Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, May 19, 2018

Apa berlaku pada usus bila anda berpuasa sepanjang ramadan

  Mohd Shubhi       Saturday, May 19, 2018


Anda yang sedang membaca artikel ini tentu sedang berpuasa. Puasa sepanjang bulan ramadan membuatkan umat Islam tak boleh makan dari terbitnya fajr sehingga tenggelamnya matahari menandakan masuk waktu magrib.

Semalam mungkin anda ke surau atau masjid. Tentu dengar tazkirah samada sebelum, selepas atau separuh solat tarawih. Surau saya kat taman buat tazkirah di tengah solat tarawih. Bukan masa tengah solat, tapi selepas selesai 4 rakaat pertama.

Masa solat zohor atau asar juga ada banyak surau dan masjid yang buat tazkirah.

Jadi, bab kelebihan puasa secara spritual dah tentu anda semua dah hafal satu persatu. Malah ramai yang hafal kelebihan 10 hari pertama, 10 kedua dan 10 ketiga.

Lebih hebat lagi mereka yang hafal setiap kelebihan dari hari pertama kedua sehingga ke akhir ramadan.

Jadi tak payah la saya nak tambah atau ulang apa yang semua para ustaz dah kongsikan. Kita tengok benda lain pulak yang terhasil dari aktiviti berpuasa yang anda amalkan tu.

Apa berlaku pada usus bila berpuasa

Kajian yang dijalankan mendapati tikus yang dipaksa berpuasa selama 24 jam meningkat daya penjanaan sel-sel induk baru pada usus.

Peningkatan yang berlaku kepada penjanaan semula sel induk itu berlaku dalam kadar 2 kali ganda.

Dalam bahasa kampungnya, kita boleh katakan dengan berpuasa, usus tikus menjadi lebih cekap daripada biasa untuk melakukan kerja.

Apa kerja usus?

Secara mudahnya, usus berperanan menyerap segala zat-zat atau nutrien yang ada dalam makanan yang yang kita makan. Usus juga kerjanya untuk serap air yang kita minum.

Nak tahu lebih lanjut tentang usus baca kat sini.


Bayangkan kalau usus kondem dan bermasalah!, makanan dan air yang kita masukkan ke dalam perut akan jadi tidak berapa berguna sangat untuk keperluan tubuh badan.

Jadi, usus amat penting. Sama penting dengan penjagaan kesihatan lain seperti jantung umpamanya.

Kebanyakan orang lebih peka pada penjagaan jantung tapi tak berapa nak sedar betapa pentingnya usus sentiasa tip-top untuk tenaga, dan segala keperluan lain tubuh badan.

Kajian kat atas tu dibuat kepada tikus. Adakah ia juga sama untuk manusia?

Biasanya kesannya adalah sama sebab usus tikus dengan manusia tu agak sama sahaja.

Baca laporan kajian kat sini.

Penjanaan sel usus secara normal

Biasanya, sel induk pada usus akan dijana semula dengan kadar kekerapan 4 atau 5 hari sekali.

Semakin tua, proses penjanaan sel induk baru pada usus menjadi semakin tidak cekap.

Tapi dengan berpuasa, proses itu akan meningkat 2 kali ganda. Tak kira samada pada orang tua atau pada orang muda. Jadi, berpuasalah sepanjang bulan ramadan.

Dan jangan lupa untuk sambung dengan puasa sunat lain sepanjang tahun.

Selamat berpuasa !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa berlaku pada usus bila anda berpuasa sepanjang ramadan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !