahulu untuk melihat sambutan dari orang ramai. Jika ramai yang sambut nya memang bagus. Ini akan dapat membantu MBSA capai status bandar mesra alam pada tahun 2030 nanti.

Macam yang saya kata kat atas tadi, amalkan 3 perkara dari beberapa aktiviti yang diiktiraf oleh MBSA, ambil gambar dan buat permohonan. Borang akan dibuka dari 1 April sampai 21 Julai 2018.

Untuk dapatkan borang, anda perlu pergi ke www.mbsa.gov.my.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, MBSA bagi rebat RM300 cukai taksiran jika rumah anda hijau mesra alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !