Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 5, 2018

Apa jenis kenderaan pikap 4x4 paling sesuai untuk pemandu wanita di Malaysia

  Mohd Shubhi       Thursday, April 5, 2018



Setakat ini, memang belum ada lagi kenderaan pikap 4x4 yang direka khas untuk kaum wanita. Samada pemandu atau pembeli lelaki atau wanita, pikap 4x4 yang ada dalam pasaran semuanya sama saja.

Dalam komen-komen berkaitan kenderaan pikap 4x4 yang lalu, memang agak mengejutkan juga bila ada kaum hawa yang berikan komen. Mereka juga menjadi antara peminat kenderaan 4x4 dan kongsikan pengalaman membeli dan memandu pikap 4x4.

Kenderaan pikap 4x4 yang menjadi pilihan kaum wanita kat negara kita biasanya  adalah Ford Ranger. Memang dah boleh jangka kenapa kaum wanita lebih tertarik dengan Ford Ranger. Rekabentuknya nampak lebih menarik dan selesa dan pemanduannya juga adalah lebih selesa dan selamat.

Jumlah pembeli pikap 4x4 wanita ramai

Baru-baru ini ada terbaca update dari portal automotif terkenal negara pasal kenderaan konsep dari Volkswagen. Mereka perkenalkan rekabentuk konsep pikap 4x4 mereka yang dipanggil sebagai Volkswagen Atlas Tanoak.

Rupa bentuk pikap 4x4 Volkswagen Atlas Tanoak tu kelihatan agak menarik juga. Rekabentuk dalamannya pun mengancam. Volkswagen Atlas Tanoak dipengkapi dengan enjin 3.6 litre V6 FSI, transmisi 6 kelajuan.

Tapi Atlas Tanoak hanya sekadar kenderaan konsep saja. Mereka masih belum ada cadangan untuk membina dan memasarkannya kepada peminat kenderaan berjenama Volkswagen.


Ramai wanita beli pikap 4x4

 Tapi apa yang menarik dalam artikel itu adalah data jumlah kaum hawa yang direkodkan membeli kenderaan pikap 4x4 adalah agak tinggi. Dari keseluruhan pembeli pikap 4x4 pada tahun 2017, pembeli wanita adalah sebanyak 18%.

Itu satu jumlah yang agak tinggi. Tak terfikir pulak ada pasaran untuk kaum wanita kenderaan pikap 4x4 ni. Antara kenderaan pikap 4x4 yang dikatakan menyasarkan kaum wanita sebagai pembeli adalah Honda Ridgeline.



Mungkin Volkswagen boleh pertimbangkan rekabentuk pikap 4x4 khas untuk pasaran kaum wanita kalau mereka ada hasrat nak masuk ke segmen pikap 4x4 seperti lain-lain jenama yang dah terkenal.

Cuba buka mata dan tengok kat atas jalanraya negara kita. Bila jumpa pikap 4x4 perhatikan samada pemandunya lelaki atau wanita. Saya dah banyak kali berjumpa pemandu pikap 4x4 dari kalangan wanita.

Mereka selamba saja bawa, laju pulak tu.

Isteri saya juga bawa 4x4. Senang nak hantar anak ke sekolah dan mudah nak redah parkir dalam keadaan yang mencabar. Orang lelaki tengok wanita bawa 4x4 juga lebih berhati-hati dan tak cuba buli. Nanti wanita pemandu tu melatah, habis kereta orang lain. Itulah kata isteri saya... betul juga.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa jenis kenderaan pikap 4x4 paling sesuai untuk pemandu wanita di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !