Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, April 4, 2018

Perlukah anda rasa takut dengan akta berita palsu yang dah diluluskan parlimen

  Mohd Shubhi       Wednesday, April 4, 2018



Riuh rendah orang cakap pasal akta berita palsu yang dah diluluskan oleh parlimen baru-baru ini. Bukan setakat dalam negara kita saja cakap pasal akta berita palsu ini, malah orang luar negara seperti Amerika dan lain-lain turut sama komen apa yang sedang berlaku kat negara Malaysia.

Saya memang tak ambil peduli pasal akta berita palsu ini. Atau lebih tepat lagi rasa akta anti berita palsu. Akta ini bertujuan untuk mengekang penyebaran berita palsu dari bermaharaja lela menyentuh rakyat Malaysia.

Tak ambil peduli sangat sebab bunyinya memang bagus. Apa salahnya usaha untuk pastikan berita palsu tidak tersebar sewenang-wenangnya. Memang selama ini, sejak media sosial dari internet dah jadi lumrah, terlalu banyak berita palsu yang orang ramai edarkan.

Kadang kala, tak payah semakpun tahu, berdasarkan akal sehat, atau common sense, memang mudah sangat kenal pasti yang itu memang berita tak betul dan amat palsu. Tapi masih ada orang Malaysia yang bengap tahap gaban edarkan dengan rasa bangga dan puas kononnya buat smbangan untuk masyarakat. Punyalah bebal!

Jadi, logik mudahnya, akta berita palsu ni bagus dan perlu disokong!

Apa sebenarnya akta berita palsu

Dari pencarian dan pembacaan, saya boleh fahami bahawa akta berita palsu ini sebagai yang berikut di bawah;
"Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyediakan bantuan kewangan untuk memudahkan penyebaran berita palsu itu atau bersubahat dengan kesalahan itu"

Apa pula makna berita palsu. Ia ditakrifkan sebagai;
"Sebarang berita, maklumat, data dan laporan yang sebahagian atau sepenuhnya palsu, sama ada disiarkan dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau apa-apa bentuk lain"

Kalau anda didapati bersalah, denda maksimum sebanyak RM500 ribu boleh dikenakan. Dan anda juga boleh masuk penjara maksimum selama 6 tahun.

Mulanya kerajaan bentangkan penjara maksimum selama 10 tahun, tapi Perdana Menteri Malaysia yang suka dengar nasihat orang (kata Datuk Seri Azalina Othman Said) bermurah hati bersetuju untuk kurangkan kepada hanya 6 tahun sahaja.

Satu lagi perkara penting yang anda perlu tahu adalah, samada berita palsu ini muncul dari dalam negara atau luar negara sama sahaja dan anda yang jadi punca layak didakwa. Asalkan berita yang palsu itu menyentuh negara Malaysia dan Rakyat Malaysia.

Jadi, jika WSJ atau BBC keluarkan berita kononnya Perdana Menteri Malaysia terlibat dengan dongeng 1MDB, maka terang-terang ianya adalah satu berita palsu sebab semua rakyat Malaysia terutamanya ahli UMNO yang masih setia, tahu bahawa Najib seorang yang suci bersih dan tidak terlibat dengan masalah 1MDB. Buktinya adalah bibir Najib sangat merah melambangkan kesucian hatinya yang bersih dari noda dan dosa.

Kat mana tak kena dengan akta berita palsu

Ramai juga yang komen tak setuju dengan cara akta berita paslu ini dikendalikan. Itulah yang saya faham dari pengamatan secara rambang. Bukannya mereka tak setuju untuk adakan undang-undang mengekang berita palsu, tapi lebih kepada cara ianya dikendalikan.

Paling ketara adalah betapa ekspress lajunya RUU ini diproses sampai dibentangkan dan kemudiannya diluluskan. Memang hebat dan amat pantas. Tak ada yang baik pada perkara yang dlakukan secara tergesa-gesa.

Bersenyawa dengan pasanganpun tak enak kalau dibuat secara tergesa-gesa. Makan juga boleh tersedak dan tak sedap kalau disumbat dan telan secara tergesa-gesa. Malah sikap buat keputusan tergesa-gesa biasanya lebih banyak menimbulkan buruk dari baik.

Itulah yang adik Najib sendiri komen dalam instagramnya. Baca apa dia kata;
“Ini tentang hak asasi kebebasan bersuara bagi setiap individu, dan memupuk perasaan takut dengan hukuman drakonian berdasarkan istilah yang tidak jelas hanya akan merencatkan masyarakat kita.”

Dia tak setuju benda penting sebegini nak diluluskan secara tergopoh gapah. Elok dibahaskan dan diperluaskan perbincangan terlebih dahulu.

Sata juga rasa macam tu. Macam ada udang di sebalik batu. Dan rasanya memang sah ada udangpun. Kalau tak, kenapa nak kelam kabut sangat.

Usaha kekal berkuasa penting

Tapi hakikatnya macam itulah. Dah terlau banyak sangat contoh berlaku kerajaan yang berkuasa menggunakan kuasa yang mereka ada untuk kuat kuasakan undang-undang yang memihak kepada keupayaan untuk mengekalkan kekuasaan mereka dan menghalang kemaraan lawan yang ada.

Bukan saja berlaku di negara kita, berlku diseluruh dunia.

Kalau Pakatan Harapan naik pun tidak ada sebarang jaminan untuk mereka tidak melakukan perkara yang sama.

Seperti biasa amalan manusia yang tidak mengabdikan dirinya 100% kepada Tuhan yang Esa, dia akan pentingkan dirinya sendiri terlebih dahulu tanpa mengira samada ianya adil atau tidak. Tak kira samada itu yang Tuhan suruh atau tidak. Semuanya dilanggar demi untuk memberikan keuntungan kepada dirinya sendiri.

Keuntungan dunia jika bertentangan dari apa yang Tuhan suruh memang selalu diperolehi oleh manusia. Malah bukan sedikit manusia yang menikmati keuntungan sedemikian. Tapi bagi mereka yang percaya adanya akhirat, dia akan fikir dua kali. Hanya manusia berjaya sahaja yang akan selamat dunia dan akhirat.

Paling menarik adalah jaminan oleh PAS, baca apa kata pakar politik, pakar strategi dan ulamak besar PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali;
"PAS yakin akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14. PAS memberi jaminan akta ini akan dilaksanakan secara telus dan adil. Apa-apa akta yang baik akan menjadi (lebih) baik apabila ia diuruskan pemerintah yang baik,"
PAS beri jaminan yang akta ini akan dilaksanakan dengan adil sebab dia jamin dan yakin PS akan menang PRU-14 nanti.

Dengan kenyataan itu, maka semakin tidak sabarlha saya untuk melihat kesudahan keputusan PRU-14 nanti dan melihat setakat mana keyakinan para Ulama PAS boleh dijadikan sebagai pedoman umat Islam di Malaysia ini...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perlukah anda rasa takut dengan akta berita palsu yang dah diluluskan parlimen

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !