Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 17, 2018

PH ganti BN nampaknya dah bawa perubahan pada rakyat jelata segera

  Mohd Shubhi       Thursday, May 17, 2018



Nampaknya dah ada perubahan ketara dari segi material pada rakyat jelata setelah Pakatan Harapan gantikan Barisan Nasional selepas PRU 14 lalu. (sumber gambar)

Walaupun baru saja berkuasa ternyata Pakatan Harapan betul-betul buat kerja untuk tunaikan apa yang mereka janjikan. Tak sampai 100 hari, PH terus istihar sifar GST berkuat kuasa permulaan bulan Jun.

Syabas PH!

Tun Mahathir memang sangat hebat buat kerja yang dia mahir. Dan kemahiran Tun Mahathir sudah tentu adalah menjadi Perdana Menteri. Orang yang sebijak Tun Mahathir sudah tentu akan kuasai apa saja kemahiran jika diamalkan dalam tempoh 22 tahun... betul tak?.

Perubahan pada diri anda di bawah PH

Dalam artikel yang sebelum ini. Saya ada sebut apa perubahan yang berlaku pada diri saya selepas PH gantikan BN sebagai kerajaan.

Dalam artikel itu saya cuba lihat perbezaan dalam dua perkara;

  • Emosi
  • Material dan fizikal
Perbezaan paling ketara adalah dari segi emosi. Sebaik saja BN diistiharkan kalah, terus terasa berlaku perubahan dalam emosi. Rasa lega dan raa ringan seluruh badan menyambut kekalahan BN.

Lega sebab BN yang selama ini dianggap tak mampu ditumbangkan akhirnya tumbang juga. Jadi memang ada perubahan drastik dari segi emosi berlaku dengan berubahnya kerajaan dari BN kepada PH.

Cuma saya sebutkan masih tak ada apa-apa perubahan dari segi Fizikal dan Material. Kekayaan atau lebih tepat kesusahan sama macam tu juga. Kerja terpaksa dilakukan bertungkus lumus juga. Kebanyakan warga marhaen tetap macam itu juga.

Tapi nampaknya ada pembaca yang terus melompat kutuk artikel tersebut. Mungkin dia tak baca habis dari mula dan anggap artikel itu bermotifkan busuk perut pada kerajaan PH.

Ada yang kata kena tunggu 100 hari dulu, baru adil.

Ertinya dia akui apa yang saya kata tak ada perubahan tu adalah betul. Jadi tak ada isu lah. Sayapun tak ada kata tiadanya perubahan dari segi fizikal dan material secara pantas itu buruk.

GST pada kadar sifar bermula 1hb Jun 2018

Semalam juga diumumkan bahawa GST akan diturunkan pada kadar sifat berkuat kuasa 1hb Jun 2018.

Pengumuman itu sekali gus akan memberikan kesan dari segi material yang saya sebut dalam artikel yang lalu masih belum ada.

Dengan tindakan itu, bermula pada bulan Jun 2018, rakyat Malaysia akan meningkat kuasa membelinya sekurang-kurangnya sebanyak 6%. Ertinya ada perubahan dah dari segi material.

Juga ada perubahan dari segi fizikal.

Rakyat Malaysia tak perlu kerja lebih kuat untuk punya kuasa lebih dalam pembelian. Teruskan kerja macam biasa dan tak perlu nak susah payah cari kerja ke-2 sebagai mana yang menteri dulu suruh.

Untuk saya sendiri, GST sifar membuatkan perbelanjaan saya akan berkurangan lebih dari RM300 sebulan. Kos sara diri sendiri keluarga dan anak isteri berkurangan terus bermula bulan Jun 2018. Alhamdulillah.

Kalau duit RM300 tu disimpan, setahun akan ada simpanan sebanyak RM3,600. Kalau konsisten dibiarkan sampai 5 tahun akan ada RM18 ribu. Itu tak termasuk keuntungan dari simpanan lagi. Banyaklah juga simpanan itu boleh dijadikan reserve kecemasan.

Rumusan PH ganti BN

Tak payah nak panjangkan lagi tulisan ini. Ternyata dengan jatuhnya BN dan PH berkuasa memerintah jadi kerajaan Malaysia, dah ada perubahan ketara pada anda.

Baik dari segi emosi mahupun dari segi fizikal dan material.

Ringkasnya...

Pakatan Harapan memang hebat dan amat layak untuk diberikan kepercayaan terutamanya kepada Tun Mahathir.

Idea DS Anwar Ibrahim untuk selesaikan urusan bersama keluarga, rehatkan diri dan tunaikan komitmen antarabangsanya itu amat bagus sekali. Dia tak mahu terus masuk dalam pentadbiran dan politik segera.

Biarlah Tun Mahathir buat kerja selesaikan perkara pokok terlebih dahulu yang nampaknya sangat lancar sekarang.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, PH ganti BN nampaknya dah bawa perubahan pada rakyat jelata segera

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Yup betul. Ak sokong PH. Dieorg dh tunaikan janji 0Gst
    Msalahnye ak perasan rmai peniaga atau pasaraya x trunkan hrga malah ade brg jauh lagi mahal sebelum ini.harap gov ambil tndakan la nnti. (︺︹︺)

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !