Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, July 12, 2018

Cuaca panas teruk buat otak anda lebih cekap atau lebih lembab - Kajian Harvard ada jawapannya

  Mohd Shubhi       Thursday, July 12, 2018



Kalau hari tak hujan, cuaca memang panas sekarang. Lebih panas daripada zaman saya kanak-kanak dahulu.

Mulanya saya andaikan itu hanya mainan perasaan saja. Tapi bila tengok seluruh dunia heboh cakap pasal masalah kepanasan planet kita, saya mula rasa itu bukan lagi sekadar perasaan.

Kalau duduk di kampung yang amat menghijau penuh dengan pokok-pokok besar dan rimbun, memang tak terasa sangat kepanasannya. Tapi kalau duduk di Taman Perumahan, di pusat bandar yang botak tak ada pokok sangat, panasnya amat merimaskan.

Rumah kat kampung saya, Penanti pun sekarang terasa sangat panasnya. tapi tak lah sepanas macam kat pusat bandar. Mungkin jumlah pokok yang semakin berkurangan membuatkan keadaan cuaca tak seimbang.

Kebun getah luas kat belakang kampung tu dulu, yang pernah menghijau dan meredupkan suasana dah hampir tak ada lagi. Lapang dan gondol. Ditarah untuk pembinaan. Orang ramai lebih mahukan duit berbanding oksigen yang pokok-pokok keluarkan.

Panjang pulak tersasar dari tajuk asal artikel ini.

Cuma nak kata yang cuaca amat panas sekarang. Harap anda juga setuju.

Apa jadi pada otak bila cuaca panas

Mungkin anda tak perasan atau tak terfikir pulak pada soalan penting ini. Samada cuaca panas ada berikan kesan yang positif pada otak anda untuk berfikir atau sebaliknya memberikan kesan yang negatif.

Inilah yang saya baru temui jawapannya.

Jawapan yang tak berapa nak sedap untuk diketahui. Sebab daripada kajian yang dijalankan oleh Harvard mendapati otak pelajar yang duduk dalam keadaan suasana yang panas, menjadi lembab sebanyak 13%.

Kajian membandingkan dua kumpulan pelajar. Satu duduk dalam bangunan dengan ada aircond dan satu kupulan lagi duduk dalam bangunan yang tak ada aircond.

Hasilnya agak mengejutkan. Pelajar yang duduk di bangunan tanpa aircond, yang selama ini ok saja, tiba-tiba menurun prestasi mereka dalam keadaan suasana kepanasan.

Kalau dalam keadaan biasa selama ini, anda boleh jawab 100 soalan yang menggunakan kecekapan otak anda dengan betul. Bila duduk dalam keadaan panas anda akan hanya mampu jawab betul sebanyak 87 soalan sahaja.

Satu prestasi yang menurun dengan agak ketara.

Kalau selama ini anak-anak anda hanya cukup makan saja kebijaksanaan memahami sesuatu perkara baru, dengan tambahan keadaan panas yang berleluasa, keupayaan anak anda akan berada di bawah paras selamat untuk menjadi bijak.

Dalam istilah kampung, boleh dirumuskan otak anda akan jadi lebih bodoh sebanyak 13% dalam keadaan cuaca yang panas dan tidak selesa.

Untuk ketahui pasal kajian ini lebih lanjut anda boleh pergi baca sendiri kat pautan ini.

Perlukah pasang pendingin hawa

Baru-baru ini anak merungut minta pasang aircond. Sekarang panas sangat kata mereka, tak tahan. Tapi saya tahu mereka hanya tak tahan kalau cuaca panas di waktu malam ketika nak tidur.

Mereka teringinkan suasana macam dalam hotel yang saya biasa bawa mereka tidur bila mengembara keluar kawasan. Memang sedap tidur duduk dalam dakapan selimut bila bilik ada aircond.

Jadi saya tak berapa nak layan sangat permintaan mereka.

Bila terbaca kajian ini, terfikir pulak samada saya perlu pasang aircond kat rumah atau tidak. Kalau pasang dan berikan keselesaan bukannya untuk manjakan mereka. tapi risau takut akibat dari kepanasan mereka tak dapat pergunakan otak secara optimum.

Ramai pelajar dari kalangan keluarga yang bermasalah dari segi ekonomi menghadapi masalah dalam pembelajaran. Kanak-kanak dari kalangan anak-anak orang kaya biasanya bagus dari kanak-kanak miskin bila diuji keupayaan pemahaman mereka.

Puncanya adalah berkait rapat dengan keupayaan ibubapa menyediakan suasana yang kondusif untuk anak-anak mereka belajar dan berfikir. Kalau anak orang miskin, mana lah ada duit untuk pasang segala aircond atau lain-lain kemudahan lagi.

Baca kajian pasal perbezaan kanak-kanak miskin berbanding kanak-kanak kaya di sini.

Apapun, sekarang perlu perhatikan keadaan rumah dan kelas-kelas tempat anak-anak anda berlajar. Pastikan keadaan yang damai redup dan tidak terdedah kepada bahang panas. Supaya mereka lebih cekap menggunakan otak yang ada.

Paling penting, sediakan suasana yang kondusif kat rumah anda sekarang. Pastikan duduk ditaman yang hijau penuh dengan pokok-poko yang besar dan redup. Rumah anda juga perlu perbanyakkan lagi tumbuhan.

Dan akalu ada bajet lebih, pasanga saja aircond... terpaksalah nampaknya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cuaca panas teruk buat otak anda lebih cekap atau lebih lembab - Kajian Harvard ada jawapannya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !