Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, July 10, 2018

Ketahui apa yang berlaku pada otak apabila anda pakai tali leher - Kajian sains

  Mohd Shubhi       Tuesday, July 10, 2018



Budaya pakai tali leher bukanlah budaya orang timur. Bukan cara orang Melayu berpakaian lengkap dengan tali leher. Bukan juga budaya orang Cina, dan tidak juga budaya orang India.

Tapi jika dilihat sebelah barat sana, memang budaya pakai tali leher ini dah jadi satu perkara biasa terutamanya untuk mereka yang kerja di pejabat. Anda boleh baca kisah tali leher ini ditulis dengan panjang lebar dalam wikipedia.

Kat sini pun ada kisah berkenaan asal usul pemakaian tali leher di ceritakan.

Walaupun orang barat jadikan pemakaian tali leher sebagai budaya kebiasaan mereka, tapi ada juga yang anggap budaya atau fesyen pakai tali leher itu sebagai budaya yang tak guna.

Memang ada pergerakan yang cuba untuk timbulkan sentimen membenci pemakaian tali leher ini di barat sana.

Tak suka pakai tali leher

Walau apapun sebab anda pakai tali leher, samada nampak hebat, nampak kacak, nampak berkuasa atau lain-lain lagi seumpamanya. Bagi saya secara peribadi, pakai tali leher lebih nampak bodoh daripada kacak atau pandai.

Apatah lagi kalau anda orang Malaysia, orang Melayu, Cina, India atau bangsa apa saja, yang tinggal di negara bercuaca panas dan lembab ini. Orang yang pakai tali leher, duduk makan tengahari di food court terbuka memang nampak seperti orang dungu yang cuba menyeksa dirinya sendiri.

Ada juga orang yang pelik. Selalu juga ada dalam drama Melayu. Yang pakai pakaian lengkap bertali leher, melawat tengok tapak pembinaan di tengah cuaca panas terik di negara kita. Memang tak tau nak cakap apa dengan orang yang buat macam tu!.

Darah berkurangan ke otak

Kembali kepada tajuk artikel ini. Apa yang berlaku kepada otak anda bila pakai tali leher. Itulah jawapannya.

Orang yang pakai tali leher, darah yang mengalir ke otak berkurangan sebanyak 7.5% daripada biasa. Tali leher yang anda jerutkan pada leher tu berjaya kurangkan perjalanan darah ke otak dalam kuantiti yang agak banyak tu, 7.5%.

Tapi kalau anda sihat, jumlah berkurangan sebanyak itu tak ada terasa sangat.

Melainkan anda ada masalah tekanan darah tinggi, ianya boleh membawa kesan yang ketara terhadap kestabilan tubuh badan anda.

Samada anda sihat atau tidak. Ada masalah tekanan darah tinggi atau ada masalah tekanan darah rendah. Tak payahlah nak jadikan pakai tali leher sebagai budaya pemakaian anda. Tak nampak cacatpun kalau tak pakai tali leher.

Itu pendapat saya. Dan bertambah kuat lagi pendapat saya itu bila ada kajian yang menunjukkan bekalan darah ke otak anda berkurangan sebanyak 7.5% daripada biasa bila pakai tali leher. Anda boleh rujuk kajian tersebut kat sini.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ketahui apa yang berlaku pada otak apabila anda pakai tali leher - Kajian sains

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !