Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 13, 2018

PRU 14 Parlimen Permatang Pauh P44 - Paling kurang pertandingan 3 penjuru

  Mohd Shubhi       Friday, April 13, 2018



Untuk PRU 14 kali ini, aku rasa nak berikan tumpuan hanya pada kerusi Parlimen di Permatang pauh saja. Sebab utamanya sudah tentu atas faktor aku akan mengundi kat P44. Kat situlah tanah tumpah darah aku dari dulu sampai sekarang.

SPR kata orang yang duduk luar kawasan elok tukar saja tempat mengundi mereka. Tukar ke tempat mereka tinggal atau mastautin supaya mudah nak mengundi. Itu antara modal SPR gunakan untuk halalkan keputusan mereka buat hari mengundi di PRU 14 nanti pada hari Rabu.

Bagi mereka yang tak tukar tempat mengundi tu, salah mereka sendiri apabila timbul kesukaran untuk ambil cuti dan balik kampung pada hari mengundi yang jatuh pada tengah-tengah kesibukan masa berkerja.

Mudah sungguh SPR buli rakyat Malaysia. Semua rakyat kena susah payah korbankan masa dan harta untuk ikut mereka. Mereka tak perlu pertimbangkan dan cuba fahami masalah umum selain dari menjaga kepentingan orang yang mereka anggap sebagai tokong untuk ditaati sepenuh hati.

Tak apa... nanti kat hari pengadilan, hangpa panggil lah tokong tu bela semua perbuatan hangpa kat muka bumi ni.

Tak mahu tukar tempat mengundi

Memang aku tak ada niat nak tukar tempat mengundi. Kalau aku tinggal kat Selangor pun, aku tetap akan balik ke kampung asal aku juga. Semua adik beradik aku ada kat sana. Rumah pusaka dan tanah pusaka semuanya masih ada kat situ. Kubur semua tok dan nenek aku juga kat situ.

Jadi aku nak tengok P44 maju dan jadi sebuah penempatan yang kondusif untuk melahirkan masyarakat yang baik dan maju serta bertanggung jawab. Oleh sebab itu aku tak akan tukar tempat mengundi. Harap SPR faham dan lepas ini jangan nak berbodoh kan rakyat lagi.

Siapa akan bertanding di P44 kali ini

Sekarang, orang yang pegang kerusi Parlimen P44 ialah Dr Wan Azizah.

Pada PRU 13 yang lalu, suaminya yang bertanding kat situ pada tahun 2013. Masa itu Anwar mendapat persaingan hebat dari Dr Mazlan dengan majoriti undi 11,721.

Selepas itu, macam biasa Anwar Ibrahim yang memang diselubungi dengan seribu satu macam masalah dari dulu sampai sekarang, lucut kelayakan sebagai ahli parlimen, diganti pulak oleh isterinya Wan Azizah.

Isterinya menang pulak pada pilihanraya kecil pada Mei 2015 dengan majoriti 8,841. Wan Azizah kalahkan calon BN Shuhaimi Shabudin.

Siapa agaknya yang akan bertanding kat Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU 14 kali ini?

Itu satu soalan penting yang aku kena tahu. Sebab aku nak pilih nanti pada hari Rabu 9 Mei 2018. Aku akan pangkah parti yang aku rasa perlu menang dan calon yang aku rasa layak untuk menang.

Ada 3 kerusi dewan undangan negeri kat Parlimen Permatang pauh tu;

  • Seberang Jaya - penyandang sekarang ialah Dr Afif Bahardin dari PKR ( Majoriti 2,459 - 9.3%)
  • Penanti - penyandang ialah Norlela Ariffin dari PKR (Majoriti 2,184 - 7.8%)
  • Permatang Pasir - penyandang ialah Mohd Salleh Man dari PAS ( Majoriti 6,826 - 34%)
Dari jumlah peratusan yang aku bagi kat atas tu untuk setiap calon, memang nampak ketara yang PAS sangat kuat kat DUN Permatang Pasir. Salleh Man belasah menang sehingga 34% berbanding jumlah pengundi, sedangkan PKR tak lebih dari 10% untuk dua lagi kerusi DUN

Untuk kerusi Parlimen P44 aku yakin PKR akan diwakili oleh Dr Wan Azizah sekali lagi. Walaupun ada ura-ura nak letak adik Nurrul Izzah sebagai calon kat situ. Tapi rasanya tak berapa cerdik sangat jika mereka letak Nurul Nuha kat situ sebab tak ada orang kenal budak tu.

Dan untuk calon BN, aku dengar mereka akan letak Cikgu Zaidi. Dia ketua UMNO Permatang Pauh setelah tewaskan Abdul Jalil dan Ahmad Saad.

Tentu Cikgu Zaidi yang akan bertanding sebab dia dah banyak taburkan duit buat kerja siang dan malam lama dah. Aku tengok Ustaz Sobri Arsyad pun giat bersekongkol bantu Cikgu Zaidi berkempen. Tentu dah banyak juga duit Cikgu Zaidi masuk ke tabung Ustaz Sobri Arsyad.

Kali ini sudah pasti akan ada pertandingan 3 penjuru. Seorang lagi calon P44 yang akan masuk adalah dari Parti PAS. Mereka dah umum sebelum ini akan lawan kat Parlimen Permatang Pauh Mereka rasa boleh memang kat situ untuk membuat pembangunan yang lebih rancak kepada penduduk Permatang Pauh.

Dengar kata calon dari PAS untuk kerusi P44 ialah Ustaz Fawwaz Mat Jan. Aku memang tak kenal Ustaz ni. Tapi tak apa sebab memang aku nekad tak akan pangkah siapa saja calon dari kalangan parti PAS... kalau orang lain nak pilih, itu hak masing-masing la...

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PRU 14 Parlimen Permatang Pauh P44 - Paling kurang pertandingan 3 penjuru

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Setuju dgn ayat tuan
    Tapi tak apa sebab memang aku nekad tak akan pangkah siapa saja calon dari kalangan parti PAS... kalau orang lain nak pilih, itu hak masing-masing la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! jangan ada yang nak bagi fatwa wajib undi PAS dah la!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !