Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, June 30, 2018

Hoi Kulasegaran ! Bahasa Rasmi Kerajaan Malaysia adalah Bahasa Melayu

  Mohd Shubhi       Saturday, June 30, 2018



Seorang lagi Menteri DAP buat hal selepas Lim Guan Eng keluarkan kenyataan rasmi kementeriannya dalam Bahasa Mandarin.

Kali ini M Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia, pulak buat hal. Juga dari DAP. Mungkin dia ingat kalau Lim Guan Eng boleh taruh Mandarin, apa salahnya dia belasah Tamil pulak.

Sekali lagi saya nak cakap pada Lim Guan Eng dan Kulasegaran. Kalau Tuan Menteri berdua nak cakap bahasa apapun memang tak ada halangan. Memang itu dibolehkan dalam perlembagaan. Boleh belajar, boleh mengajar, boleh bersembang, menulis, dalam apa saja Bahasa lain selain Bahasa Melayu.

Tetapi bila ianya melibatkan urusan kerajaan, urusan kementerian, urusan rasmi, yang mewakili kerajaan Malaysia, berurusan pulak dengan rakyat Malaysia, mohon Pak Menteri semua akur kepada Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

Pak Menteri semua, samada yang Cina atau yang India, perlu akur bahasa sebarang urusan rasmi kerajaan, Bahasa Melayu mestilah digunakan. Tak kan itupun tak faham?

Kulasegaran jawab soalan Tamil wartawan

Bagi yang pertahankan Kulasegaran, yang berkata dia jawab menggunakan Bahasa Tamil sebab wartawan bertanya soalan kepadanya dalam Bahasa Tamil, itu masih tak boleh diterima.

Kalau wartawan tu tak tahu cakap Bahasa Melayu, pastikan akhbar yang diwakilinya, hantar pembantu atau penterjemah Tamil ke Bahasa Melayu setiap kali hadiri urusan rasmi kerajaan.

Tapi tak timbul isupun sangat sebab kelonggaran masih diberikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris. Walaupun saya tak setuju kelonggaran ini yang hanya memberikan satu garisan kelabu terhadap ketegasan untuk memertabatkan Bahasa Kebangsaan.

Kalau nak berikan garisan atau halatuju yang jelas dan tidak ada keraguan dalam penggunaan Bahasa Inggeris, gubal saja akta bahasa kebangsaan baru. Masukkan Bahasa Inggeris sebagai satu lagi Bahasa Rasmi Kerajaan persekutuan dan negeri. Habis cerita.

Itu akan berikan isyarat jelas pada semua rakyat Malaysia tak kiran Melayu atau Cina atau India dan lain-lainnya untuk kuasai kedua-dua Bahasa Kebangsaan tersebut. Tengok videonya kat bawah ni.


Cakap Tamil dalam urusan selain rasmi

Kalau ketagih sangat nak cakap Tamil, nak berikan penjelasan yang lebih puas dalam Bahsa sendiri kepada kaum sendiri, buat satu lagi acara tak rasmi. Acara parti atau seumpamanya yang tak mewakili kerajaan.

Jangan tuang minyak pada api

Hangpa dah tau kat Malaysia ni masih terlalu ramai orang yang punya syak wasangka tinggi pada DAP dan apa saja bangsa selain Melayu, jangan ambil ringan isu besar itu.

Masih ada banyak lagi organisasi yang tak dapat nak ubah lagi semangat extremis bangsa dan agama kat negara Malaysia. jangan ambil mudah dan abaikan mereka kononnya sekarang zaman dah berubah dan dah wujud Malaysia baru.

Banyak contoh negara lain yang puak fanatik agama atau bangsa berjaya kuasai negara walaupun ternyata penguasaan mereka menghancurkan semua kebaikan dan kemakmuran yang telah dibina.

Dah namapun ekstremis fanatik. Apa mereka peduli rumah hancur semua orang mati asal mereka memang dan berkuasa. Itu ciri-ciri puak fanatik. Cahaya kewarasan tak dapat mengatasi perasaan yang gelap dalam hati mereka. Jangan buat  main-main dengan api ambil minyak tuang bagi semarak lagi tinggi.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Hoi Kulasegaran ! Bahasa Rasmi Kerajaan Malaysia adalah Bahasa Melayu

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. haik.. org2 melayu pencinta Pakatan Harapan mesti setuju dengan tindakan orang ini cakap dlm bahasa india... nurul izzah disebelah itu pun sangat patuh...hahaha

    ReplyDelete
  2. Takpe la.. Janji Najib jatuh sudah.. Yang lain kita tak payah fikir sangat

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !