Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 21, 2018

PRU 14 - Apa pendapat anda tentang pendapat sebegini dari seorang Tokoh Awam?

  Mohd Shubhi       Saturday, April 21, 2018



Aku terbaca posting seorang Tokoh Awam negara kita yang berikan pendapatnya tentang PRU 14 yang bakal datang tak lama lagi.

Bila dah habis baca, rasa tak berapa nak setuju. Pertanyaan pertama yang keluar dalam benak kepala aku adalah, kenapa nak play safe?

Pertandingan belum bermula dan belum selesai. Keputusan belum ada. Semua pesaing sedang berusaha keras menyediakan diri untuk menang. Itulah matlamat dalam mana-mana pertandingan. Bergantung pada takrifan 'menang' itu sendiri yang mungkin berbeza-beza. Matlamat untuk mencapai kemenangan berdasarkan takrifan masing-masing perlu ada.

Tapi berbeza pula dengan Tokoh Awam itu, dia buat kenyataan yang amat selamat. Kenyataan yang nampaknya memberi mesej bahawa semua pilihan adalah ok. Pilih siapa sajapun ok. Kalau orang atas pagar yang masih tiada ketetapan lagi untuk membuat pilihan, kenyataan play safe sebegitu memadamkan usaha memerah akal untuk mencari pedoman membuat pilihan.

Entah lah! Baca dulu dan berikan komen anda tentang nasihat di bawah ini...

All is well...

Jika BN menang sedikit dan PAS jadi 'King maker' , lalu terbentuklah kerajaan campuran, maka PAS akan jadi penasihat. Ini bagus, rakyat boleh menilai bagaimana respons BN terhadap nasihat-nasihat Islamik daripada PAS bagi memberi kebaikan dan kebajikan yang lebih baik untuk rakyat. Kita boleh melihat bagaimana sinergi ulama PAS dan ulama UMNO untuk melahirkan umara yang lebih taqwa. 'King maker' mudah-mudahan akan berjaya mengurangkan imej 'Cash is King'.

Jika PAS menang semua kerusi, dan menjadi parti yang paling dominan, maka kita berpeluang melihat bagaimana prinsip dan dasar-dasar Islam dalam kerajaan pimpinan PAS diaplikasikan dalam seluruh sistem bernegara dan diterjemahkan secara syumul dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Dan tentu sahaja semua janji dalam manifestonya akan ditunaikan. Tentu ini sangat baik dan menarik bila umara dan ulama ada pada individu yang sama.

Jika PAKATAN HARAPAN menang, baik juga. Tentu mereka akan membentuk kerajaan yang lebih
adil dan mesra rakyat dengan menunaikan segala janji dalam manifestonya. Tentulah mereka lebih berhati-hati dan sudah belajar daripada kesalahan kerajaan yang sebelumnya bagi membina sebuah negara yang lebih berintegriti, adil dan mesra rakyat. Ulama dalam parti AMANAH dan individu yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dalam PKR akan menjadi penasihat supaya nilai-nilai Islam terus dipertahankan dan kedudukan Islam dalam perlembagaan akan terus dipelihara. Rakyat akan melihat bagaimana PAKATAN HARAPAN memenuhi harapan mereka.

Jika BN terus menang besar, kita perlu terima dan berlapang dada kerana itulah hakikatnya sistem demokrasi, kita perlu akur kepada suara majoriti. Selagi ini 'permainannya' maka kita perlu setuju dengan peraturan permainan dan keputusannya. Kita berharap kerajaan BN nanti akan mesra rakyat, belajar daripada kesalahan lalu dan membangunkan sistem pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berintegriti dan kompeten. Majoriti rakyat telah memilih, maka kita perlu menerimanya. Jika 'pisang berbuah dua kali' maka kesabaran perlu untuk menghadapinya. Tentu ada hikmahnya, Allah takdirnya semua itu berlaku.

Jika terbentuk pula kerajaan campuran yang lain dari yang lain (kerana politik ialah bidang yang serba mungkin - kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, boleh terjadi 'sekelip mata') maka apakah kita ada pilihan untuk tidak menerimanya? Maka terimalah juga dengan berpegang kepada prinsip 'yang menang tidak dapat semua, yang kalah tidak hilang semua.'

Apapun marilah kita jaga persaudaraan sesama Islam, menghormati dan menghargai yang bukan Islam, mencintai negara sepenuh hati kerana sabda Rasulullah SAW: ”Sayangilah yang ada di bumi, niscaya Yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR. At Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir, Shahihul Jaami’ no. 896)

Mari kita berdoa agar Malaysia diselamatkan daripada sebarang malapetaka dan terus aman. Berhati-hati ketika mengundi. Istikharah dengan Allah, bermesyuarat dengan manusia. Kita tidak akan kecewa. InsyaAllah. Amin.

(Sekadar pandangan seorang marhein yang tidak celik politik.)

The End

Komen aku pada posting itu secara spontan adalah begini...

Wow ! Semuanya ok! Tak yah mengundi kalau cam tu... lambung duit siling saja !

Dan dia terus menjawab dengan pantas sebegini...

Mengundi lah. Pilihlah. Tetapi sekiranya keputusan tidak seperti yang kita harapkan...itulah nasihat saya agar kita tidak terus sengketa dan nestapa.

Apa pendapat anda ?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PRU 14 - Apa pendapat anda tentang pendapat sebegini dari seorang Tokoh Awam?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Turrr.... lah jenis paling x boleh pakai..

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !