Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 11, 2018

Samakah antara lelaki yang inginkan lelaki dengan inginkan pondan

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 11, 2018



Persoalan samada sama atau tidak antara seorang lelaki, yang inginkan seorang lelaki, berbanding dengan lelaki yang inginkan pondan?

Soalan itu terlintas dalam benak kepala saya bila perhatikan isu yang sedang hangat diperkatakan dalam media sosial sekarang kat negara kita.

Isu pertamanya adalah pertelingkahan antara kumpulan yang perjuangkan hak LGBT dengan mereka, terutamanya para agamawan, yang menolak apa saja usaha untuk menjaga hak kumpulan LGBT ini.

Antara LGB dan T

LGBT merujuk kepada kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual.

Bagi perkataan Lesbian rasanya semua faham. Ia merujuk kepada sikap berkeinginan seorang perempuan kepada jantina yang sama dengannya, iaitu perempuan juga. Manakala Gay juga amat jelas, iaitu keinginan lelaki kepada lelaki.

Biseksual pula mungkin ada yang tak berapa pasti. Bila saya buat sedikit pencarian, biseksual ini merujuk kepada lelaki atau wanita yang punya keinginan terhadap kedua-dua jantina. Mereka boleh berahi pada kedua-dua jenis jantina.

Perkataan yang mungkin agak baru adalah Transeksual.

Perkataan itu saja yang baru. Tapi perlakuan atau amalannya dah lama berlaku. Dalam bahasa biasa orang kita panggil pondan. Ada juga yang panggil darai, bapok, atau maknyah. Kalau orang utara boleh tambah satu lagi perkataan, Jebong.

Transeksual, atau Pondan ini merupakan isu yang kedua panas. Lanjutan dari pertikaian yang sedang berlaku di negara kita yang saya sebut kat atas tadi.

Pondan terkenal di Malaysia

Paling panas adalah isu yang menyentuh celebriti pondan terkenal di negara kita iaitu, Sajat dan Safiey. Kedua-dua pondan ini buat heboh sungguh. Sebab mereka pandai menggunakan media sosial untuk popularkan diri masing-masing.

Bila saya juga cakap pasal mereka, bertambah lagi seorang yang secara tak lansung popularkan kedua-dua pondan itu. Banyak blog dan perkongsian di FB yang tonjolkan isu mereka berdua. Ini menambahkan lagi populariti kedua-duanya.

Kedua-dua mereka masuk dalam kategori Transeksual.

Iaitu kaum lelaki yang merasakan jiwa mereka terperangkap ke dalam tubuh badan yang salah. Mereka mendakwa punya naluri seorang wanita tapi merasa malang kerana dilahirkan sebagai lelaki secara fizikalnya.

Bila naluri bertembung dengan jasmani, maka biasalah jasmani akan tewas. Yang menentukan identiti manusia biasanya adalah naluri. Jasmani sanggup dikorbankan demi memuaskan perasaan atau naluri yang timbul dari akal fikiran mereka.

Pulihkan naluri sonsang dengan teknologi

Kalau tak silap saya pernah tulis pasal isu mengubah pemikiran atau perasaan ingin jadi wanita dalam blog ini. Dari segi sains, apa yang membentuk perasaan atau naluri hanyalah tindakan kimia yang berlaku kepada saraf otak.

Kemajuan teknologi sekarang, walaupun masih dalam peringkat kajian menunjukkan tindak balas kimia dalam saraf otak itu boleh saja diubah dan dibentuk dengan menggunakan kemajuan teknologi. Orang putih kata 'rewired' saraf otak.

Sebagai contoh, pondan yang punya citarasa mahu jadi wanita boleh saja dipakaikan sarung kepala yang boleh mencetuskan tindak balas bahan kimia mengubah maklumat yang masuk ke dalam saraf otak.

Pengubahan itu boleh membawa kepada bertukarnya citarasa nak jadi wanita kepada normal semula. Bantuan teknologi boleh membuatkan dia berubah citarasa dan emosinya menjadi seorang lelaki semula.

Anda boleh baca tulisan berkenaan perkara ini dalam buku tulisan Yuval Noah Harari, seorang ahli sejarah, yang dia sendiri amalkan kehidupan Gay.

Bukan saja lelaki yang nak jadi wanita, malah wanita yang nak jadi lelaki boleh saja ditukar dengan menggunakan teknologi saraf otak. Malah keinginan seorang lelaki kepada lelaki, atau wanita kepada wanita juga sebenarnya boleh dibetulkan semula dengan teknologi tersebut.

Saya yakin satu masa nanti, teknologi itu akan matang dan sabil dan akan diguna pakai secara meluas di seluruh dunia bagi mereka yang memerlukannya.

Lelaki inginkan pondan

Apa yang saya terfikir adalah, seorang lelaki yang inginkan pondan amat menarik untuk diberikan perhatian. Pondan sebagaimana yang kita tahu adalah seorang lelaki yang punya naluri perempuan. Dia nak jadi perempuan. Macam yang berlaku pada Sajat atau Safiey.

Mereka ubah, juga dengan menggunakan bantuan teknologi perubatan, untuk tonjolkan segala bahagian tubuh badan yang menarik buat kaum lelaki. Biasanya bahagian dada dan punggung. Malah alat sulit juga boleh dibedah untuk menjadikan alat kelamin yang diburu oleh orang lelaki.

Jika difikirkan secara waras, lelaki yang berkenan pada, samada Sajat atau Safiey sudah tentu punya naluri kelakian yang betul dan tidak sonsang. Mereka mahukan kewanitaan yang ada pada kedua-duanya.

Mereka mahukan organ-organ meransang nafsu yang ada pada kedua-duanya.

Ertinya mereka mahukan wanita.

Jadi persoalannya kenapa tak pilih wanita tulin sahaja?

Itu masalah yang benar-benar saya tak faham. Mungkin pondan lebih baik memberikan servis yang lelaki mahu berbanding wanita asli? Ini perlukan kajian yang lebih mendalam oleh pakar (atau Ustaz).

Isu sebenar adalah lelaki dengan lelaki

Isu asal yang menimpa kaum Nabi Lut adalah isu lelaki yang inginkan lelaki juga. Mereka tak ada keinginan terhadap pasangan yang tak sama jenis. Kaum lelaki yang berkeinginan kepada lelaki juga dan menolak untuk bersama wanita.

Mungkin masa zaman itu masih belum timbul keupayaan teknologi untuk tukar seorang lelaki menjadi wanita. Yang punya bentuk badan mengiurkan seorang wanita.

Jika ada keupayaan itu, mungkin isunya jadi lain sebab lelaki yang sukakan pondan (lelaki yang bertukar jadi wanita yang cun) sebenarnya ada keinginan kepada kaum yang bukan sejenis.

Secara dasarnya, tak ada kecelaruan jiwa sangat pada lelaki yang inginkan pondan yang cun sebegitu. Berikan saja seorang wanita yang benar-benar wanita padanya. Kalau boleh hampir sama bentuk tubuh badan dan wajahnya, mungkin masalah akan selesai.

Begitu juga wanita yang inginkan wanita juga. Ini juga satu masalah yang amat ketara sebab dia bukannya nakkan lelaki atau TomBoy. Kalau seorang wanita yang sukakan Penkid atau Tomboy, ertinya dia ada naluri wanita yang betul, inginkan seorang lelaki.

Tangani setiap kes secara berasingan

Paling kritikal yang bersamaan dengan kaum Lut adalah masalah orang lelaki yang inginkan lelaki juga.

Juga orang wanita yang berkeinginan kepada wanita.

Istilah yang biasa diguna pakai sebelum ini adalah hubungan sejenis atau homoseksual. Perkataan itu punya konotasi yang buruk dan negatif di kalangan masyarakat samada di negara kita atau di barat.

Lalu perkataan LGBT diperkenalkan dengan maksud utama untuk memesongkan tanggapan negatif masyarakat terhadap golongan gay dan lesbian ini. Hasil dari wujudnya istilah itu, barat lebih mula mesra dan menerima kewujudan golongan tersebut sebagai sebahagian daripada penduduk dunia.

Untuk itu, negara kita perlu asingkan semula semua kumpulan di atas secara persendirian. Dan yang paling utama perlu dilihat dan dikaji adalah golongan Gay dan Lesbian ini.

Itulah isu besar yang para cerdik pandai perlu lihat dan cari satu jalan penyelesaian. Kumpulan sasaran akan jadi lebih kecil jika kita bezakan antara Lesbian, Gay, Biseksual dan Pondan.

Bila teknologi boleh ubah naluri ini stabil dan berfungsi dengan baik, mungkin ia akan punya pasaran yang amat besar kepada semua negara yang mahu selesaikan masalah naluri atau jiwa bercelaru ini.

Para saintis negara kita terutamanya perlu mendalami teknologi tersebut dan kembangkannya secepat mungkin untuk selesaikan segala masalah gay, lesbian, biseksual dan transeksual.

Nota: Gambar di atas hanyalah sekadar hiasan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Samakah antara lelaki yang inginkan lelaki dengan inginkan pondan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !