Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 25, 2018

Buang minyak masak terpakai anda di 6 lokasi berikut di Shah Alam

  Mohd Shubhi       Friday, May 25, 2018



Khas untuk peniaga di bazar ramadan dalam bulan puasa ini. Kat mana anda semua buang minyak masak terpakai selepas siap masak kesemua makanan tu?

Kalau simpan dalam bekas kat rumah. Kemudian niat nak pakai semula esok. Tentu anda tak buat macam tu sebab akan rendahlah kesegaran dan kualiti masakan atau makanan yang anda jual. Nanti orang beli sekali, terus tak datang lagi.

Kalau anda sekadar tuang masuk dalam longkang, memang anda jenis tak berapa amalkan apa yang Islam anjurkan. Jangan buat kerosakan kepada alam sekitar ok!

Anda boleh hantar ke pusat pengumpulan minyak masak terpakai yang disediakan oleh MBSA khas untuk para peniaga bazar ramadan sempena bulan ramadan ini. Ada 6 lokasi yang anda boleh pergi cari untuk lupuskan minyak masak terpakai anda tu.
  1. Seksyen 6
  2. Seksyen 11
  3. Seksyen 17
  4. Seksyen 25
  5. Seksyen U8 dan
  6. U13
Pergi hantar ke sana minyak masak terpakai tu bukan free ya! Anda akan dibayar sebanyak RM1 untuk setiap satu kilo minyak tersebut. Bukan buang percuma saja. Daripada tuang masuk longkang berkilo-kilo dan rosakkan alam sekitar, elok pi jual kat MBSA.

Selain dari itu, pihak MBSA juga boleh pergi hantar tong kosong ke premis perniagaan anda. Samada kantin, restoran, kilang, hotel atau seumpamanya. Anda boleh gunakan tong kosong bersaiz 60 liter, 200 liter atau 1,000 liter itu untuk kumpulkan mnyak masak terpakai.

Bila dah penuh nanti, pihak MBSA akan datang kutip semua minyak masak terpakai tersebut.

Sumber maklumat dari sini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Buang minyak masak terpakai anda di 6 lokasi berikut di Shah Alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !